Saturday, October 31, 2009

Akak no komen!

ya ammpunnn..

anak aku dengan tanpa rasa bersalah dan innocent tahap puteri santubong telah mencampakkan botol susunya fiungggggggggggggggggggggg jatuh ke tingkat bawah sekali. ha kauuu dengan sound efek aku tarok skali..

aku tengah syok buat kerja kat laptop tengah hari tadi. biasa la buat kerja pun atas katil. ye la takkan "kerja" tu jer leh buat atas katil kannnn farah kan? hahaha sekali farah lak kena.

yang anak aku ni pulak tengah main lompat-lompat atas katil. masa tu dia baru lepas minum susu. selalunya lepas dia habis minum, dia surely akan pass botol susu dia ke tangan aku. dia akan sebut "nah..nah..nah" dan "cihh... (maksudnya tima kasih)" everytime aku amik botol tu dari dia..unless kalau aku takda depan mata dia, baru la dia sepah-sepahkan botol tu. pandai kan anak aku bodek akuuuu?

aku ni pulak masa tu memang tekun dan gigih ni nak siapkan kerja. sekali aku dengar.. ketukk..ketakk..fiuuungg...alah korang bayangkanlah macam mana botol susu kalau jatuh dari tingkap bilik dari tingkat 3...

tapi yang lawaknya kan..mula-mulaaaa sekali aku cari is....handphone aku la..hahaha... ehhh dibuatnya handphone aku yang dibalingnya tu.. mau tak merana hidup? aishh nauzubillah..mintak dijauhkan..lepas dah jatuh tu, aku tunggu gak kot-kot la botol tu jatuh atas kepala manusia malang yang lalu masa tu. tapi alhamdulillah tak kena kepala sesapa. hehehehe.

dia memang suka sangat berdiri atas katil tepi tingkap tu. petang-petang dia akan pegi tepi tingkap tu tengok budak-budak jantan main bola. wahhh meriah dia sorakkan diorang. mengekek-ngekek tengok budak-budak tu tendang bola. bukan main lagi.

dah petang tu aku cerita la kat mak aku. terus mak aku tengok dia dan cakap " oooooooo agaknya botol-botol dia yang hilang tanpa berita dengan jam loceng aku yang dah tak nampak batang hidung tu kerja dia la membuang ke bawah yeeeee?"




haihh... akak no komen!!



Friday, October 16, 2009

Kasut Baru Ai

Ahad lepas ai pegi shopping lite-lite.

nak cari kasut untuk dibelasah pakai ke pejabat (wah "pejabat" gitew).. lantas ke pusat membeli-belah terdekat, termurah dan terselalu sale tersempena happy deepavali ni maka ai pun terjebak terjerumus ke lembah hena dengan merembat satu kasut dengan tidak syak lagi.



tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..




















masalahnya bila dah balik umah, rasa terkesian sangat sebab macam tak sanggup rasanya nak membelasah kasut ai yang baru lagi cantekkkk ni semata-mata nak ke pejabat. macam nak simpan jer kat dalam rak kasut berkaca (wahhhhhhhhhh gitew) dan letak rak tu kat corner lot of the ruang tamu untuk dishow off kan kepada sesiapa yang bertandang ke rumah ai.










ok, ok sabar.. mak sedar.. mak larik sekarang yer..







ready, set..





larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sambil pegang kasut baru!! wuhuuu!!

Saturday, October 10, 2009

October 10th 2009 (aku dah takda idea nak buh tajuk apa sebenarnya. tima kasih)

mak malas nak update u ollsss.

gambar raya berbakul-bakul tak larat nak di pose-pose cantek kan dalam blog.

tiap-tiap weekend otstesen. haihh apa kan daya. perlu menjaga hati rakyat tercinta.

nanti free dan mood mari mak update ye u ollss. tapi kalau dah sampai raya aji nanti baru mak rasa nak letak gambar raya puasa, mak rela dipelangkong u ollss.


** larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dengan penuh senyuman manis



ohh ya. mak dah tengok The Ugly Truth. best nyahhhh. Katherine Heigl sangat cute dengan kegedikkannya. so kepada sesiapa yang belum tengok, reti-reti lah pi tengok. kalau tidak, awas lho!!


mak macam dah tersyokkk dengan Encik Gerard.. ohhh nehi nehi nehi



antara scene yang sangat mak soka. si pompuan very the flirt-flirt and very the chantek.



