Saturday, September 25, 2010

Ohh Saya Jatuh Cinta Sama Abang Bruno..

Lagu Billionaire kan tengah femes skang. aku ingatkan pemunya suara sedap itulah yang namanya Travie McCoy. rope-ropenyerr suara abang brunoooo. nama penuh Bruno Mars uollss..

makan tak lalu tidoq tak lena orang kata. terus guna khidmat pakcik gugle untuk mencari info selanjutnya mengenai abang bruno. dan lepas dah donlod lagu dia, hari2 aku berangan dia nyanyi untuk aku (read : hakktuihh!!) walopon ropa tak ensem mana. mcm adek-beradek arwah michael jackson jugok, version sebelum putih melepak ok.

one track yang aku dah khatam hari-hari masuk kereta pegi keja balik umah masuk tido nyanyi-nyanyi lagu dia adalah "Again". No..no..no.. jangan ingat pakcik Lenny saja ada lagu Again okk. mula-mula aku pun ingat dia nyanyi balik lagu pakcik Lenny.. rupanya tidak.. in fact lagi best dari lagu pakcik Lenny.. oppss jgn saman.. jgn saman..

nah dengar lagu dia ni duet dengan akak natasha.. mencik tau.. jeles!






aku cari videoclip lagu ni takda namun masih baik hati sempena bulan syawal ni, aku tempek skali lirik untuk uolls nyanyi-nyanyi sama.. baik kan kan kan..


Hands over my head thinking 'what else could go wrong?'
Would've stayed in bed, how can a day be so long?
Never believed that things happen for a reason
But how this turned out, you moved all my doubts, oh believe
That for you I'll do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again
For you

I missed the first train, stood out in the rain, all day
Little did I know
When I caught the next train, there you were to sweep me away
Guess that's what I've waited for
Never believed that things happened for a reason
But how this turned out, you moved all my doubts, So believe
That for you I'd do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again

Who ever thought a day gone so wrong, would turn out so lovely?
I'm so glad I found you
Even though the day went so wrong, I wouldn't change a thing
I'd do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again
I'd do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again

Who ever thought a day gone so wrong, could turn out so lovely?
Who ever thought a day gone so wrong, could turn out so lovely?



videoclip lagu abang bruno duet dengan abang travie penuh tattoo tu aku jumpa la. aku tempek jugak skali. haaa double baik kan ???





tolonglah selami jiwa suara abang bruno dalam lagu ni. aku taktau dia makan jamu apa sampai aku mcm dah kena mandrem dah ni. ohh abang bruno...



Photobucket

Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri

Hai auntie-auntie suma..
(bajet takda laki yang baca blog aku kann..)


kami nak ucap ni.

Selamat Ari Raye!!!!


kami mintak maaf banyak-banyak yerr. maaf zahir dan batin.



Ikhlas dari kami la..


hehehehehhe..

Photobucket

Sunday, September 05, 2010

Kuih raya buatan sendiri..yahuu!

Tahun ni aku order cuma 3 jenis kuih raya, satu paket muruku sempena deepavali dan satu balang simpul kasih bakar. sedap u ollss.. kuih raya suma esok baru dapat.

the simpul kasih bakar..
nak buat game teka berapa simpul kasih dalam balang pun orait gak kan...


yang kat bawah ni pulak kuih-kuih raya yang dibuat sendiri oleh aku sorang dengan mak aku. seronok weh. dah lama tak duduk sama-sama tenyeh-tenyeh kuih raya ni. agaknya dah 2 tahun kot tak buat kuih sendiri. main order jer masa tu. ada yg sedap ada yang so-so. nak raya punya pasal, belasah jer lah kan. tapi yang hat bawah ni, hat yang buat sendiri ni... KONFEM sedap okkkk. tart nenas ni, satu aku gulung, 2 masuk mulut. 2 aku gulung, paham2 la berapa yang masuk mulut pastu kan. memang peberet aku.

ni tart nenas sebelum nak dibakar..


ni yang dah siap dibakar..


uuuuuu sedap kan..


ni biskut chocolate chip.. nyum nyum..


kalau nak rasa, meh la jemput beraya umah ai..

hihihi..

Photobucket

Lost..

Salam takziah kepada keluarga arwah Raihana Zainudin.

She's truly a nice person walaupun tak pernah serapat mana sewaktu sekolah dulu.

Semoga tenang rohnya di sana. dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Amin..


Photobucket

Sunday, August 08, 2010

It's his special day

Happy 34th Birthday
(kalau birthday aku, mampos nak tulis yg ke berapa lalalalala)


To My Beloved Husband


with the message

I dah ready nak mengandung lagi

I Love You So Much



You fill me up
You give me love
More love than I've ever seen
You're all I've got
You're all I've got in this world
But you're all the man that I need





Photobucket

Fenat..

Aku baru balik dari Langkawi semalam. fenat lelah tak abih lagi.
nanti aku upload pics yer..



P/s : Bleh tak takmo pi opis besok?


Oh ya. ada few snaps untuk pedoman tatapan bersama..


