Seksa Aku Dah Abis :: 02 Julai 2009
-----------------------------------------
hik hik..
amat seronok setelah seminggu berada di rumah selepas berjaya menamatkan kursus selama 3 minggu itewww. masa nak balik dari kl tu, dah terbayang-bayang ni haa. apa la dah jadi dengan Penang tu. padahal baru 3 minggu outstation. menyampah kan.
lantak la. yang mengharungnya aku. yang seksa menghitung saat waktu jam hari nya aku. so harus lah excited nak balik ke kampung halaman asmara. aku bukan apa. rasa rindu sangat dengan the whole family thing. aku dok sana biasa la dengan kawan-kawan rasa macam rokiah bujang kembali la kan. tapi the truth is memang aku rindu family aku. especially budak kecik yang makin membesar sekarang. dah pandai cakap sejak aku pegi kursus. dah pandai salam cium tangan. bagus betul la. kalau camtu gayanya aku kena kursus selalu la baru nak pandai. huhuhu.
so far kursus induksi tu adalah okey. bosan jugak la ceramah-ceramahnya. siap ada exam bagai. maklum la dah lama tak study untuk exam. sekali kena tu macam cacing gedik jugak la. terhegeh-hegeh la jawabnya time nak baca buku. tapi alhamdulillah bleh la jawab. mintak-mintak lulus la nanti. aminnn..cepat cepat tadah tangan semua doa agar aku lulus..
dah abis kursus induksi tu, aku kena sambung kursus btn lak selama 5 hari. ada exam tapi soalan dia more to logic thinking. dia nak tengok pemahaman dan pemikiran kita. kalau ko ni jenis tak sedar diri dalam ic tulis Warganegara Malaysia tapi kerjanya asyik nak membangkang sajork, memang nahas la. kursus tu mmg opens up my mind. banyak pendedahan pasal sejarah negara kita. macam mana susahnya orang-orang dulu berjuang bermati-matian bergadai harta segala nak mendapatkan kemerdekaan. dari dulu sampai sekarang ni orang nak mempertahankan negara Malaysia dan especially orang Melayu. bila diorang lecture pasal melayu-melayu ni, takut gila aku kalau2 satu hari nanti orang melayu sendiri hilang hak kat negara sendiri. memang menyentuh hati la. kalau ko tak insaf jugak lepas balik btn tu memang la. dipersilakan pegi ke jabatan pendaftaran mohon kelulusan nak tukar warganegara dalam waktu segera yang mungkin. konfem permohonan ko approved right away. silap hari bulan diorang sendiri nanti dengan besar hati hantar ko keluar dari Malaysia ni. cayo lah cakap den...
ni aku tempek lagu yang kitorang wajib nyanyi tiap kali sebelum taklimat start. mulanya rasa cam lawak lak lagu ko tak penah dengar tetiba ko kena nyanyi selagi boleh. tapi skang ni rasa cam rindu lak nak nyanyi balik. haihhh manusia memang macam tu...korang search jerk at youtube pun ada. siap berlirik. ada satu comment kat situ yang memang mokcik sokong!!!
”kalaulah kita mengetahui pasti kita memeliharanya..”
Suria muncul di pagi hari,
Kita bangun sederap kaki,
Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.
Mentari sudah ada di sini,
Pasti bersinar beribu tahun lagi,
Biar berhembus angin sangka kala,
Malam pasti tiada datang.
Kita sudah tiada perlu tidur,
Kerna mimpi ada di depan mata,
Embun jernih pengganti keringat,
Berkilau bagai mutiara.
Rimba akan terus hijau,
Unggas riang ria bkicau,
Air jernih meriak di sungai,
Udara nyaman tenang di rongga.
Darah kembali berharga,
Merah buat penyeri muka,
Senyum terus meniti di bibir,
Kasih sayang jadi milik semua.
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.
Kita bangun sederap kaki,
Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.
Mentari sudah ada di sini,
Pasti bersinar beribu tahun lagi,
Biar berhembus angin sangka kala,
Malam pasti tiada datang.
Kita sudah tiada perlu tidur,
Kerna mimpi ada di depan mata,
Embun jernih pengganti keringat,
Berkilau bagai mutiara.
Rimba akan terus hijau,
Unggas riang ria bkicau,
Air jernih meriak di sungai,
Udara nyaman tenang di rongga.
Darah kembali berharga,
Merah buat penyeri muka,
Senyum terus meniti di bibir,
Kasih sayang jadi milik semua.
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.
sempat lagi ronggeng di Ikea..
aku sakit ati tengok karpet purple tu..lawa!!!!!
Keputusannya adalah… :: 25 Julai 2009
-----------------------------------------------
Hah…ari tu kan aku suh semua orang pakat ramai-ramai doakan aku lulus kursus induksi yang berpeperiksaan tu kan. hari ni dah dapat result. alhamdulillah lulus. syukran syukran ya habibi ya maulana. tak perlu aku kembali lagi ke kota raya Kuala Lumpur itu untuk berpeperiksaan semula. alhamdulillah. nak ucap tima kasih laa kat En. Syaiful. hik hik. sebab ari tu dia ada cakap dia yang akan mark paper kitorang. tak lupa juga ucapan tahniah kepada Cik Senyum a.k.a Timie. usaha kita menghafal sebijik-sebijik tips-tips yang diberi adalah berbaloii baloiiii..hehehehe
Pergi by Aizat :: 03 Ogos 2009
-----------------------------------
Dah lama dok dengar lagu ni kat radio…tapi tadi baru terasa nak download…searched for it and found out that it’s actually an OST of the movie Talentime…directed by Allahyarham Yasmin Ahmad…rasa sedih lak bila aku dengar lagu tu dua tiga kali…macam the song was meant for everything that has happened to her…there’ll be no more iklan raya yang akan buat kita hafal sampai the next raya coming..sedih kan..Al-Fatihah for her..
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
and who would EVER forget this ad?
Satu Lagi Kehilangan :: 15 Ogos 2009
-------------------------------------------
Perginya seorang lagi insan seni yang dikenali sebagai Ustaz Asri, vokalis kumpulan Rabbani.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin.. Al-Fatihah..
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
bergenang mata aku masa dengar lagu ni kat radio while driving to work yesterday morning..sob sob..

No comments:
Post a Comment