Saturday, September 05, 2009

Aku janji aku tak shopping raya dah lepas ni!

tadi aku pegi Queensbay. konon Jusco ada membercard sale hari ni. plan awal adalah mak aku nak shopping pinggan untuk melengkapkan set yang dah ada. haihhhh mak-mak ni.


namun apa nak buat, taik kambing pun bulat-bulat..


belum sempat aku langkah masuk Jusco, nafsu membeli baju Sasha (ditegaskan sekali lagi bukan untuk maknye!) yang telah aku tahan sejak seminggu lalu (maknanya minggu2 lepas dah borong sakan hahaha) akhirnya kalah jugak ke tangan Padini Store yang telah melonggok-longgokkan baju-baju for kids. aku pun arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

aku angkat, letak. angkat, belek, letak. aku letak, angkat. aku tengok muka mak aku, nampak signs of "udah-udah le tu", aku letak. pastu angkat balik. gila lah. kena ada anak 5 orang kot baru leh kawal nafsu membeli. baru lah rasa duit tak ada nak beli setiap sorang. kekekeke. ni asal berkenan, nak cekau saja. nak pulak kalau kat tag baju tu melekat 50%. tu kaaaaaaalau 50%. belum lagi 70%!!!! dah sah-sah aku meroyan di situ.

tu la lain kali jangan ajak aku keluar ke tempat-tempat mudah sale ni. bahaya. tak kuat iman aku bila tengok nombor-nombor beracun ni. mak aku sampai dah tak kuasa nak layan aku. kalau dia tengok aku menuju ke tempat yang tengah sale baju kids, dia wat dekkkkkkkkkk ja pegi tempat lain. hahaha. takpo lah. janji Sasha leh beraya cun-cun tahun ni. hehehe.

Monday, August 31, 2009

kenapa takleh tunggu lepas raya kah?


KONFEM!!!


aku tengok berita tv3 tadi. esok minyak naik doploh sennnnnnn.

haihhh. ni yang nak bagi migrain aku datang balik ni.

dah lama aku bersuka-suki weng sana weng sini sebab dalam otak dah set "minyak still murah..minyak still murah".. akhirnyaaaaaaaaa.. ku harapkan bonus datang menjelma rupanya minyak yang naik harga.

okeh bang, raya ni kita dok umah. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Tuesday, August 25, 2009

Seperti yang dijanjikan

mintak ampun semalam akak tak sempat nak upload gambar macaroni bakar buatan akak seperti yang dijanjikan pada hari ahad lepas. bz sangat. sampai keyboard dengan papan kekunci pun tak reti nak beza. haha ada beza kah?

okey la meh nak tempek-tempek gambar. kang ada duli-duli diraja yang murka lak. naya akak.

ni hasil lepas macaroni direbus


ni hasil daging cincang yang ditumis


ini pulak setelah macaroni dimasukkan ke dalam daging ditumis tadi


ini hasil selepas telur yang dipukul dicurahkan ke dalam macaroni


saat yang dinantikan..
bertaburanlah cheese di atas macaroni yang dimasukkan ke dalam loyang untuk dibakar


nyumm..nyumm...






dah dah..pi buat keja!!


Sunday, August 23, 2009

Menu Berbuka Puasa Hari Kedua

aku tak tau sama ada aku yang memang takda mood nak masak di hari minggu yang hujan atau mak aku yang sebenarnya malas?

huahuahuahau

bapak aku pukul 5 tadi dah tercongok depan pintu bawak balik lauk beraneka jenis. lauk-lauknya adalah....bunyi drum sikit... tadaaaaaaaaaaaaaaaaa :

1 - kari ikan ketul (aku taktau apa nama ikan tu. tapi cam best sebut ikan ketul)

2 - kari daging cincang

3 - sambal tumis sotong (feveret bapak aku so harus dan tawaduk ada dalam list)

4 - lala masak lemak cili api (aku intai tadi macam best wehhh..slurppp)

5 - kerabu apa ntah


aku rasa bapak aku tersilap orang dengan jin kot kat umah ni nak melantak tak hengat time berbuka karang..


tapi kan.........


