Sunday, January 31, 2010

Alesya's 2nd Birthday Countdown


Alesya will turn 2 on 11th February. Like another 10 days to go.

Tak sangka cepat betul masa berlalu. tau-tau dah nak masuk 2 tahun dah sayang mama sorang ni.

Latest updates on Alesya?

  • Dah pandai count One, two, thee, por, paiff.... count Satu, dua....terus ENAM!
  • Sebut mama, abah, icha (esya), bibi (baby), adek, kakak, atuk, atie (aunty), amie (Kimi), topan (tokwan), cat, dog, pish (fish), bebird... yang paling tak bleh blah bila dia panggil aku "Ayuuuuuuuuu...ayu" ... diharap bersabar..
  • Semua haiwan yang dia nampak dia akan sebut "nyiaooowww" dengan suara lemak merdu sekali
  • Nak masuk rumah dah pandai ketuk pintu dan bagi salam.
  • Dah pandai berlakon konon-konon sneak in masuk bilik senyap-senyap jalan perlahan-perlahan bila dah sampai dekat aku sekali dia jerit "haaaaaaaaaaa!" aku pun terpaksa buat-buat tak nampak dan terus buat-buat terkujat dengan the not-so-suprise-anymore nya itu..anak la katakan..
  • I can see dia dah banyak kamceng dengan Abah dia lately. diorang bleh duk lepak-lepak depan laptop atas katil tengok Upin & Ipin. Makan pun Abah dia suapkan. Mandi pun Abah dia mandikan. cuma kalau time berak, pandai lak Abah dia buat-buat tak kamceng kannn.
  • Tiap-tiap malam time nak tido, aku akan cakap good night dan dia akan sebut a'kum, emmuahh dan zZZzzZzZzZzzz. budak yang sangat baik dan tak banyak kerenah.

Thank you Alesya for making my every single day bright and meaningful. dia sangat murah senyuman and that really makes my heart melt.

okey lah. aku dah dengar ada orang panggil "Ayuu..ayuu" .... dia la tu. hehehe. suka menyakat aku. jangan melekat sampai ke besar sudehhh.. akak cubittt kang..



Photobucket

Tuesday, January 26, 2010

Proud to be Georgian

pagi ni aku realize status semua member-member lama kat facebook tertulis begini :

"SMK St George in Penang was recognised primarily for its prowess in music and entrepreneurship. The school is well known for its gamelan band, orchestra and brass band"..... i like this statement in NST online..... ehe.."

dan begini..

"Tahniah SMK Perempuan St. George kerana menjadi antara Top 20 Sekolah Berprestasi Tinggi Negara!!! very proud to be Georgian ~~~~ ;)"

dan juga begini...

"proud to be georgian :: SGGS tersenarai Sekolah Berprestasi Tinggi, diumumkan dlm Berita TV3 smlm::"


dalam hati dah terpikir.. ohh ketinggalannya aku dalam berita-berita hebat sebegini.

yer sekolah menengah saya dahulu telah dinobatkan antara Top 20 Sekolah Berprestasi Tinggi Negara yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian. wahh vangga wangga gitu. walaupun akak bukanlah antara pelajar terhebat mana pun namun tetap digelar ex-georgian. tahniah! tahniah! tabik spring dari akak.


Ini dipetik dari Berita Harian Online:

Muhyiddin umum 20 Sekolah Berprestasi Tinggi

logo sekolah ai yg kaler merah iteww

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
Sekolah terbabit adalah:

Sekolah Berasrama Penuh:
  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

seronok rasanya. cewah. hehe. yer la. haruslah kita rasa bangga dan happy kan. sekolah yang kau pernah jejak dan cari ilmu dulu, skang adalah antara sekolah terbaik negara. ilmu-ilmu yang kau kumpul dari sekolah tu lah yang menjadikan kau seorang insan hari ini. kalau yang memang betul2 berjaya tu, lagi la seronok kan. aku still boleh ingat the moment bapak aku pergi jabatan pelajaran sebab nak cari nama aku ni terpelanting masuk sekolah menengah mana. tau-tau bila dia balik umah, dia cakap "Ayu dapat St. George's".. u never know how i felt..punya la terkujatnya aku..and the look on my mum's face?? she was thrilled.

tapi bila dah keluar sekolah, aku takda la hebat mana pun. cuma cukup2 makan jer. hehehe. main banyak! rasaiinnnnnn! Backstreet Boys la, 'N Sync la, The Moffats la, Hanson la..kalau Sasha tau semua tu, dia bleh gelakkan aku okkk. so haruslah kita buang segera segala cd kaset poster semua tu. mama dah insafff, sayang!

tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada skang. sangat bersyukur. ada keja tetap dan masih mampu membelikan Sasha baju-baju lawa setiap bulan. pangggggggggg sekali!

dah la weh. nak balik dah. sila enjoy pictures of my beloved SGGS.




" Aut Viam Invaniam Aut Faciam "

i ingat sampai skarang okk..


Photobucket

Saturday, January 16, 2010

Tempat mengadu segala rindu..



Kau datang ketika duka dan bintang bercahya.. tunjuk ku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut.. lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan.. serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira.. perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali.. yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka dan bintang bercahya.. tunjuk ku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba.. terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana.. Tuhan ampuni hambaMu

Kau datang ketika duka dan bintang bercahya.. tunjuk ku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam.. memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia.. dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu.. tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu.. dalam tahajjud cinta bersujud


specially dedicated to Mama.
berat dugaan yang kita tempuhi.
kita nangis sama-sama.
but trust me, we'll always be by your side.



Photobucket

Wednesday, January 06, 2010

Al-Fatihah

Pagi kelmarin kami sekeluarga rushing pegi Teluk Intan. Pergi ziarah jenazah anak angkat atuk aku which dia dah anggap macam anak kandung darah daging dia sendiri. aku panggil arwah Acik Lan. umur baru 27 tahun. married with 4 children. dia kawen muda. dan pergi meninggalkan kami dalam usia muda.

Arwah accident masa isnin malam baru ni. kesian Atuk aku. dia sayang sangat arwah. sebab boleh dikatakan arwah yang paling bongsu. yang paling kesian bila tengokkan anak-anak arwah yang masih kecik. yang sulung rasanya umur baru dalam 6 tahun. masa aku kat dalam toilet aku terdengar anak-anak dia borak,

Anak kedua : "papa dah mati"

Anak sulung : "tak. papa meninggal laa. orang dah tanam papa"


Termenung aku kejap dalam toilet tu. series sedih. sangat.

Then masa dah nak balik tu, dengar lagi yang si sulung tu tanyakan pada Opah dia.. "Opah, macam mana nak kasi papa balik sini balik? amin dah rindu la ngan papa"... Ya Allah..bergenang mata aku.

Aku harap kita dapat sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Dan aku berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

Dan juga Ya Allah.. Kau tabahkanlah hati isterinya serta Kau pelihara dan lindungilah anak-anaknya. Amin.


p/s: Isteri arwah ada la cerita yang arwah selalu jugak cerita masa kecik-kecik dulu dia selalu main dengan ayu, aj, kimi (adik-adik aku). bila dah besar ni, masing-masing dah tak rapat dan dah bertahun rasanya tak jumpa. tak sangka arwah masih ingatkan kami. hurmm..bila dah kehilangan, baru kita rasa macam kita found something kan..sedey la..


Photobucket