Sunday, March 29, 2009

Sway dik sway...

aku mintak mahap la kepada sesapa yang tak suka budak ni.

yang paling penting, aku suka.

walaupun dia menari keras macam papan dan pergerakannya hanya tertakluk kepada beberapa step yang berulang, tetap akak suka. suara dia best okkkkkkkkk.

tagline dia jek macam tak berapa kena..

"i'm yours????" apa kessssssss??

takpa akak redha..



Tuesday, March 24, 2009

Selamat Hari Lahir, Ayu

* kesian wish kepada diri sendiri





tak best hari jadi di opis. budak-budak opis ni patutnya diorang la belanja aku.
sudahnya diorang suruh aku lak belikan kek. manyak cantek. tapi memang aku ada
niat nak bawak makanan untuk diorang. kelmarin macam tak sempat nak pikir nak bawak apa.
so mungkin esok lah. lagipun hari ni ramai takda kat opis. cuti la kursus la. macam-macam.
mungkin aku tak bawak lah kek mahal-mahal. cuma sekadar yang mampu. dah lama
tak bersedekah. sekali-sekali kena ingatkan diri jugak kan.

dapat banyak jugak sms dan wish dr member-member..


1 - malam tadi adik ipar aku orang pertama yang wish. adik perempuan husband aku.
husband aku????? harapan nak jadi orang yang berada di tangga pertama dalam carta..


2 - pukul 7 pagi tadi time aku nak masuk keta pegi keja, adik ipar aku jugak yang wish.
adik lelaki aku punya wife. dok dekat putrajaya. terharu aii..


* motip hanya adik ipar mengungguli carta wish birthday aku?


* aku kan kakak ipar yang baik..........................................................

hakk tuihhh!!!


3 - Ex dorm mate aku dulu Fiza menduduki tangga ketiga dengan ucapan "dah tua dahhh..."


4 - Cik abang sayang yang dinanti-nanti. berjaya terjelepuk di tangga ke empat..
dengan ucapan "Happy Birthday Daling..muah.."

* itu sajork???????????????


5 - Member aku ex SGGS, a Puan to be...sementara tu bergelar Auntie Farah..
dengan ucapan " Hepi beday mak sasya! Sasya tak celebrate dengan hang?"

* ya kawan baik saya la tu..

6 - Member aku ex SGGS jugak, Cik Azra Ayu dengan ucapan "Epi besday dear..May Allah bless u"

7 - Kak Gee aku dengan ucapan "Selamat menyambut hari lahir yang ke 25 (ehh betol ke?)"

* buat-buat tak percaya lak aku dah tua.. sob sob..

8 - Abah aku dengan picture message nya berupa gambar kek lilin-lilin..thank you Abah..



itu lah saja setakat ini...
dah aku nak balik..opis pun dah sunyi....eee ngeri..



Sunday, March 22, 2009

Hujung Minggu Yang Tak Mengasyikkan..

bosan gila weekend ni. aku pun macam takda hati nak bawak sasya dengan opahnya kuar jalan2. pertama, pasal aku rasa minda tak berkembang minggu ni so aku dah takda idea nak kuar jenjalan ke mana. kedua pasal ongkosnya macam tak cantek minggu ni. biasa la dah nak ujung bulan kan. dalam purse tinggal syiling-syiling. tu pun bila nampak syiling dah rasa sronok gila. kalau kumpul-kumpul lepas jugak nak bayar parking kan. time-time camni baru la nak sedar besar rahmat ada syiling. kalau tidakkkk....tengok 50 sen pun macam 5 sen..

* ya la...tengah taubat la ni..

mungkin next weekend la nak bawak sasya ronggeng. kelmarin pakcik aku ada sebut "bawak la budak ni pegi jalan-jalan kat youthpark tu. boleh dia lari-lari main-main kat situ" aku pun macam, ya tak ya jugak kan. asyik bawak ke tesco, shopping complex..mana dia nak berlari nya.. kalau kat youthpark tu best. petang2 ramai orang. ada mini swimming pool lagi.

* kena kluar fulus lagi mau beli swimming suit budak tu pulak..

pakcik aku tu selalu datang umah. dia duduk belah seberang. kadang tu saja singgah pasal ada kenduri kawin sebelah penang ni. dia keja pun belah sini. kadang tu tengah-tengah drive dari opis dia nak balik ke rumah, ada pulak "panggilan pulau" menjelma, gigih ni singgah umah aku terkocoh-kocoh suruh bukak pintu. aku ingat kan apesal la dia datang kalut-kalut ni suh cepat bukak pintu, rupanyaaaaaa..dah tak tahan daulat sangat kena jumpa encik toilet. dia kata kalau nak teruskan drive dan tahan sampai ke rumah memang tak sempat. hahaha. teruk betul.

tapi memang agak jauh la rumah dia. nak pulak kalau bridge tu jem..aduiii. kalau dia turun dari atas bridge tu guna tali sampai ke bawah dan melepas pun sempat rasanya. hehehe. aku jahat selalu sound dia "kalau singgah tu tak tinggalkan kenangan tak sah la" Muahahahaha

weh aku nak bagitau ni. hari selasa ni birthday aku. haahaha.

*matila promote birthday sendiri

bukan apa. aku bukan niat pun nak dapat hadiah. kalau nak wish pun dah cukup baik. tapi kalau rasa nak bagi wish disertakan dengan hadiah pun boley jugakkk.

Bedebushhh! diri sendiri kerana perasan tahap melampau..


Tuesday, March 10, 2009

Puisi si suami untuk isteri bila nak kawin lain..

*** Puisi Sang Suami***

Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...




*** Balasan Puisi Sang Isteri***

Suamiku,
Andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

Akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi..
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!!



ehem..dengar tu En Muhd!

Sunday, March 01, 2009

Newborn Baby

hari Ahad lepas aku pegi melawat Kak Gee yang baru melahirkan anak kedua. anak sulung dia perempuan nama Ashween. rasanya aku pernah mention sebelum ni kot. dah umur 5 tahun pun. nih baru dapat anak yang nombor dua. and it's a boy! seronok kan dah ada sepasang.

masa aku pegi tengok anak dia kat hospital tu, punyalah cute. biasa la semua babies memang nampak cute. especially yang baru lahir kan. berat anak dia 2.75kg. nama yang dicadangkan ialah Shaquille Danish. sedap nama dia. tapi aku tak sure pulak maksud Shaquille tu apa. yang aku tau Shaquille O'neal tu la. hikss..

bila tengok anak dia, tetiba rasa....

"wahhhhhhhhhhh macam nak jugakk"

MACAM okkkkk...

i think i'm not quite ready for the second baby just yet. entah la kenapa. nak kata serik tu tidak sekali. trauma mungkin macam ada la sikit2. haha.

rasanya nak tunggu like another 2 years ke.............bagi Sasya besar dulu. dah pandai jalan. dah boleh makan sendiri. dah pandai cakap. pendek kata dah sedikit independent. en muhd pun macam orite sajork. ye la bukan dia yang nak beranak kannnn???

ni lah Danish...





soalan cepumas hari ini :

tidak kah hati anda akan cair melihat that cute little babyyyyyyyy?????????

jawabbbbbb!!!!!!!!