dalam takda-takda mood aku masak hari ni pun, aku buat macaroni bakar tauuu..
sejak aku try resipi dari blog kak di, masuk hari ni dah 5 kali kot aku buat. hari tu bawak pi opis pun diorang cakap sedap.. kalau sorang jer yg cakap, aku cam tak amik port sangat la. mungkin orang tu nak sedapkan ati aku yang puas bersilat kat dapur masak macaroni untuk diorang kan. tapi semua yang rasa tu semua cakap sedap. tepuk tepuk tepuk untuk akak.

ni kira aku dah ready nak masuk troli tolak sendiri la ni kann. jangan marah dek non. nak kena puji gak buat la sendiri. esok aku upload gambar masuk blog. hari ni takleh sebab aku tak bawak balik cable hp aku.ada kat opis. so takleh nak transfer gambar hari ni. sudah la laptop pun miskin hena, gigi biru pun tiada. esok ye kawan-kawan..

okey lah.. nak bersiap-siap pakai baju berbuka puasa. ehh sunat tau tunggu waktu berbuka. sambil tu berzikir la apa yang patut. tata titi tutuuu.

Friday, August 21, 2009

Sad but true

malam tadi time aku nak tido, tiba-tiba aku teringatkan salah sorang ex-sggs ni. actually dia kerja satu bangunan dengan aku. cuma dia on the 20th floor. opis aku tingkat atas sikit dr dia. hehe.

benda ni dah lama aku dapat tau. cuma baru sekarang ni tiba-tiba rasa nak tulis kat blog. mungkin lepas dapat ilham dari movie yang membuatkan aku nanges mcm siput tak tersedut-sedut, aku rasa terdetik nak cerita pasal dia kat sini. bukan cerita nak mengutuk dia. bukan cerita yang buruk pasal dia. tapi cerita yang sangat membuatkan aku berpikir, melayang entah ke mana-mana kalau even for a second aku teringatkan nasib dia.

mungkin any ex-sggs yang baca blog aku ni dah tau kisah dia. atau mungkin ada yang belum. u all mesti ingat nama sorang girl ni..ye la sekolah aku dulu mana ada budak jantan.. she's Suraya Othman. budak free hair. eh ya ka dia free hair dulu kat skolah? tapi rasa macam dulu dia pakai tudung. entah tak ingat la. tapi yang pastinya, masa aku mula2 kerja sini dulu.. aku terserempak dengan dia, dia free hair dan sangat cantik sekarang. kami selalu terjumpa kat escalator, dalam lif, kat cafe. dan kadang-kadang aku turun padang pergi dept dia sebab system diorang aku yang maintain. tapi disebabkan oleh ikatan silaturahim yang tak berapa nak kuat sejak dari sekolah dulu, so kami hanya senyum dan "dah makan?" atau "pegi shopping ke?" di mana-mana tempat yang kami terjumpa. tak penah la borak panjang lebar atau gosif-gosif liar. one thing for sure, we're from the same school and we're damn proud of our school.





BEDEBUSHHH sekali!!!

huahuahuahau. tiba-tiba sempat lagi masuk troli tolak sendiri.


jangan mara haaaaa....

okey okey sambung.

for those ex-georgian yang belum tau lagi..actually she had lost her husband dalam bulan Jun lepas kalau tak silap aku..arwah husband dia meninggal akibat accident on the way back from work. kalau tak silap aku, accident tu 8hb Jun. tapi aku dapat tau pun lepas aku balik dari kursus 3 minggu, masa awal Julai. aku dapat tau pun sebab aku actually salah sorang ajk tukang2 tolong buat memo for staff/keluarga staff yang meninggal. dah buat memo tu harus la sediakan sumbangan untuk yang berkenaan kan. ni kira part time job aku la get involve dalam kelab2 kebajikan kat SUK ni. so aku tolong la buatkan memo.

aku tanya la member aku "ni Suraya yang tingkat 20 tu ka?"
member aku jawab "ya la"
aku lak.."husband dia meninggal weh??"
member aku "ha ah..eksiden..kesian..dah la dia tengah pregnant.."

bila aku dengar dia pregnant......... dan kematian suami... i was like.. SERIOUS aku terdiam masa tu..

yes, she's four month's pregnant masa arwah husband dia meninggal..

sedih kan?

