Friday, December 19, 2008

Hari Memaafkan Sedunia

meh meh pakat salam-salam berlaga pipi...

mintak-mintak ampun. mohon-mohon maaf. dan tak lupa memaafkan. nabi pun ampunkan umat kan.

namun! harap reti bahawa hari ni bukanlah hari raya. deepavali pun bukan. raya cina lagi lah.

ooooh ya. tadi akak makan prosperity burger. walaupun lada hitam bukanlah peberet akak. tapi sejak sejak menu berpantang akak dulu hanyalah tertakluk kepada lada hitam sajork (kalau ikut hati mak aku, nasik pun dia nak masak dengan lada hitam), maka akak pun menjadi suka. suka dengan erti kata "booooleeeehh laaa"

petang tadi lepas balik keja, sempat lagi aku singgah BJ. saja-saja masuk Reject Shop.
yaaaaa akak shopping di Reject Shop. so????

haha...sila menyampah kat ai...

aku suka tengok baju-baju budak kat situ. tadak brand Anakku, Pigeon, Disney or what so ever. tapi baju yang ala-ala aku suka. hehe. cemana tu. entah aku pun tak reti nak explain. mungkin gambar-gambar kat bawah ni bleh menterjemahkan rupabentuk yang bermain di fikiran patik.



baju-baju nya takda la reject mana. pandai-pandai la pilih kan. ala setakat baju pakai kat umah. pastu main merangkak sini sinun dah kotor. baik aku beli murah. hikss. dasar kedekut!

dan al kisah nak dijadikan cerita. masa nak turun dari parking shopping complex tu, ada keta Kelisa ni. aku di belakang dia la nak turun parking. dia ni pulak aku rasa nak naik ke parking atas. simpang untuk naik dan turun parking adalah bersebelahan ye tuang dan puang. tapi aku assume dia ni mungkin tak penah datang situ kot (as no plat keta dia starts with 'K'). dia macam terlajak ke depan melepasi simpang untuk naik ke atas. tapi dengan perasaan tak bersalah nya sesuka hati ayam itik dia, dia terus reverse!! memang terjadi dengan cepat. aku yakin seratus persen cintaku yang dia mmg tak tengok belakang sebelum dia reverse (dia amik iktibar filem Jangan Pandang Belakang agaknya). aku terus hon tapi sayang semuanya sudah terlambat...

gedegangggggggggggggggg!!

nanti dulu. jangan risau. akak okey. cuma akak blur skit masa tu. bukan sikit tapi banyak sebenarnya. dia park keta dia tepi dan akak pun turut serta. dia pun turun. dan diikuti oleh empat lagi lelaki yang lain.

hurkk!! aku menjadi sedikit cuak.

tapi!! aku ke yang salah?? tidak kann?? so cuak aku tadi memang sedikit sajork lah. aku pun turun keta dengan perasaan marah dan geram. aku geram betul kalau dah sah-sah benda tu dia kena buat tapi dia tak buat. dah tau nak reverse tapi tak reti-reti nak tengok belakang dulu. kenapa? ada ke orang reverse ke depan? masa kuar keta tu dengan penuh semangat waja konon2 nak ja maki hamun budak-budak hingusan tu. aku terus tengok depan keta aku. pastu baru aku pandang muka sekor-sekor (huhu suka ati nak panggil camtu). memanglah budak pun. aku rasa sebaya dengan adik aku yang bongsu tu. macam budak baru abis skolah. diorang cam tunggu ja aku nak sound macam pesalah di dalam kandang mahkamah. aku blur tahap langit ke tujuh sampai sudahnya aku hanya sound................."apsal reverse tak tengokkkk???"
dalam nada seakan-akan kakak mithali memarahi adiknya.

ya rabbiiiiiii...aku rasa macam tak boleh nak marah. entah apa jampi budak-budak tu baca sebelum kuar keta aku pun tak tau. tapi seriously itu sajork yang aku sound. baik kan aku???? hahahahha. lagi pun aku tengok keta aku tak da apa-apa. kemek pun tidak. cuma calar sikit2 kat plat tu. aku cakap takpa lah. aku pun blah dengan segera sebab ramai penonton tak diundang nak berkeypohci beramai-ramai. so akak pun dengan tiba-tiba tumbuh sayap kat belakang lalu menjadi bu peri yang teramatlah sopan. (harkkk tuiiihhh!!!)

aku tak marah sebab tak jadi apa-apa kat keta aku. another thing is aku pikir balik, adik aku mungkin sebaya diorang dan baru sangat dapat lesen. bukan aku nak mintak tapi kalau lah the same thing happen to him, biarlah orang tu pun memaafkan dia seadanya dan selesaikan cara elok.

tapi kalau dah sampai keta tu kemek bak tin milo dipijak-pijak, kau jawab lah nyahhhhhhhh!!

No comments:

Post a Comment