Sunday, January 29, 2012

I have a pinkie bikey!

bertuah nasib kau nak.. belum sampai harijadi, tokwan dia dah hadiahkan beskal pink ni.



aku dulu jangan harappp. dapat beskal tu dapat la, tapi sila paham sendiri bahawa beskal itu untuk dikongsi dengan adik kau yer.. mentang-mentang beza setahun jer kan, bercinta nak hadap beskal tu kat kau sorang-sorang!

kaler pun sorry la nak ikut kaler pompuan ke kaler laki ke.. senang cerita bapak aku belikan kaler ijauuu.. amekkkk kau. nama nak ada rambu-ramba ke patung kiut-miut sebagai honk beskal ke kem salammmm.



aku tak tau bila masa diorang keluar. tau2 dah balik jer dia usung beskal ni sambil tersengih-sengih sampai ke telinga. menyirap pun ada jugak aku masa tu. yer la kecik-kecik lagi kau dah pandai pow orang tua tu. bapak dia selamat la. selamat poket kan???? janji poket aku pun selamat jugak sudah. eh.



gambar-gambar ni masa aku bawak dia main kat padang. pukul 10 pagi okkkkkk. hari AHAD okkkkkkk. hari yang masyukkk sekali untuk lenaaa! memang potong betul. dia bangun jer tido hari tu, terus ajak pegi padang. tak kasi can langsung beta nak beradu..



serious aku jeles tengok honk dia kaler kuning tu!


** lari sambil nanges-nanges..

Photobucket

Saturday, January 28, 2012

Pantun Tak Kerat


Bulan ni saja 3 kali aku pegi jusco semata-mata nak beli benda alah ni. Nasib baik jusco tu jauh sikiiiit dari rumah, kalau tidak mau cukup 30 kali sebulan aku pegi beli ni.

Bulat-bulat macam cekodok,
Tapi nyata bukan cekodok,
Kenapakah dikau enak sekali,
Ohh wahai takoyaki??

*lariiiiiiiiiiiikkkkk
Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, January 01, 2012

Cerita pegi K to the L

sebagai penutup tirai langsir tudung tingkap tahun 2011, aku telah berjimba-jimba di KL bersama keluarga.. laki aku tak ikut, sebab berlagak tak hengat apa barang asek2 pegi KL adik dia (adik ipar aku le) nak kenduri awal bulan 1, so tak reti2 sibukkan diri sediakan apa yang patut???? al-maklumlah kenduri kat kampung kan bukan macam kenduri kat pekan org cakap, semua main buat sendiri.. tak main catering-catering ni uols.. makan pun hidang ok, tak main buffet-buffet.. kalau kat pekan2 ni, sorry naik lori pandai2 la kau cedok sendiri makanan kat meja buffet tu..

ok dah tersasar sikit motif entry kali ni rasanya..

berbalik kepada cerita berjimba di KL. tak ke mana pun. plan mula2 nak masuk aquaria. yer la alesya sampai ke hari ni dok sebut-sebut langkawi. kes takleh lupa underwater world. tensi aku. tapi member aku cakap tak worth it masuk aquaria tu, tempat dia kecik. tak best. member aku org petronas, so kena percaya cakap dia. (motif bagitau member keja petronas? muahahahah)

so cancel, tukar plan nak masuk petrosains. memang hampeh sebab kami sampai2 jer tiket dah sold out. bengang betol aku. memang kitorang keluar pun dah lambat. lepas zohor baru keluar. pastu mak aku nak pulakkk lunch kat luar dari klcc.. aku dah bagitau kan senang kalau lunch kat situ takyah nak rebut-rebut.. dia cakap dalam klcc makanan mahal-mahal.. haa amikkk sekali sold out.. rasaaaaainnnn..


sudahnya lepak depan klcc. pegi playground. settle!


muka tak ikhlas amik gambar.. pfftt



muka bleh-la-redho amik gambar..



nak main?? meh sini amik gambar dulu..



pastu pegi i-City

yang so-so ajer..



melayang lapan hengget beli telinga minnie mouse ni


padahal dia tak mintak, aku rela hati beli!
(read: mak yang over)







seriau makcik tengok anak makcik amik gambaq lagu ni

mana hang blajaq ceq oiiii????



Photobucket