i was so speechless ..macam-macam terlintas di pikiran aku masa tu .. Ya Allah.. aku yang dengar berita tu pun, rasakan macam...entah la...inikan pulak dia yang menanggung derita tu..aku mampu doa saja semoga dia tabah dan cekal..

lepas dah tau cerita tu...aku still terserempak dengan dia few times... and ohh no wonder masa first time aku terserempak dengan dia lepas aku balik kursus tu, dia dah pakai tudung. masa tu aku tak tau lagi. aku nak sangat jumpa dia. nak ucap takziah dan mungkin bagi sikit kata-kata semangat. tapi tiap kali terserempak dengan dia, aku macam "hi!" and that was it..terkedu.. macam tak sanggup rasanya nak sebutkan balik cerita tu.. takut sangat kalau dia teringat balik and nangis. memang she'll never ever forget tapi aku takut aku pun akan nangis jugak :(

latest news i heard about her.. dia dah ditukarkan ke jabatan lain. dah pindah ke floor lain. atas keprihatinan HR dia ditukarkan sebab takut dia tak dapat focus on her work. sebab staff kat dept dia cakap, arwah husband dia selalu jugak datang ke opis jumpa dia. haish..harap-harap time will ease her pain.

aku cuma bayangkan satu benda jer. .mungkin sekarang dia tengah try hard to get over it. tapi aku wonder, kuatkah dia untuk menanggung "sakit" sewaktu dia akan melahirkan anak nanti..tanpa suami di sisi.. dan takkan kembali untuk selama-lamanya..

jahat kan aku. bercakap tentang benda yang akan lebih memedihkan hatinya tapi aku yakin.. Allah Maha Kaya, Allah Maha Mengasihani..semoga Kau tabahkan seluruh jiwa dan raganya dan Kau curahkanlah segala kekuatan di hatinya agar tidak lemah dalam menempuh dugaanMu ya Allah..amin ya rabbal alamin..

*mata akak bergenang laie.. :(

Sunday, August 16, 2009

Sapa suh aku tengok cerita ni??

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

bengkak mata aku nanges malam2 buta ni. baru lepas tengok P.S. I Love You. ni gara-gara terpengaruh dengan saranan beberapa blogger agar tengok cerita ni..

aku dah download dua minggu lepas tapi ni baru sempat tengok. tak sediakan tisu awal-awal. tengok pulak atas katil. abis semua bantal cadar katil aku kena air-air lelehan mata dan hidung aku sapu. huahuahauhua.

tapi memang menyayat hati hempedu. betol-betol masuk 22 minutes citer tu aku dah nanges. malas la aku nak citer panjang lebar. korang download atau pegi la cari citer ni pastu tengok. lebih afdhal kalau tengok malam-malam. lagi bagus kalau husband kat sebelah. uwaaaaaaaaaaaa.

KONFEM nanges!

*sambil insafi diri tanak cari gadoh laie ngan husband..

Abg.. i love you so much..

wahh tetiba.






tengok la. tengok la.

kalau nak bengkak mata nanges. hiks.

Saturday, August 15, 2009

Update Secara Pukal (versi terhegeh-hegeh untuk disiapkan)


Seksa Aku Dah Abis :: 02 Julai 2009

-----------------------------------------


hik hik..
amat seronok setelah seminggu berada di rumah selepas berjaya menamatkan kursus selama 3 minggu itewww. masa nak balik dari kl tu, dah terbayang-bayang ni haa. apa la dah jadi dengan Penang tu. padahal baru 3 minggu outstation. menyampah kan.

lantak la. yang mengharungnya aku. yang seksa menghitung saat waktu jam hari nya aku. so harus lah excited nak balik ke kampung halaman asmara. aku bukan apa. rasa rindu sangat dengan the whole family thing. aku dok sana biasa la dengan kawan-kawan rasa macam rokiah bujang kembali la kan. tapi the truth is memang aku rindu family aku. especially budak kecik yang makin membesar sekarang. dah pandai cakap sejak aku pegi kursus. dah pandai salam cium tangan. bagus betul la. kalau camtu gayanya aku kena kursus selalu la baru nak pandai. huhuhu.

so far kursus induksi tu adalah okey. bosan jugak la ceramah-ceramahnya. siap ada exam bagai. maklum la dah lama tak study untuk exam. sekali kena tu macam cacing gedik jugak la. terhegeh-hegeh la jawabnya time nak baca buku. tapi alhamdulillah bleh la jawab. mintak-mintak lulus la nanti. aminnn..cepat cepat tadah tangan semua doa agar aku lulus..