Anis, anak sedara aku join the camwhore session..
jgn jadikan hobi yer nak yer..


sekali dia landing atas Alesya..
tengok muka budak tu dah cuak hahaha

belajar-belajar la jadi kakak mithali alesya oiii...
eh..


Nur Anis Insyirah, 10mths


cewah. kak alesya dah boleh menerima keadaan..


sekali haa.. sikit lagi nak mewarisi bakat camwhoring mak dia..


ampunkan kami penunggu gua..

hahaha



Photobucket

Tuesday, July 27, 2010

Mari Menulis

Kalau malam-malam ni lah aktiviti anak aku. kalau tak tengok kartun, dia menconteng. kalau tak menconteng, dia memanjat sana-sini. paling kuat pun kami golek-golek atas katil sambil tengok upin-ipin. mak aku pun selalu cakap dia minat menulis. kalau bagi kat dia pen dan paper, kemain eksaited lagi.
gambar-gambar ni diamik time tengah lepak depan tv. asalnya aku nak list down barang nak dibeli. tapi dia ni jenis pantang nenek moyang nampak pen dengan kertas, dia pun sibuk la.


intro dia suh aku stat dulu tulis A B C..


gigih ni tiru mama tulis A B C


sekali kauu.. posing baikkk punya..
sekolah mana ajar duduk menulis gaya camni..cakap..cakap..


ok mama..get back to work..





take five jap. tengok iklan.


tengok kaki dia. hahahhahaha.
entah mana la dia belajar duduk camtu. konpius mak!




Photobucket

Sunday, July 25, 2010

Hari ni aku nak bersastera kejap..

Jika Kaum Hawa Menangis

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis kerana mu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya…

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan…

Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan keranamu……

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki

Fikirkanlah tentang hal itu

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah

Hanya kau yang tahu jawapannya…

Pertimbangkanlah

Kerana suatu hari nanti

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk bilang ‘Maaf’!!

People will forget what you said, People will forget what you did

But people will not forget, How you made them feel



Photobucket

Wednesday, July 21, 2010

I'm Not Okay, Okay?

i'm getting too tired of this ISP thingy. letih okkkkkkkkkkkk.

smalam meeting from 8pm to 11pm. it wasn't good i tell u. mengantuk + letih + tersandar suma orang.pagi sebelum pegi keja, alesya's still sleeping. balik meeting sampai umah kol 11.30, sudah tentu ler alesya dah tido. i really miss her last night. rasa macam nak gerak-gerak dia suruh bangun. selalu balik keja tu bleh main-main dengan dia. ni balik dia dah tido. tak best okehhh.

so Puan Farah, if u ever read this (hang yang selalu kejan aku suh update haha), as a reward kerana telah bekerja keras dan bersusah-agak-payah, aku sudah mengorder......

this..


and this...

over ok sekali order sampai 2 pasang. ni semua hang punya pasai lah. haha. *bukankah reward adalah sepatutnya untuk aku? hurmm..

ok dear alesya.. sila jangan request for any pyjamas raya lagi (motipp raya pun kena baju tido baru??)

sudahhh.. kejaaaa kejaaaa!



Photobucket

Sunday, May 30, 2010

Latest Updates On Sasha

Pertama :

Dia sudah pandai sebut "ammpehh!"


Kedua :

Suka sebut "alasyann.."
as in alasan!

Ni kes sebab berulangkali tengok Upin dan Ipin..


Ketiga :
Dia panggil ayam sebagai "bebird"
**sigh..


Keempat :

Bikin aku sakit hati bila aku ajak mandi, then she replies "tamau.."


Kelima :
Suka sebut "bwek bwek.." sambil menggedik-gedikkan bahu dan badan sampai ke kaki!
** Ggrrrrrrrrrrr



Keenam :

Tindakan refleks sangat pantas bila orang bersiap2, dia dulu sampai kat pintu sambil sebut "kasut! kasut!" hahaha..


Ketujuh :

Tiap kali lepas aku bersiap dan pakai tudung, dia datang dekat aku sebut "atek nyeee"
maksudnya, cantiknyaa..
aku not so sure dia ikhlas puji atau mmg memang nak bodek agar dapat ikut..hurm..


Kelapan :

My favourite of all..
Rambut Sasha dah panjanggggggggggggggggggggggggggggggggggggg..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


ni snap pagi tadi dalam kereta..
hehe.. mama dia yang over exited takmo potong rambut dia..
sometimes aku sendiri pun imagine mcm mana kalau sasha rambut pendek..
:)



Photobucket

Sunday, May 09, 2010

Ma, Happy Mother's Day


Have a blessed mother's day, Mama

I Love You..





penyet2 muka anak aku jadinya.. haha


Photobucket

Wednesday, May 05, 2010

OooOoOoooo Balik Kampung..

