Tuesday, December 16, 2008

Tawa dalam Tangisan

wahhh tajuk..

aku bukan la nak berdondang sayang meratap hiba di tepi katil sambil tutup muka dengan bantal lalu...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...kan..cuma nak jugak la story mory pasal ketensenan aku for the past few weeks.

tensen di opis. ya ampunnnnnnnnnnnnnnn pak polisi. AMAT lah meresahkan jiwa patik.

aku rasa aku dah macam kartun ke sana ke mari seiring dua jalan kat opis tuh. sebelum ni aku bleh berlagak la goyang kaki lutut segala. tapi bila nak dekat hujung tahun ni, macam-macam aznil yang berlaku. tak menang tangan gak la. aku dok nampak cuti krismas tu saja. bukanlah maksudnya akak nak terbang ho ho ho sambil mengenakan jubah merah. tapi niat di hati nak mengambil rehat panjang untuk memadu asmara. bluekkk!!

lagi satu hal yang bagi aku hangin.com pasal kes adik aku nak kenduri.

ohh sementara tu, patik nak menjemput lah sanak saudara dan sahabat handai semua jemputlah hadir ke majlis perkahwinan adik patik yang bakal berlangsung pada 03 Januari 2009 di Dewan Bayan Baru (bersebelahan Masjid Bayan Baru ye kawan-kawan)

okey kembali kepada hangin akak tadi. tukang buat hantaran tak bertauliah, akak lah. sapa lagi. satu haram pun tak siap lagi. dok kat opis teringat keja nak kenduri. dok kat umah teringat keja kat opis *matila kena daftar hospital bahagia dengan segera.

yang adik aku lak. rilek selamba tenuk macam takda menda nak jadi. tak salah jugak la dia tu laki. dok jauh kat KL lak. mana nak amik tau sangat benda-benda persiapan ni. tapi ntahhhh. aku rasa macam aku lak yang nak kawin. sound karang, cakap aku tak ikhlas. aku ikhlas..tapi jauhhhhhhh..jauhh jauh...tima kasih to abg jenal abidin.

husband aku lak. time-time ni jugak la dia nak buat peperiksaan menguji kesabaran aku. aku yang dah lama tak menangis hiba pun bleh tangkap leleh tadi. lawak lawak gak la. tapi kalau time aku serious, sila lah serious bersama-sama aku. kang aku tak marah, tapi aku nangis. tu la susah aku ni. kalau aku tension sangat sure aku nangis. entah hapa-hapa kan. tralalalalalalala....

dah la tu. nih pun aku tengah biarkan anak aku berpeleseran kat depan tv main dengan Tigger dan doll-doll dia sekalian. mulanya pasang niat nak buat keja opis. tapi hampehhhhhhhhhh. nak jugak post entry baru membuat luahan perasaan yang sedihnya tiada bertepi ni. sob..sob..sob..

hanya satu harapan aku..moga hari-hari mendatang akan lebih tenang dan membawa sinar bahagia yang abadi..bleh la akak jingle bell-jingle bell dengan ria jayanya..hi hi hi hi hi

incik ahadiat akashah, silalah hire saya jadi penolong pengarut anda. muakakaka.

Chow Bedah!

No comments:

Post a Comment