aku ngantuk sebenarnya ni. tadi masa aku nak tidurkan Sasha, aku menguap lagi banyak dari dia. Little Einstein tu kalau tak tutup lampu, tak slowkan volume tv..sampai esok pagi pun dia bleh ronggeng2 satu umah. nak pulak pakcik2 dia dah balik meramaikan majlis. apa lagi, seakan esok tiada lagi masa untuk bermain. harus main malam ni jugak!
aku panggil dia Little Einstein sebab dia suka tengok cartoon tu. dia takda la paham benor cerita kartun yg suka travel menggunakan khidmat Rocket tu tapi bila aku bukak chanel PHDC, kena pulak ada kartun tu, dia akan duduk depan tv dan bergelak ketawa. senang keja akak. hikss
esok aku ada kenduri kawin. rasa macam malas nak pegi tapi dah buat akujanji dengan banyak pihak. kang cakap tak jadi pegi, harus menyinga makcik2 tu sekalian. iskk..tak baik...tak baik..yer lahhh aku pegi.. lagipun dah janji dengan husband ai..hikss..balik dari kenduri tu aku singgah gi amik dia balik penang. akak sronok. jangan jelesss. **sepak dia ni sat!
hari jumaat nak buat final touch on hantaran dan bertolak ke ipoh. sabtu malam pulak mak aku nak buat kenduri doa selamat sikit. ahad hari akad nikah adik aku beserta kenduri pihak perempuan. ohhh letihnya. nama ja cuti sampai 5 hari tapi aku rasa hari isnin jer lah yang dapat aku berehat-rehat bergodek-godek di rumah :(
hari selasa masuk opis balik. jenuh bertekak dengan bos aku yang kurang sifat kasih sayang antara umat Islam tu. hahahaha. (izinkan saya. dalam ni ja aku bleh kutuk. plus sewaktu masa rehat bersama rakan2 senasib) seriously aku B E N G A N G dengan bos aku. nasib baik dia belum mencapai usia tuanya. kalau tak awal2 aku dah cop tua kutuk. sungguh tak berperasaan manusia itu. aku apply cuti on 30th dan 31st dan tidak lupa on the 2nd Jan agar aku dapat cuti secara direct sampai la hari kenduri adik aku which is on the 3rd. aku kesian kat mak aku. sedara-mara semua bukan di penang. dengan Little Einstein aku lagi. masa sesi perbahasan dengan bos aku nak perkenankan cuti tu, bila aku cakap "susah, kesian mak saya. anak kecik lagi" terussssssssssssssssssss akak tersentap seakan mahu nanges tapi ku tahannn jebatt!! akak berjaya untuk tidak bercerekarama di opis. lepas tu aku buat muka tension aku cakap "takpa la. saya datang jer la"
itu cerita semalam. cerita tadi pulak. aku ada kursus tadi. tapi petang aku masuk opis. ada sorang tu cakap kat aku "rasanya dia bagi cuti on 31st tapi on 30th datang jer la dulu" ahahahahahha at least akak berjaya dapat satu hari dari takda langsung. akak sronot lagi.
dah la. Little Einstein kat tepi ni pun tak senang tidur dengar aku dok type. kalau dia reti, mau ja dia sound "apa hal dah kol 1 pagi dok ketuk ketak ketuk ketak lagi ni??" hikss
ohh sebelum tu..nak tunjuk gambar Little Einstein bergroceries di pasaraya tesco dan menjamu selera di dave's deli...chow bedah..
No comments:
Post a Comment