Thursday, April 23, 2009

Mana Mau Pigi Haa..

End of May nanti aku cadang nak jalan-jalan.. wahhhh jalan-jalan lagiii..

bukan apa. dah lama tak cuti-cuti dengan En Muhd bersama Sasha bertiga. sekali-sekala nak la bawak Sasha makan angin. lagipun kebetulan nak attend kenduri kawin Auntie Farah (hiks!) di KL. jadi muncul lah plan-plan yang secara tak diduga tetiba rasa kempunan nak pegi sebab dah berrrrrrrrrrrrzaman aku tak pegi iaitu di....................................








kalo tak reti-reti jugak walaupun aku dah penat gugel semata-mata nak cari gambar-gambar ni memang alamat la manusia-manusia tu. baik siap sedia pegi kedai spek mata untuk test power mata anda. ataupun memang korang tak kenal tu buah stroberi????????????

aku ni bukan la kipas susah nak mati sangat terhadap alam sekitar flora dan fauna buah-buahan beriklim sejuk ni tapi rasanya orait gak tempat tu memandangkan di pertengahan tahun tiadalah satu umat manusia nak bagi korang bonus tak semena-mena untuk korang berholiday sambil bershopping dengan rianya. agak budget tengah tahun tu boley la aku nak tapau bawak balik buah-buah stroberi dengan kotak-kotak teh pelbagai perisa kannnn..

walau macam mana pun, ini hanyalah cadangan. jadi atau tidak, tertakluk kepada pemikiran last-last minute En Muhd sebab dia yang nak bawak nanti. tapi harap-harap jadi lah ye bang. boleh i borong kedai BOH seakan-akan tiada lagi produk BOH yang dipasarkan di negeri-negeri lain di Malaysia.

sepak kang!

Monday, April 20, 2009

Gambar Jalan-jalan..

mohon maaf di atas keterlewatan mengupload gambar-gambar sepanjang trip ke KL last weekend. pegi umah adik aku kat Seri Kembangan. pastu jalan2 kat times square.
pastu pegi umah pakcik aku kat Shah Alam. pastu balik umah adik aku.

esoknya pegi Nilai. borong-borong apa yg patut. pastu terus balik Penang. plan nak singgah Ipoh pun tak jadi sebab adik aku tu tergedik-gedik sgt nak pegi pc fair.

alih-alih dia beli pendrive sajork. tempat lain pun banyak. memang nak makan pelempang aku ja budak sorang tu!! mengenangkan dia telah berbudi dengan meminjamkan camera dia tu saja lahh yang buat aku tak jadi nak sedekahkan pelempang aku ni.

oleh kerana camera telah dipinjam, ni lahh hasil-hasil peminjaman tersebut..sila-sila tengok..


balik kampung ohh oo balik kampung




sebelum jalan kena pakai bedak tau kawan-kawan..





Cosmo's World







makan time...











Cik Puan Besar tersandar kekenyangan...







hello abah..rugi abah tak ikuttt...







auntie farah..ni la pakcik i yg keja di Kerteh itew..ada kenal kah?





tukang snap gambar aku..


Friday, April 17, 2009

KL...akak datang ni!

Hari ni i nak bawak sasha pegi jalan-jalannnnnnnnnn...

kami nak pi kl. dah lama tak buat plan nak pi jalan-jalan..

nanti dah balik i tempek gambar yeee..hikss..

Tuesday, April 14, 2009

Ceret-Beret

Aku mengalami sakit perut dan ceret-beret yang di luar kawalan. Maka nya tidaklah aku menghadirkan diri ke opis hari ini. Rasaiiinnnn bos tak cukup tinggi itu!



aduhh duhh...

Sunday, March 29, 2009

Sway dik sway...

aku mintak mahap la kepada sesapa yang tak suka budak ni.

yang paling penting, aku suka.

walaupun dia menari keras macam papan dan pergerakannya hanya tertakluk kepada beberapa step yang berulang, tetap akak suka. suara dia best okkkkkkkkk.

tagline dia jek macam tak berapa kena..

"i'm yours????" apa kessssssss??

takpa akak redha..



Tuesday, March 24, 2009

Selamat Hari Lahir, Ayu

* kesian wish kepada diri sendiri





tak best hari jadi di opis. budak-budak opis ni patutnya diorang la belanja aku.
sudahnya diorang suruh aku lak belikan kek. manyak cantek. tapi memang aku ada
niat nak bawak makanan untuk diorang. kelmarin macam tak sempat nak pikir nak bawak apa.
so mungkin esok lah. lagipun hari ni ramai takda kat opis. cuti la kursus la. macam-macam.
mungkin aku tak bawak lah kek mahal-mahal. cuma sekadar yang mampu. dah lama
tak bersedekah. sekali-sekali kena ingatkan diri jugak kan.

dapat banyak jugak sms dan wish dr member-member..


1 - malam tadi adik ipar aku orang pertama yang wish. adik perempuan husband aku.
husband aku????? harapan nak jadi orang yang berada di tangga pertama dalam carta..