dah abis kursus induksi tu, aku kena sambung kursus btn lak selama 5 hari. ada exam tapi soalan dia more to logic thinking. dia nak tengok pemahaman dan pemikiran kita. kalau ko ni jenis tak sedar diri dalam ic tulis Warganegara Malaysia tapi kerjanya asyik nak membangkang sajork, memang nahas la. kursus tu mmg opens up my mind. banyak pendedahan pasal sejarah negara kita. macam mana susahnya orang-orang dulu berjuang bermati-matian bergadai harta segala nak mendapatkan kemerdekaan. dari dulu sampai sekarang ni orang nak mempertahankan negara Malaysia dan especially orang Melayu. bila diorang lecture pasal melayu-melayu ni, takut gila aku kalau2 satu hari nanti orang melayu sendiri hilang hak kat negara sendiri. memang menyentuh hati la. kalau ko tak insaf jugak lepas balik btn tu memang la. dipersilakan pegi ke jabatan pendaftaran mohon kelulusan nak tukar warganegara dalam waktu segera yang mungkin. konfem permohonan ko approved right away. silap hari bulan diorang sendiri nanti dengan besar hati hantar ko keluar dari Malaysia ni. cayo lah cakap den...

ni aku tempek lagu yang kitorang wajib nyanyi tiap kali sebelum taklimat start. mulanya rasa cam lawak lak lagu ko tak penah dengar tetiba ko kena nyanyi selagi boleh. tapi skang ni rasa cam rindu lak nak nyanyi balik. haihhh manusia memang macam tu...korang search jerk at youtube pun ada. siap berlirik. ada satu comment kat situ yang memang mokcik sokong!!!


”kalaulah kita mengetahui pasti kita memeliharanya..”





Suria muncul di pagi hari,
Kita bangun sederap kaki,

Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.

Mentari sudah ada di sini,

Pasti bersinar beribu tahun lagi,

Biar berhembus angin sangka kala,

Malam pasti tiada datang.


Kita sudah tiada perlu tidur,

Kerna mimpi ada di depan mata,
Embun jernih pengganti keringat,
Berkilau bagai mutiara.

Rimba akan terus hijau,

Unggas riang ria bkicau,
Air jernih meriak di sungai,

Udara nyaman tenang di rongga.

Darah kembali berharga,

Merah buat penyeri muka,

Senyum terus meniti di bibir,

Kasih sayang jadi milik semua.

Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.

Kita bebas terbang laksana burung,

Terikat hanya di tali cinta.






sempat lagi ronggeng di Ikea..
aku sakit ati tengok karpet purple tu..lawa!!!!!




Keputusannya adalah… :: 25 Julai 2009
-----------------------------------------------


Hah…ari tu kan aku suh semua orang pakat ramai-ramai doakan aku lulus kursus induksi yang berpeperiksaan tu kan. hari ni dah dapat result. alhamdulillah lulus. syukran syukran ya habibi ya maulana. tak perlu aku kembali lagi ke kota raya Kuala Lumpur itu untuk berpeperiksaan semula. alhamdulillah. nak ucap tima kasih laa kat En. Syaiful. hik hik. sebab ari tu dia ada cakap dia yang akan mark paper kitorang. tak lupa juga ucapan tahniah kepada Cik Senyum a.k.a Timie. usaha kita menghafal sebijik-sebijik tips-tips yang diberi adalah berbaloii baloiiii..hehehehe



Pergi by Aizat :: 03 Ogos 2009
-----------------------------------

Dah lama dok dengar lagu ni kat radio…tapi tadi baru terasa nak download…searched for it and found out that it’s actually an OST of the movie Talentime…directed by Allahyarham Yasmin Ahmad…rasa sedih lak bila aku dengar lagu tu dua tiga kali…macam the song was meant for everything that has happened to her…there’ll be no more iklan raya yang akan buat kita hafal sampai the next raya coming..sedih kan..Al-Fatihah for her..


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah

tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia



and who would EVER forget this ad?