Last 2 weeks aku balik umah mak mertua aku kat kedah. dah lama tak balik. sekali aku amik cuti 2 hari campur weekend dapat 4 hari. meleleh air mata budak-budak opis tu tengok aku cuti **sambil berjalan dongak ke langit... sekali langgar pintu dangggggggggggggg!
ok ok.. meh sambung cerita balik kampung..

beberapa hari sebelum nak balik tu, adik ipar aku dah sms kata dia pun nak balik. eh ehhhh macam dijanji-janji pulak kan. siap ajak aku buat bbq kat sana. uihhh. aku bab nak bakar-bakar orang ayam ni memang syiokkk. lama dah tak buat keja-keja camni ni. tapi sayang satu gambar pun aku tak amik time tu. mana nak membakar ayam, mana nak mengejar budak kecik tu yang macam dah 10 tahun tak keluar umah waktu malam. sudahnya aku yang terbakar. terjerit-jerit aku kat luar umah tu.
yang abah dia akal tip top okk. dah siap hidupkan bara api suma kasi cun-cun, pastu zapp hilang masuk umah tengok tv. kes nak ngelat la tu. pastu bila dah siap, time nak makan wahhhhhhhhh pandai pulak dua beranak tu bersimpuh elok atas tikar bawah pokok. bukan main bersopan dia dengan abah dia. mmg rugi la aku tak amik gambar time tu. bagus tertib jer dia duduk tepi abah dia sambil sesi suap menyuap ayam. kalo dengan aku jangan harap la "ko bukak mulut ko cepat!! makan ni!" pastu korang tau sendiri la bila mak aku tanya dia "sapa jahat??" dia tuding jari kat aku okk.. well..aku dah redha suma tu.. hahahaha

ni gambar-gambar masa kat kampung..

tengok. minum pun nak main2.


tengok bola biru tu.
sampai ke saat ni aku masih tak paham kenapa Nivea yang buat bola tu.


weehuu. pokok durian sekeliling rumah ok.


haa.. nampak tu.. tengah tunggu nak berderai ke tanah..
time ni aku hampir-hampir nak buat solat hajat supaya dia luruh masa tu jugak..


pantang ada peluang...nak keluar umah saja dia..







abang..sila selamatkan handphone tu sebelum ada potensi nak berkecai.


eksen konon takmau tengok camera.. cehh



tadi kol 10 pagi husband aku mms gambar ni..
siap dengan msg "emmm..lazatnya"
grrrrrrrrrrrr...

masa aku balik hari tu, mendongak jer tengok gantung kat pokok..
dah balik sini, sebakul dia luruh..

memang hampeh!!!



Photobucket

Sunday, April 25, 2010

Signboard every office should have


Me Likey!!

esok nak print letak kat opis.. yup yup..




Photobucket

Saturday, April 24, 2010

aku dah 26 tahun 1 bulan

haha. macam baby lak kira umur pakai bulan2. podahcit!

nak update pasal birthday diri sendiri yang jatuh pada.................................. sebulan yang lalu.

bengongs birthday sendiri pun lambat masuk entry. agaknya dah tua2 ni dah tak eksaited sangat kot. maklum la, kek pun beli untuk diri sendiri. wah kesian.

laki aku mcm biasa. ada ucapan selamat hari jadi pun dah cukup bagus okkk.
** eh terkutuk lak. tapi abang berjaya menduduki carta teratas tahun ni. tahniah tahniah.

yang mak aku, "selamat hari jadi. balik keja kang blanja la satay!"
erk. dia kah yang punya hari jadi?

adik aku, "selamat makin tua sehari. aku nak hadiah!"
deyyy pooodahhhh..

bapak aku lak.. setelah 3 minggu dia sound mak aku "hari jadi ayu dah lepas ehhhhh???"
ehhh belom belom. cepat la bagi hadiah. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


sudahnya aku tepon kak zanaz. "kak, nak order baby ciskek untuk birthday diri sendiri??"

haha. tak la. aku saja beli buat makan2. memandangkan takda sapa nak blanja kan. sadis sadis.

but fyi, ciskek dia adalah sangat S to the U to the P to the E to the R to the B!!
aku order dan mintak dia deliver ke opis. bleh bagi kawan-kawan rasa. sorang sebijik sudehh.


see seeee.. very the tempting kan..


ni Kak Wan. dia cakap sayang nak makan. meh bak sini ayu makan!
i likee..

baru nak ngap.


aku rasa aku dah tua. dah 26 tahun dah. rasanya dah tiba masa untuk aku.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mengandung lagi...


haha. mesti eksaited puan farah kita. insyallah ada rezeki nanti aku mengandung la lagi.
kan nek kan kan..

oh lupa lak. aku nak gak tempek gambar ni. setelah tiga tahun lebih bergelar Isteri. akhirnya aku berjaya memasakkan chicken chop khas untuk suamiku.. caya lah..aku buat bbq chicken chop + sliced mushroom + coleslaw + baked beans. i find that the best bbq sauce adalah dari brand Heinz. sangat marvelessss! perap jer ayam dengan sos tu pastu masak atas non-stick pan. takyah susah-susah goreng dgn breadcrumb bagai. tapi bila dah setat buat tu, tiap kali laki aku balik penang, dia suh masakkan ni. waduhhh capek sih.

tadaaaaaaaaaa..
ni ler dierrrr...


Photobucket