Saturday, April 14, 2012

A little celebration... and a huuuuuuuuuuuuuuugeeee icecream!

Woi gila lama basi punya cerita baru nak post??????????

** lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sambil tangan ke atas huru hara


Actually takda celebration apa sangat pun. birthday aku jer.. yang ke 28! hik hik!

over okey balik kampung hentak kaki ajak laki aku pegi makan secret recipe. kata birthdayyyyyyy kannnnnn... punya la taktau nak pegi mana. nak cuti-cuti, apa kejadah wiken 2 hari jer kau nak holiday? tak syiokkk ok! so terpaksa redha hanya mampu ke pekan mencari sesuap nasik kedai kek untuk duduk lepak-lepak makan-makan..


ni muka budak yang konon-konon tunggu order tak sampai-sampai..



sekali kena tarik dengan aku.. meh sini alesya amik gambar dengan birthday GIRL. ehh.



macam biasa.. favourite cake masih lagi setia kepada creme brulee..



masa ni order dia baru sampai.
kemain ketar satu badan seolah-olah, "waiter!! cepat letak atas mejaaa!! terhegeh-hegeh!"
gitu la perumpamaannya..



sekali haaaaaa.. dia punya paling meriah ok
kek aku pun takda topping bagai, dia over dengan smarties segala..
dia yang tunjuk ni dalam menu. pandai pulak tu alih2 page menu sampai ke belakaaaaaang sekali tang desert.. sabor je lah!


tu jer lah cerita birthday aku. dah tua-tua ni tak kuasa nak parti buih tiup lilin pakai topi segala. sampaikan birthday anak aku pun aku malas buat parti gitu. hahahaa.. tengoklah tahun depan yer nak yer.. mama buat parti besaaaaaaaaaarrrrrr punya untuk alesya..









kalau mama rajin..







hahahahahhhahah!




Photobucket

Sunday, March 11, 2012

Alesya's 4th Birthday

kesian alesya.. dah masuk 4 tahun 1 bulan pun.. baru entry nak kuar. hahaa

aku malas cerita panjang.. cakap lupa kan senang???????? so mari tengok gambar satu-persatu..


alesya's 4th birthday cake. order dari Kak Ros aka Zanaz.
really sedap i tell you! it was chocolate cheese cake! yummy!



this girl got hairclip for the bday gift from Kak Ros Zanaz.
lupa lak nak amik gambar. sronok sakan dia dpt present.

mama bagi apa?
mama bagi kasih sayang yang tidak terhinggaaaaaaaaaaaaaaaaa!

*ayat cover*








on the way pegi Yan, Kedah


lepas exit tol Gurun, turn left untuk pegi Yan.
kalau turn right maksudnya balik rumah mak mertua.
oh dah sebulan lebih aku tak balik rumah mak mertua. ampunn..


ok next!



maka dalam lebih kurang sejam dari tol Gurun, sampailah ke Chalet Salak Denai!
best okayyyyyyyyy! nampak tu kolam mandi yang boleh diterjun right from the dapur chalet!
and fyi, chalet ni aku booked since Dec 2011 okay! kalau nak pegi on wiken, mmg masak la nak menunggu date kosong sebab chalet dia tak banyak. setiap chalet ada private pool yang rupanya ala-ala gambar di atas. ikut chalet mana kau pilih. some more, chalet dia takda rupa chalet kat langkawi or pangkor whatsoever. rumah chalet nya tak berplaster, mcm rumah tak siap. tapi kat dalam trust me, selesa untuk diduduki. ada aircond dapur semua complete. nak further info, sila visit fb Salak Denai Chalet okay uolss..



ni waktu pagi. dalam 7.30am. aku amik time 7pm sat - 6pm sun.
masa baru sampai, si alesya tak kelip mata tengok pool ni.




ahhh rindunya nak pegi lagi!

oh lagi satu, semua chalet ada tempat nak buat bbq. tapi aku tak buat.
bangun pagi buat sandwich, kol 10 dah start masak untuk lunch. buat nasi ayam jer pun.
senang & ringkas. sebab apa murid-murid?? berkubang itu adalah lagi syiokkk!




masa ni dia baru bangun tido..
dalam kol 9 dah bising nak mandiiiiii nak mandiiiiiiiii!
dah tak tahan daulat sangat agaknya!
apa lagi tukaq uniform la!




seksi youuu!





boleh sewa pelampung RM3 only!
tengok si alesya dengan life jacket. bukan main lagiii.
bapak dia la jadi mangsa.


aku mmg recommend sangat tempat ni. sangat best!
sekali-sekala kita yang bertudung ni nak gak berkubang dalam kolam kan???
ni kalau tak, muka2 ni la yang jadi tukang jaga beg, tukang jaga tempat dan jugak tukang tengok saja orang yang tengah mandi. hahaha.


And last but not least, to alesya dearie..
no matter how many birthdays come and go, you'll always be my little girl.

Semoga menjadi anak yang solehah, pintar dan hidupmu sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.


Alesya, mama love you deep-deep!!



Photobucket

Sunday, February 26, 2012

Randomness

I just turned 4!


But my mama haven't post any entry about it just yet!


bluek!


