Sunday, December 13, 2009

Kenduri-Kendara-Kendiri

Ahad lepas aku pegi majlis perkahwinan salah sorang member time belajar dulu. dia cakap dia buat majlis kecil-kecilan jer. tak jemput ramai. aku pegi pun kejap jer. sempat snap 1 pic kat atas ni. Sasha ngamuk2 sebab ngantuk. and to those ex-ittarians yang tidak dijemput, janganlah kecik hati. jom kita sama-sama doakan kebahagiaan kawan kita ni. semoga berbahagia ke akhir hayat dan cepat-cepat dapat baby ye. aminn.


ini Sasha lepas balik dari kenduri.
dah ngantuk tapi bila masuk keta, cergas jer pun.
propa tau.





Photobucket

Sunday, December 06, 2009

Aku baru realize lagu ni best

Kau Pergi by Aliff Sattar

kau kata akulah segalanya..
yang menyinar mekar di hatimu
kau berjanji akulah satu-satunya
yang abadi hingga ke akhirnya

kau genggam erat tanganku
kau sambut cinta suciku
kau hias indah hidupku
kau beriku bahagia

kau pergi dariku
sendiri tanpamu

mana janji-janjimu untuk setia denganku?
hatiku terluka dibuai rindu padamu...
manakah setia yang kau ucap dulu?
maafkanku jika salahku...

hulur tanganmu sambut cintaku...
aku tak sanggup sendiri
kembali kasih dalam hidupku
cintaku tulus sejati

kau pergi dariku
sendiri tanpamu

mana janji-janjimu untuk berdua denganku?
hatiku terluka dibuai rindu padamu...
manakah cinta yang kau ucap dulu?
cintamu bukan untukku...


okey okey jangan kutuk..aku tau aku selalu lambat mengupdate diri sendiri akan lagu-lagu best seumpama lagu di atas. cerita Delima ni dah lama abis. tapi lepas dia dah ulang patplohpat kali baru laaa timbul inisiatif diri untuk bukak mata tengok title dan penyanyi lagu theme dia ni. kesian..kesian..

eh tapi tangkap leleh kan lagu ni. ce tengok lirik dia. bleh merambu ayaq mata kalau kena timing seiring dengan kejadian menyayat hati sambil lagu ini dimainkan di belakang tabir. merembess i tell u. hiks!


Photobucket

Thursday, December 03, 2009

Meh pakat baca ramai-ramai

Seronok baca entry dia yang satu ni. Owner blog ni adalah somebody called Hamka. Sangat interesting dan membuka minda hati. Mudah-mudahan muncul kesedaran dalam diri aku sendiri dan everyone yang sanggup baca satu persatu perenggan dalam setiap entry beliau. Memang panjang semua entry-entry dia tapi penuh dengan pengajaran.

This one which i like most : Salahkah Lelaki Menangis?

Sila la baca. Enjoy reading!



Photobucket