Wednesday, November 25, 2009

Jom feeling2 boring di shopping complex

Isnin lepas aku bawak Sasha pegi Jusco QB. nak beli kasut untuk dia. kasut dia semua dah takleh pakai. semua dah ketat. kesian dia asyik pakai selipar ke sana ke mari. bila nak pakai dress, dah pening aku memikir. takkan nak pakai dress dengan selipar?

bila dah sampai tempat kasut budak-budak, aku pun pilih-pilih yang mana berkenan as if kasut tu nak disarung kat kaki aku. tapi lantak la. Sasha yang nak pakai, haruslah yang cantek-cantek sajerrr.



sila muntah ijau.


blueekk!


bila aku dah pilih kasut, perlulah mencari size yang sepadan dan sekali ganda lebih besar dari biasa sebab bleh pakai lama kan (sepppp duit mama). tapi dah satu keja pulak aku tengok salesgirl tu menapak pegi balik pegi balik sebab kejap-kejap aku mintak size lain, kejap lagi size lain pulak. eh kot ye pun aku mintak nak try 100 jenis size sekali pun, apa hal yang payah sangat ko pegi simpan stock kasut ko nun jauh di sana di sana di saaaaaaaaaannaaaaaaaaaaaaa. dah tak pasal-pasal aku nampak salesgirl tu macam tengah mengerjakan ibadah saie dari safa ke marwah dengan penuh kesabaran sekali. ngeeeehehehe.

time nak tunggu dia berpatah-patah balik tu, mula la si Sasha naik boring. mama nya pun sama. so apa lagi, lets bercamwhore Sasha...


sibuk nak tengok jugak..



mimik muka yang pertama



mimik muka yang kedua



mimik muka yang ketiga..
nampak selipar minnie mouse ni lah dia pakai siang dan malam since semua kasut dah ketat..syiannn

** dia tengah cas-cas comels la tu



ini dah sampai tahap dia memang bosan gilos..
buat cam umah sendiri lak



hahaha. tengok muka pasrah gila.



ni la kasutnya. aku nak kaler putih. takda size lak.
tak kisah la dek non.










okey. lagi 2 tahun pulak beli kasut baru ye Sasha.
hahaha.
gila kedekut berjimat!


Photobucket

Tuesday, November 24, 2009

Nanges hentak-hentak kaki betapa ku teringin nak mengdrive sebuah mpv

welcoming the new Perodua Alza peopleeeeeee!!


** cepat perodua, kasi up royalti aku tolong promote ni




betapa sayu di hati di saat aku membaca berita harian online pagi ini. rupa-rupanya perodua pun dah launch mpv. bukan apa, sayu sebab terkenangkan bilakah abad dan zamannya mampu ku miliki sebijik mpv. tapi kan, alza ni aku rasa worth it la. the price are quite reasonable. 7 seater tau. siap leh lipat2 seat kalau ko nak terbaring terkangkang kuak lentang dalam keta. tak caya gi tengok details kat website perodua. ** ha promote lagi ni, encik perodua!

dulu masa exora keluar, aku penah sound kat en muhd. ayat berbalas pantunnya berbunyi begini :

"buat macam anak 5 orang, nak pakai mpv..."

nak jer aku balas.. "haa jom la bagi cukup 5 orang!"

baru "nak" saja... blom balas lagi. haha. as iffffffffffff aku nak anak sampai 5 org. eh tapi takmo la cakap. kang betul2 anak aku 5 orang, farah kutuk! hahaa.

tadi pun si farah dah api-apikan aku yang dah sedia berapi ni. nyampah tau.

