Wednesday, May 05, 2010

OooOoOoooo Balik Kampung..

Last 2 weeks aku balik umah mak mertua aku kat kedah. dah lama tak balik. sekali aku amik cuti 2 hari campur weekend dapat 4 hari. meleleh air mata budak-budak opis tu tengok aku cuti **sambil berjalan dongak ke langit... sekali langgar pintu dangggggggggggggg!
ok ok.. meh sambung cerita balik kampung..

beberapa hari sebelum nak balik tu, adik ipar aku dah sms kata dia pun nak balik. eh ehhhh macam dijanji-janji pulak kan. siap ajak aku buat bbq kat sana. uihhh. aku bab nak bakar-bakar orang ayam ni memang syiokkk. lama dah tak buat keja-keja camni ni. tapi sayang satu gambar pun aku tak amik time tu. mana nak membakar ayam, mana nak mengejar budak kecik tu yang macam dah 10 tahun tak keluar umah waktu malam. sudahnya aku yang terbakar. terjerit-jerit aku kat luar umah tu.
yang abah dia akal tip top okk. dah siap hidupkan bara api suma kasi cun-cun, pastu zapp hilang masuk umah tengok tv. kes nak ngelat la tu. pastu bila dah siap, time nak makan wahhhhhhhhh pandai pulak dua beranak tu bersimpuh elok atas tikar bawah pokok. bukan main bersopan dia dengan abah dia. mmg rugi la aku tak amik gambar time tu. bagus tertib jer dia duduk tepi abah dia sambil sesi suap menyuap ayam. kalo dengan aku jangan harap la "ko bukak mulut ko cepat!! makan ni!" pastu korang tau sendiri la bila mak aku tanya dia "sapa jahat??" dia tuding jari kat aku okk.. well..aku dah redha suma tu.. hahahaha

ni gambar-gambar masa kat kampung..

tengok. minum pun nak main2.


tengok bola biru tu.
sampai ke saat ni aku masih tak paham kenapa Nivea yang buat bola tu.


weehuu. pokok durian sekeliling rumah ok.


haa.. nampak tu.. tengah tunggu nak berderai ke tanah..
time ni aku hampir-hampir nak buat solat hajat supaya dia luruh masa tu jugak..


pantang ada peluang...nak keluar umah saja dia..







abang..sila selamatkan handphone tu sebelum ada potensi nak berkecai.


eksen konon takmau tengok camera.. cehh



tadi kol 10 pagi husband aku mms gambar ni..
siap dengan msg "emmm..lazatnya"
grrrrrrrrrrrr...

masa aku balik hari tu, mendongak jer tengok gantung kat pokok..
dah balik sini, sebakul dia luruh..

memang hampeh!!!



Photobucket

No comments:

Post a Comment