Sunday, January 11, 2009

11 Januari


hari ni Sasha cukup 11 bulan. lagi sebulan saja dia akan genap umur setahun. tak sabar-sabar dia nak meraikan hari jadinya yang pertama **matila statement cover mak dia yang beriya sebenarnya.

little einstein dah pandai berdiri sendiri. pertumbuhan gigi dah nak masuk ke bilangan batang gigi yang ketiga dah. bila aku ajar dia sebut "mama" dengan rasa tak bersalahnya dia ulang "tatah..tatah"..sadis tahap nalakarupan dah. takpa. takpa. akak okey. masih boleh bersabar.

hari jumaat lepas dia demam. malam jer panas tahap boleh rebus telur. silap sikit jer meragam pastu nangis macam orang pukul dia. kesiann tengok. aku tempek koolfever kat dahi dia terus dia buat muka heran bin ajaib "apo ko bondo atas kepalo den ni haa?" gitulah lagaknya..hikss

tapi hari ni dia dah okey. demam dah kurang. alhamdulilah. excited sebenarnya nak tunggu 1st birthday dia. walaupun dia belum tahu tiup-tiup lilin dan potong kek sambil pose-pose cantik, aku tetap nak buat something special on her birthday. nanti bila dah besar, dia boleh tengok gambar dan bear in mind yang mama dan abah dia would do anything to make her happy. hiks.



p/s : jom layan lagu ni




Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna


No comments:

Post a Comment