Sunday, May 24, 2009

Sunday Morning Fever

Pagi tadi sedar-sedar Sasya dah melalak sekuat hati. Aku pegang badan dia........ PANAS!!

aku mula cuak. mmg dari tengah malam tadi aku dah rasa badan dia panas. tapi pagi ni laaaagi teruk. macam baru lepas sunbathing di persisiran Pantai Cenang...wahaha..

okey2 maaf.


siannnnn sayang mama. muka dia .....hehehehe takyah la aku letak gambar. kesian.
nak amik gambar pun tak sampai hati. monyokkkk memanjang. tengok orang ni, nak nangeh. tengok orang tu, nak meraung. pendek kata, nak nangehhhhh jer la kejanya. takleh silap sikit, nak marah. hehehe kesiann.

aku bukan apa. sebab dia jarang-jarang demam. dan sangatlah super duper hyper active! jadi kalau sekali dia demam tu, nak tergelak la jugak tengok dia terbaring jer kan. tak panjat sana. tak panjat sini. tak lari sana. tak jatuh sini.

tapi!!!

aku bagi la ubat demam kan. lepas makan ubat, dia tido dalam setengah jam. agaknya dia tengah caj bateri la tu. elok dia celikkkkkkkkkkk jer mata, kebetulan pulak baru start kartun Pocoyo. terus mengekek-ngekek gelak. bangun untuk berdiri. lantas tepuk-tepuk tangan dan sedia untuk melompaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!!

sambil Koolfever melekat kat dahi!


haaaaaaaaaaaa.. itu lah anak saya..... Alesya..

tidak ku hirau walau ku demam!!


Sunday, May 17, 2009

Resepi Hujung Minggu

wahhhh...hari ni aku sangat rajin masuk ke dapur di awal pagi. bekerja keras membanting tulang gigi siku untuk memasak

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ayam Masak Madu


wakaka..macam la best sangat kan...tapi ni first trial aku so harus lah di war-warkan..
selalu masak kari ayam, ayam masak merah, ayam masak kicap...haaaa kali ni nak cuba feeling-feeling madu lak..ooooopppss masakan jer tauu...bukan "madu" yang itu...
ditegaskan sekali lagi yer en muhd....bukan M A D U yang I T U!
lauk sampingan hari ini adalah terung masak cili (tahh aku bukan tau sangat nama resepi) dan of course favourite aku, sayur bayam. kecik-kecik dulu suka tengok popeye..ni la padahnyaa... eke ke ke ke ke...kan gelak pun dah macam popeye!



baca tu..

I YAM WHAT I YAM !

eke ke ke ke !


Sunday, May 10, 2009

Happy Mama's Day




Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu


Selamat Hari Ibu, Mama!
I'll always love you..

Friday, May 08, 2009

Thinking of You

sila click Play, turn up the volume, scroll down to the lyrics and enjoy my very favourite song.





comparisons are easily done
once you've had a taste of perfection
like an apple hanging from a tree
i pick the ripest one
i still got the seed

you said move on
where do i go?
i guess second best is all i will know

cause when i'm with him i am thinking of you
thinking of you
what you would do if
you were the one who was spending the night
oh i wish that i was looking into your eyes

you're like an indian summer in the middle of winter
like a hard candy with a surprise center
how do i get better once i've had the best
you said there's tons of fish in the waters
so the waters i will test

he kissed my lips
i taste your mouth
he pulled me in,
i was disgusted with myself

cause when i'm with him i am thinking of you
thinking of you
what you would do if
you were the one who was spending the night
oh i wish that i was looking into your

the best and yes i do regret
how i could let myself let you go
now, now the lessons learned
i touched and i was burned
oh i think you should know

cause when i'm with him i am thinking of you
thinking of you
what you would do if
you were the one who was spending the night
i wish that i was looking into your your eyes
looking into your eyes
looking into your eyes
why won't you walk through and
bust in the door and
take me away oh no more mistakes
cause in your eyes i'd like to
stay, stay...

Sunday, May 03, 2009

Aku Nak Feeling So Strong Sekejap..

Bukan feeling apa pon...tadi tengah syok-syok download lagu, terjumpa lak lagu lama ni.. tak la lama sampai ke zaman 70an atau 80an.. cuma aku yang dah lama tak dengar.. hikss..

sangat suka lagu ni. gigih ni dulu beli kaset Padi. skang kalau dah jadi nasik pun takkan aku bazirkan duit aku membeli-beli kaset bagai. download pon sodap!


Padi - Kasih Tak Sampai

Indah..
Terasa indah..
Bila kita terbuai dalam alunan cinta..
Sedapat mungkin terciptakan rasa..
Keinginan saling memiliki

Namun bila,
Itu semua dapat terwujud
Dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang..
Menyatukan perasaan....

Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..

Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini

Menjadi saksi kita berdua



Friday, May 01, 2009

Jangan Ucap Takziah


Aku cilok artikel ni dari blog orang. bukan apa. untuk dijadikan iktibar dan ingatan kepada diri sendiri gak.


p/s : mokcik nanges time baca cerita ni.. sob.. sob..



Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.

Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.


Renung-renungkan..