farah : alza cantek dan worthhhh
farah : sila beli
me : tu laaaaaaaaa
me : aku dah tangkap centan
farah : tu laa
me : tapi laki aku dah penah kondem aku. anak sorang nak pakai mpv.
farah : owh
farah : tp worth apa
farah : dr beli keta biasa, mpv tu spacious apa
farah : boleh sasha berlari2 nnt
me : itu la pasaiii
me : aku suka mpv2
farah : tambah2 crv nokk
farah : hahhaa
me : crv tak dapat pun takpa la dapat alza
me : bley gitu
me : depan dia sejibik cam myvi
me : ala teringinnya
me :dia nya gear cam crv nok
me : terbayang betapa jakunnya aku masa aku penah tompang naik crv pacik aku dulu
me : *sigh
farah : hehehe
farah : beli la nokkssss
farah : aku menyokonggg
farah : worth kann
farah : 50-60 kan
farah : for mpv uolsss
farah : tp nak buat side parking, sila menangisssss
me : wahahahahahahahhahahahahahahahhahaha
me : aku gelak dulu sebelum aku menangis
farah : hahahhahaaha
farah : tu la diaaaaa


bila dia sebut sila menangis bila nak buat side parking, memang aku nak tergelak. aku sanggup round 5 kali cari parking depan belakang okkkkkkkk. mak tak rela nyah. terkedek-kedek pusing stereng ke depan break, ke belakang break. macam bangang gila entah dari planet mana tak penah-penah reti side parking. aku sendiri naik pelik macam mana aku bleh pass side parking masa test kereta dulu. mak aku sampai ke detik ini masih camdek aku (camdek = perli ye murid2) "eeeeeeeeeeee (panjang kemain ee dia okk) entah macam mana laaaaaa hang boleh pass dulu" mengalir taik telinga hijau dengar okkk.

tapi wut the heck. parking depan belakang masih berlambakkk. kan farah kan. hahaha.



insyallah kalau takda aral melintang air pasang surut, tahun depan akan aku pikirkan.



baru pikirrrrrrrrr. blom order lagi. haha.



cepat2 doa ramai2 agar murah rezeki aku leh pakai mpv tahun depan. aminn. cepat Sasha amin! haa good girl Sasha.


Photobucket

Friday, November 20, 2009

Macam kan dah setahun tak makan tengahari

Jumaat lepas ada jamuan puspanita suk (akak baru setahun jagung menjadi ahli ok). kelab ni which aku syok-syok join sebab dah takda menda berpekdah lain yang boleh join, dengan rasminya dibubarkan sebab hanya nak focus on puspanita negeri. buat apa kelab banyak-banyak kan. duit pun tak ramai nak bayar yuran. so dek kerana pembubarannya itu, kami ni dijemputlah untuk menjamu selera iaitu lunch buffet di Traders hotel. dekat sajo. dari opis jalan kaki kedek-kedek dah sampai.

dalam kol 12 tu kami pun pegi la. seronok uolls. dah lama tak makan best2. atau lebih tepat lagi, dah lama tak makan kat hotel. wahaha. yer la. nak harap sesaja ko nak tabur duit gi bayar buffet lunch kat hotel, berjanggut la rasanya. baik sedekah anak yatim yer dak. nih dah orang panggil makan free, sapa taknak dek nonn. tak banyak gambar aku snap. takut kang orang kata ko ni nak makan ke nak pose-pose menarik jer kat meja makan. sentap ai kang tauu.






ni bendalah ikan dengan sotong grill. very the yummmmmyy.
aku gi amik 2 round okkkkk. dasar muka tak malu.



tengok aku atur desert satu persatu atas pinggan.
nampak sangat jakun. wahahahha. wut the heck.



ini merupakan caramel puding yg sgt sedap ok.



ini adalah cookies n cream ice cream.
choc chips tu aku tabur like nothing else matter gitu.



ni semua merupakan para ibu yang kekenyangan.
yang 2 dari kanan tu sedang memboyot. melompat2 baby dlm perut dpt makan best2.


yg baju pink tu adalah salah seorang boss yg sangat happening.
kalau duduk dengan kami, dia lupa yang dia sebenarnya seorang boss. haha.



haaa..ni souvenir yang kami dapat konon sbg kenang-kenangan.
a bracelet..


and a brooch. yippie!