Satu Lagi Kehilangan :: 15 Ogos 2009
-------------------------------------------

Perginya seorang lagi insan seni yang dikenali sebagai Ustaz Asri, vokalis kumpulan Rabbani.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin.. Al-Fatihah..


Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


bergenang mata aku masa dengar lagu ni kat radio while driving to work yesterday morning..sob sob..

Wednesday, June 24, 2009

Sasha..mama miss you..so darn much..

still got 5 miserable days to go..

esok ada exam...entah mana punya mazhab laaa kursus ada exam..siap kena buat assignments lagi.. bencik!

tapi suprisingly..aku leh tahan sampai almost 3 weeks tak tengok muka my Sasha..
except the wallpaper on my handphone.. :(

i cried when i talk to your Opah on the phone..i kept hearing you shouting and mumbling your beautiful words..

and Sasha sayang, mama ada beli present for you.. i bought you a pair of purple shoe..weehuu..
thanks to Auntie Timie tolong bawakkan mama pegi beli that shoe..

hari isnin mama balik kita jumpa okey? take care budak kecik..sayang dia sangat..rindu dia sangat sangat sangat..

shit... *crying*

Monday, June 08, 2009

Mood Tiada

tak seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





esok kena pi kl






menci............





sob.....sob......

Friday, June 05, 2009

Tak suka..tak suka..tak suka!!

Latest info...

pagi tadi aku dapat surat official yang aku kena pegi kursus induksi tu. kemarin tu cuma khabar-khabar angin yang agak boleh dipercayai. but guess what.. aku bukan lah hanya diharuskan mengikuti kursus induksi yang selama 2 minggu tu.. tapi dipakejkan sekali dengan kursus btn selama 5 hari.. so total semua adalah 19 days straight..

so toksah tanya la how sick i'm gonna be for the next few coming weeks tak dapat jumpa SaSha... :(

tadi En Muhd call aku, aku cerita la yang kursus tu extend lagi 5 hari... time ni aku tengah tahan niii...aku mintak dengan dia nak tukar handphone.. yer la handphone aku kan cap ayam.. dia cap 3G.. bleh laa aku call abah aku (abah aku lagi adgedevance dari anak dia okkayy) so dapat la video call dengan Sasha nanti... time aku mintak nak tukar handphone tu, aku dah tak tahan daulat sangat... pretttt prettt mokcik nanges kat dalam tipon... gila laa aku ni.. belum sampai tempat kursus lagi dah bercucuran air mata bila mengenangkan.. sob.. sob..










Thursday, June 04, 2009

Tak bleh ker buat kursus kat hotel depan umah aku jer???

nak update kisah jalan-jalan ke Cameron Highlands

*
*
*

nak upload gambar latest Sasha

*
*
*

nak buat karangan mohon maaf to Puan Farah kerana tidak menghadiri majlis perkahwinannya di KL...nanti i pegi yang kat Jitra ye Puan? i jadi driver u pun olrait...hikss

*
*
*

namun semuanya dalam mode "nak" saja lah sebab aku malas tahap langit ke tujuh belas untuk elaborate dengan lebih panjang sekarang. gambar-gambar pun nanti lah aku upload.
sebab aku baru dapat berita yang agak mendukacitakan jiwa raga ginjal aku..






Aku kena attend kursus starting on 10hb ni sampai la 25hb ni...
uwaaaa tak best.. 2 minggu tuuu...
kat KL lak tuuuu....
nanti mati rindu la aku kat Sasha..




p/s : abg, jom tukar handphone? handphone i setengah G pun tak sampai.. :(

Sunday, May 24, 2009

Sunday Morning Fever

Pagi tadi sedar-sedar Sasya dah melalak sekuat hati. Aku pegang badan dia........ PANAS!!

aku mula cuak. mmg dari tengah malam tadi aku dah rasa badan dia panas. tapi pagi ni laaaagi teruk. macam baru lepas sunbathing di persisiran Pantai Cenang...wahaha..

okey2 maaf.


siannnnn sayang mama. muka dia .....hehehehe takyah la aku letak gambar. kesian.
nak amik gambar pun tak sampai hati. monyokkkk memanjang. tengok orang ni, nak nangeh. tengok orang tu, nak meraung. pendek kata, nak nangehhhhh jer la kejanya. takleh silap sikit, nak marah. hehehe kesiann.

