Tuesday, December 02, 2008

Aktiviti di Hari Selasa..

hari ni merupakan hari yang sangat meletihkan. sehari suntuk ada training session untuk user. aku pun macam mak badut la ke hulu ke hilir bagai itik tak pulang-pulang dahh. tapi yang bestnya kawan aku sorang ni..

tengah-tengah dia present tu, ada la satu kes ni, dia selamba bomba (pinjam jap en. supermeng) bleh cakap "hari ni kita ramai-ramai jadi gila kuasa sekejap ye" huhu. tu present depan encik-encik ptd tu. selamba dia jaaa. yang aku ni mengekek kat blakang. apolah nasib ada sahabat sejati sebegitu rupa.

yang anak aku ni lak semakin hari semakin bertambah la buasnya. nak cuba panjat sana sini. dipegang tak mau langsung. bila dilepas berkeliaran, dengan kencangnya dia merangkak merata bumi. masuk bilik mak aku, menyorok blakang pintu. masuk bilik aku, main pulak sendal pintu tu. rasa macam nak hapuskan semua-semua pintu dalam rumah ni. bleh gitu??

tapi nak wat cemana, kecit konet gigi sebatang tu la tetap menjadi pooooooooojaan haatikuuuuuuuuu..

meh meh sini meh tengok gambar dia lagi dan lagiiii..





dan ini aksi-aksi hindustan dia pegang tiang /dinding / pokok tapi pandang belakang. aku dah pesan jangan pandang blakang. karang haaaa. heheheh





adik aku ni pun sibuk nak bergambar sebenarnya tapi buat-buat amik anak aku jadi model sambilan tanpa gaji untuk dijadikan alasan bergambar..blerghh..




dan anak aku pun termakan janji-janji manismu untuk dijadikan model sambilan sambil pose muka-muka boring dia..

No comments:

Post a Comment