Photobucket

Saturday, November 14, 2009

Penangan Nur Kasih

masa 1st episode cerita ni, aku tengok. dan seingat aku, aku macam skip this week tengok, the next tak tengok. yang paling aku ingat, last time aku tengok cerita ni masa Kat was pregnant and they were still in australia. pastu diorang accident. pastu entah terus aku wat dono tak layan dah cerita ni.

right untilllllllllllllllllllllllllllll this one morning aku on the way pi keja. aku tiap pagi pi keja mesti dengar hot fm. then ada la satu part ni diorang review balik petang kelmarin punya calls. ada la satu caller ni.. LELAKI call bagitau "bukan kata mak dengan makcik-makcik jer yang tengok cerita ni nangis-nangis, saya pun sama!". haii aku ni kalau dah lelaki pun cakap tengok bleh nangis-nangis, kira konfem best lah cerita tu.

aku like, hurmmm mesti dah masuk part yang best ni. sebab dah baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak episode yang aku tertinggal. pastu bila dah sampai opis pun, aku tanya kalau ada sapa-sapa yang layan nur kasih. rupanya ramai dan semua tengah seronok bergosip apa jadi minggu lepas. aku pun arghhhhhhhh takleh jadi. kena tengok ni.

start from then on, alhamdulillah aku dah tak miss lagi (boleh tu alhamdulillah tak miss tengok tv!! sepak kang). dah masuk 4 minggu la aku sambung tengok cerita tu. dan keempat-empat minggu tu lah aku dah berjaya habiskan air mata yang tak berapa bertakung sangat la. nangis lite-lite gitu. konon asyik terbayang ni "kalau la aku yg kat tempat nur tu" wakakakaka.. okey aku bagi chance untuk korang gelakkan aku.

tapi yang penting sekali. Adam yang tidak jemu mata memandang dan ohhh....entahlah. ai takleh komen banyak. satgi laki ai pelangkung ai. hehehe.



menyampah aku si Sarah tu! haha tetiba




malas nak komen lelebih (cewah!)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Adam
(motifff pink?)



tengok. tgh gayut pun handsome. haihh.





Pataaaaaaaah hatiku....membawaaa derita
Merajuklah diri
...merajuk diri
Tak tentu haluan

Maksud hatiku...maksud hatiku
Bahagia bersama...Sayang
Apakan daya
Diriku dah miskin...harta tak punya

Ohh abang Remy...







haiii...over nampaaaaaaaaak???????????
** sound En Muhd






Photobucket

Sunday, November 08, 2009

Maju setapak

hurmm...signature di bawah agak memuaskan hati..

tapi apekehe nye dengan header di atas?? haihhh..

dah aa baik aku tido dulu. esok pikir.





Photobucket

Saturday, November 07, 2009

Topik duka lara

haih.. acah jer tajuk tuh..

aku bukan apa. sejak dua menjak ni dok dengar-dengar lak lagu bekas sepasang suami isteri yang pernah hot waktu dulu. tapi sekarang tidak lagi.

sekarang mereka hot dengan lagu sedih duka lara masing-masing. aku pasang radio, dengar lagu sedih bini. tune radio stesen lain, dengar pulak lagu sedih suami. bleh nanges-nanges pilu la dengar lagu diorang ni.

erm.. siapa lagi kalau bukan si Kris Dayanti dan ex-husband iaitu Anang. btw, lagu Kris tu agak best ye tuan-tuan. tapi sampai sudah aku lupa apa ke benda tajuk lagu dia. yang lagu si Anang ni aku tau pulak. motiff??

dah la labuss.. dengar jer la lagu dia kat bawah ni. nanti kalau-kalau penyakit lupa aku ni dah sembuh dan ada improvement, aku letak la kat dalam blog ni yer. and of course, sapa-sapa yang bermurah hati nak bagitau aku apa nama lagu Kris tu, silakan.



Separuh Jiwaku Pergi by Anang Hermansyah

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati
Benar ku mencintaimu




walauuupun...

si bestfriend Latok Siti ni dah bercerai bagai, Latok Siti tetapp vogue okkk..
nyanyi lagu sedih nanges-nanges pun tetappppppppppppp lawa..

Encik Anang dan Puan Kris, dengarlah lagu bestfriend uoll ni. Semoga dapatlah kiranya uoll melawan kesepian masing-masing. Amin. ** ikhlas ni tauu



Melawan Kesepian by Siti Nurhaliza

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku...

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan...
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..