Kalau malam-malam ni lah aktiviti anak aku. kalau tak tengok kartun, dia menconteng. kalau tak menconteng, dia memanjat sana-sini. paling kuat pun kami golek-golek atas katil sambil tengok upin-ipin. mak aku pun selalu cakap dia minat menulis. kalau bagi kat dia pen dan paper, kemain eksaited lagi.
gambar-gambar ni diamik time tengah lepak depan tv. asalnya aku nak list down barang nak dibeli. tapi dia ni jenis pantang nenek moyang nampak pen dengan kertas, dia pun sibuk la.

No comments:
Post a Comment