malam tadi time aku nak tido, tiba-tiba aku teringatkan salah sorang ex-sggs ni. actually dia kerja satu bangunan dengan aku. cuma dia on the 20th floor. opis aku tingkat atas sikit dr dia. hehe.
benda ni dah lama aku dapat tau. cuma baru sekarang ni tiba-tiba rasa nak tulis kat blog. mungkin lepas dapat ilham dari movie yang membuatkan aku nanges mcm siput tak tersedut-sedut, aku rasa terdetik nak cerita pasal dia kat sini. bukan cerita nak mengutuk dia. bukan cerita yang buruk pasal dia. tapi cerita yang sangat membuatkan aku berpikir, melayang entah ke mana-mana kalau even for a second aku teringatkan nasib dia.
mungkin any ex-sggs yang baca blog aku ni dah tau kisah dia. atau mungkin ada yang belum. u all mesti ingat nama sorang girl ni..ye la sekolah aku dulu mana ada budak jantan.. she's Suraya Othman. budak free hair. eh ya ka dia free hair dulu kat skolah? tapi rasa macam dulu dia pakai tudung. entah tak ingat la. tapi yang pastinya, masa aku mula2 kerja sini dulu.. aku terserempak dengan dia, dia free hair dan sangat cantik sekarang. kami selalu terjumpa kat escalator, dalam lif, kat cafe. dan kadang-kadang aku turun padang pergi dept dia sebab system diorang aku yang maintain. tapi disebabkan oleh ikatan silaturahim yang tak berapa nak kuat sejak dari sekolah dulu, so kami hanya senyum dan "dah makan?" atau "pegi shopping ke?" di mana-mana tempat yang kami terjumpa. tak penah la borak panjang lebar atau gosif-gosif liar. one thing for sure, we're from the same school and we're damn proud of our school.
BEDEBUSHHH sekali!!!
huahuahuahau. tiba-tiba sempat lagi masuk troli tolak sendiri.
jangan mara haaaaa....
okey okey sambung.
for those ex-georgian yang belum tau lagi..actually she had lost her husband dalam bulan Jun lepas kalau tak silap aku..arwah husband dia meninggal akibat accident on the way back from work. kalau tak silap aku, accident tu 8hb Jun. tapi aku dapat tau pun lepas aku balik dari kursus 3 minggu, masa awal Julai. aku dapat tau pun sebab aku actually salah sorang ajk tukang2 tolong buat memo for staff/keluarga staff yang meninggal. dah buat memo tu harus la sediakan sumbangan untuk yang berkenaan kan. ni kira part time job aku la get involve dalam kelab2 kebajikan kat SUK ni. so aku tolong la buatkan memo.
aku tanya la member aku "ni Suraya yang tingkat 20 tu ka?"
member aku jawab "ya la"
aku lak.."husband dia meninggal weh??"
member aku "ha ah..eksiden..kesian..dah la dia tengah pregnant.."
bila aku dengar dia pregnant......... dan kematian suami... i was like.. SERIOUS aku terdiam masa tu..
yes, she's four month's pregnant masa arwah husband dia meninggal..
sedih kan?
i was so speechless ..macam-macam terlintas di pikiran aku masa tu .. Ya Allah.. aku yang dengar berita tu pun, rasakan macam...entah la...inikan pulak dia yang menanggung derita tu..aku mampu doa saja semoga dia tabah dan cekal..
lepas dah tau cerita tu...aku still terserempak dengan dia few times... and ohh no wonder masa first time aku terserempak dengan dia lepas aku balik kursus tu, dia dah pakai tudung. masa tu aku tak tau lagi. aku nak sangat jumpa dia. nak ucap takziah dan mungkin bagi sikit kata-kata semangat. tapi tiap kali terserempak dengan dia, aku macam "hi!" and that was it..terkedu.. macam tak sanggup rasanya nak sebutkan balik cerita tu.. takut sangat kalau dia teringat balik and nangis. memang she'll never ever forget tapi aku takut aku pun akan nangis jugak :(
latest news i heard about her.. dia dah ditukarkan ke jabatan lain. dah pindah ke floor lain. atas keprihatinan HR dia ditukarkan sebab takut dia tak dapat focus on her work. sebab staff kat dept dia cakap, arwah husband dia selalu jugak datang ke opis jumpa dia. haish..harap-harap time will ease her pain.
aku cuma bayangkan satu benda jer. .mungkin sekarang dia tengah try hard to get over it. tapi aku wonder, kuatkah dia untuk menanggung "sakit" sewaktu dia akan melahirkan anak nanti..tanpa suami di sisi.. dan takkan kembali untuk selama-lamanya..
jahat kan aku. bercakap tentang benda yang akan lebih memedihkan hatinya tapi aku yakin.. Allah Maha Kaya, Allah Maha Mengasihani..semoga Kau tabahkan seluruh jiwa dan raganya dan Kau curahkanlah segala kekuatan di hatinya agar tidak lemah dalam menempuh dugaanMu ya Allah..amin ya rabbal alamin..
*mata akak bergenang laie.. :(
Ya Allah kak... sedihnya... msa bca tue kn.. org bayangkan... org yg ada kat tmpat dia.. Ya Allah... Kau Kuatkan lah semangat dan tabahkanlah hati insan yang sedang kau duga ini Ya Allah...
ReplyDeletesedihnya kak... apa akan jd pd kita kak?? kalo kat situation dia tue??? just think it... Ya Allah kau peliharalah kesejahteraan dan panjangkanlah umur Kami sekeluarga... Amin
hehe. kalo orang, mungkin bleh gila kot.
ReplyDeletetiap kali tengok muka dia, nampak kesedihan kat mata dia. so sad :(