Photobucket

Saturday, February 04, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Nabi Muhammad adalah kekasih Allah.
Nama Muhammad dalam Bahasa Melayunya Yang Terpuji.

Jom kita sama2 luangkan sedikit masa berselawat ke atas baginda.
Tak kira bila2 masa (walau bukan di hari kelahirannya) walau sesibuk mana pun.
Semoga kita tergolong dalam golongan yg mendapat syafaat di akhirat kelak.
Amin ya rabbal alamin..


Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).

2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).

5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).

6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).

8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).


Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

1. Memperolehi selawat dari Allah.

2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.

3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.

4. Menghapuskan dosa.

5. Mendapat pertolongan

6. Tercapai keperluan hidup.

7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.

8. Memperolehi nur zahir dan batin.

9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.

10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.




lirik lagu sekelip mata boleh hafal dan nyanyi..
apa salahnya sekali sekala kita berselawat pulak kan?


salam maulidur rasul..

Photobucket

Sunday, January 29, 2012

I have a pinkie bikey!

bertuah nasib kau nak.. belum sampai harijadi, tokwan dia dah hadiahkan beskal pink ni.



aku dulu jangan harappp. dapat beskal tu dapat la, tapi sila paham sendiri bahawa beskal itu untuk dikongsi dengan adik kau yer.. mentang-mentang beza setahun jer kan, bercinta nak hadap beskal tu kat kau sorang-sorang!

kaler pun sorry la nak ikut kaler pompuan ke kaler laki ke.. senang cerita bapak aku belikan kaler ijauuu.. amekkkk kau. nama nak ada rambu-ramba ke patung kiut-miut sebagai honk beskal ke kem salammmm.



aku tak tau bila masa diorang keluar. tau2 dah balik jer dia usung beskal ni sambil tersengih-sengih sampai ke telinga. menyirap pun ada jugak aku masa tu. yer la kecik-kecik lagi kau dah pandai pow orang tua tu. bapak dia selamat la. selamat poket kan???? janji poket aku pun selamat jugak sudah. eh.



gambar-gambar ni masa aku bawak dia main kat padang. pukul 10 pagi okkkkkk. hari AHAD okkkkkkk. hari yang masyukkk sekali untuk lenaaa! memang potong betul. dia bangun jer tido hari tu, terus ajak pegi padang. tak kasi can langsung beta nak beradu..



serious aku jeles tengok honk dia kaler kuning tu!


** lari sambil nanges-nanges..

Photobucket

Saturday, January 28, 2012

Pantun Tak Kerat


Bulan ni saja 3 kali aku pegi jusco semata-mata nak beli benda alah ni. Nasib baik jusco tu jauh sikiiiit dari rumah, kalau tidak mau cukup 30 kali sebulan aku pegi beli ni.

Bulat-bulat macam cekodok,
Tapi nyata bukan cekodok,
Kenapakah dikau enak sekali,
Ohh wahai takoyaki??

*lariiiiiiiiiiiikkkkk
Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, January 01, 2012

Cerita pegi K to the L

sebagai penutup tirai langsir tudung tingkap tahun 2011, aku telah berjimba-jimba di KL bersama keluarga.. laki aku tak ikut, sebab berlagak tak hengat apa barang asek2 pegi KL adik dia (adik ipar aku le) nak kenduri awal bulan 1, so tak reti2 sibukkan diri sediakan apa yang patut???? al-maklumlah kenduri kat kampung kan bukan macam kenduri kat pekan org cakap, semua main buat sendiri.. tak main catering-catering ni uols.. makan pun hidang ok, tak main buffet-buffet.. kalau kat pekan2 ni, sorry naik lori pandai2 la kau cedok sendiri makanan kat meja buffet tu..

ok dah tersasar sikit motif entry kali ni rasanya..

berbalik kepada cerita berjimba di KL. tak ke mana pun. plan mula2 nak masuk aquaria. yer la alesya sampai ke hari ni dok sebut-sebut langkawi. kes takleh lupa underwater world. tensi aku. tapi member aku cakap tak worth it masuk aquaria tu, tempat dia kecik. tak best. member aku org petronas, so kena percaya cakap dia. (motif bagitau member keja petronas? muahahahah)

so cancel, tukar plan nak masuk petrosains. memang hampeh sebab kami sampai2 jer tiket dah sold out. bengang betol aku. memang kitorang keluar pun dah lambat. lepas zohor baru keluar. pastu mak aku nak pulakkk lunch kat luar dari klcc.. aku dah bagitau kan senang kalau lunch kat situ takyah nak rebut-rebut.. dia cakap dalam klcc makanan mahal-mahal.. haa amikkk sekali sold out.. rasaaaaainnnn..


sudahnya lepak depan klcc. pegi playground. settle!


muka tak ikhlas amik gambar.. pfftt



muka bleh-la-redho amik gambar..



nak main?? meh sini amik gambar dulu..



pastu pegi i-City

yang so-so ajer..



melayang lapan hengget beli telinga minnie mouse ni


padahal dia tak mintak, aku rela hati beli!
(read: mak yang over)







seriau makcik tengok anak makcik amik gambaq lagu ni

mana hang blajaq ceq oiiii????



Photobucket