aku bukan apa. sebab dia jarang-jarang demam. dan sangatlah super duper hyper active! jadi kalau sekali dia demam tu, nak tergelak la jugak tengok dia terbaring jer kan. tak panjat sana. tak panjat sini. tak lari sana. tak jatuh sini.

tapi!!!

aku bagi la ubat demam kan. lepas makan ubat, dia tido dalam setengah jam. agaknya dia tengah caj bateri la tu. elok dia celikkkkkkkkkkk jer mata, kebetulan pulak baru start kartun Pocoyo. terus mengekek-ngekek gelak. bangun untuk berdiri. lantas tepuk-tepuk tangan dan sedia untuk melompaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!!

sambil Koolfever melekat kat dahi!


haaaaaaaaaaaa.. itu lah anak saya..... Alesya..

tidak ku hirau walau ku demam!!


Sunday, May 17, 2009

Resepi Hujung Minggu

wahhhh...hari ni aku sangat rajin masuk ke dapur di awal pagi. bekerja keras membanting tulang gigi siku untuk memasak

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ayam Masak Madu


wakaka..macam la best sangat kan...tapi ni first trial aku so harus lah di war-warkan..
selalu masak kari ayam, ayam masak merah, ayam masak kicap...haaaa kali ni nak cuba feeling-feeling madu lak..ooooopppss masakan jer tauu...bukan "madu" yang itu...
ditegaskan sekali lagi yer en muhd....bukan M A D U yang I T U!
lauk sampingan hari ini adalah terung masak cili (tahh aku bukan tau sangat nama resepi) dan of course favourite aku, sayur bayam. kecik-kecik dulu suka tengok popeye..ni la padahnyaa... eke ke ke ke ke...kan gelak pun dah macam popeye!



baca tu..

I YAM WHAT I YAM !

eke ke ke ke !


Sunday, May 10, 2009

Happy Mama's Day




Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu


Selamat Hari Ibu, Mama!
I'll always love you..

Friday, May 08, 2009

Thinking of You

sila click Play, turn up the volume, scroll down to the lyrics and enjoy my very favourite song.





comparisons are easily done
once you've had a taste of perfection
like an apple hanging from a tree
i pick the ripest one
i still got the seed

you said move on
where do i go?
i guess second best is all i will know

cause when i'm with him i am thinking of you
thinking of you
what you would do if
you were the one who was spending the night
oh i wish that i was looking into your eyes

you're like an indian summer in the middle of winter
like a hard candy with a surprise center
how do i get better once i've had the best
you said there's tons of fish in the waters
so the waters i will test

he kissed my lips
i taste your mouth
he pulled me in,
i was disgusted with myself

cause when i'm with him i am thinking of you
thinking of you
what you would do if
you were the one who was spending the night
oh i wish that i was looking into your

the best and yes i do regret
how i could let myself let you go
now, now the lessons learned
i touched and i was burned
oh i think you should know

cause when i'm with him i am thinking of you
thinking of you
what you would do if
you were the one who was spending the night
i wish that i was looking into your your eyes
looking into your eyes
looking into your eyes
why won't you walk through and
bust in the door and
take me away oh no more mistakes
cause in your eyes i'd like to
stay, stay...

Sunday, May 03, 2009

Aku Nak Feeling So Strong Sekejap..

Bukan feeling apa pon...tadi tengah syok-syok download lagu, terjumpa lak lagu lama ni.. tak la lama sampai ke zaman 70an atau 80an.. cuma aku yang dah lama tak dengar.. hikss..

sangat suka lagu ni. gigih ni dulu beli kaset Padi. skang kalau dah jadi nasik pun takkan aku bazirkan duit aku membeli-beli kaset bagai. download pon sodap!


Padi - Kasih Tak Sampai

Indah..
Terasa indah..
Bila kita terbuai dalam alunan cinta..
Sedapat mungkin terciptakan rasa..
Keinginan saling memiliki

Namun bila,
Itu semua dapat terwujud
Dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang..
Menyatukan perasaan....

Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..

Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini

Menjadi saksi kita berdua



Friday, May 01, 2009

Jangan Ucap Takziah


Aku cilok artikel ni dari blog orang. bukan apa. untuk dijadikan iktibar dan ingatan kepada diri sendiri gak.


p/s : mokcik nanges time baca cerita ni.. sob.. sob..



Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.

Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.


Renung-renungkan..