2 - pukul 7 pagi tadi time aku nak masuk keta pegi keja, adik ipar aku jugak yang wish.
adik lelaki aku punya wife. dok dekat putrajaya. terharu aii..


* motip hanya adik ipar mengungguli carta wish birthday aku?


* aku kan kakak ipar yang baik..........................................................

hakk tuihhh!!!


3 - Ex dorm mate aku dulu Fiza menduduki tangga ketiga dengan ucapan "dah tua dahhh..."


4 - Cik abang sayang yang dinanti-nanti. berjaya terjelepuk di tangga ke empat..
dengan ucapan "Happy Birthday Daling..muah.."

* itu sajork???????????????


5 - Member aku ex SGGS, a Puan to be...sementara tu bergelar Auntie Farah..
dengan ucapan " Hepi beday mak sasya! Sasya tak celebrate dengan hang?"

* ya kawan baik saya la tu..

6 - Member aku ex SGGS jugak, Cik Azra Ayu dengan ucapan "Epi besday dear..May Allah bless u"

7 - Kak Gee aku dengan ucapan "Selamat menyambut hari lahir yang ke 25 (ehh betol ke?)"

* buat-buat tak percaya lak aku dah tua.. sob sob..

8 - Abah aku dengan picture message nya berupa gambar kek lilin-lilin..thank you Abah..



itu lah saja setakat ini...
dah aku nak balik..opis pun dah sunyi....eee ngeri..



Sunday, March 22, 2009

Hujung Minggu Yang Tak Mengasyikkan..

bosan gila weekend ni. aku pun macam takda hati nak bawak sasya dengan opahnya kuar jalan2. pertama, pasal aku rasa minda tak berkembang minggu ni so aku dah takda idea nak kuar jenjalan ke mana. kedua pasal ongkosnya macam tak cantek minggu ni. biasa la dah nak ujung bulan kan. dalam purse tinggal syiling-syiling. tu pun bila nampak syiling dah rasa sronok gila. kalau kumpul-kumpul lepas jugak nak bayar parking kan. time-time camni baru la nak sedar besar rahmat ada syiling. kalau tidakkkk....tengok 50 sen pun macam 5 sen..

* ya la...tengah taubat la ni..

mungkin next weekend la nak bawak sasya ronggeng. kelmarin pakcik aku ada sebut "bawak la budak ni pegi jalan-jalan kat youthpark tu. boleh dia lari-lari main-main kat situ" aku pun macam, ya tak ya jugak kan. asyik bawak ke tesco, shopping complex..mana dia nak berlari nya.. kalau kat youthpark tu best. petang2 ramai orang. ada mini swimming pool lagi.

* kena kluar fulus lagi mau beli swimming suit budak tu pulak..

pakcik aku tu selalu datang umah. dia duduk belah seberang. kadang tu saja singgah pasal ada kenduri kawin sebelah penang ni. dia keja pun belah sini. kadang tu tengah-tengah drive dari opis dia nak balik ke rumah, ada pulak "panggilan pulau" menjelma, gigih ni singgah umah aku terkocoh-kocoh suruh bukak pintu. aku ingat kan apesal la dia datang kalut-kalut ni suh cepat bukak pintu, rupanyaaaaaa..dah tak tahan daulat sangat kena jumpa encik toilet. dia kata kalau nak teruskan drive dan tahan sampai ke rumah memang tak sempat. hahaha. teruk betul.

tapi memang agak jauh la rumah dia. nak pulak kalau bridge tu jem..aduiii. kalau dia turun dari atas bridge tu guna tali sampai ke bawah dan melepas pun sempat rasanya. hehehe. aku jahat selalu sound dia "kalau singgah tu tak tinggalkan kenangan tak sah la" Muahahahaha

weh aku nak bagitau ni. hari selasa ni birthday aku. haahaha.

*matila promote birthday sendiri

bukan apa. aku bukan niat pun nak dapat hadiah. kalau nak wish pun dah cukup baik. tapi kalau rasa nak bagi wish disertakan dengan hadiah pun boley jugakkk.

Bedebushhh! diri sendiri kerana perasan tahap melampau..


Tuesday, March 10, 2009

Puisi si suami untuk isteri bila nak kawin lain..

*** Puisi Sang Suami***

Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...




*** Balasan Puisi Sang Isteri***

Suamiku,
Andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

Akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi..
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!!



ehem..dengar tu En Muhd!

Sunday, March 01, 2009

Newborn Baby

hari Ahad lepas aku pegi melawat Kak Gee yang baru melahirkan anak kedua. anak sulung dia perempuan nama Ashween. rasanya aku pernah mention sebelum ni kot. dah umur 5 tahun pun. nih baru dapat anak yang nombor dua. and it's a boy! seronok kan dah ada sepasang.

masa aku pegi tengok anak dia kat hospital tu, punyalah cute. biasa la semua babies memang nampak cute. especially yang baru lahir kan. berat anak dia 2.75kg. nama yang dicadangkan ialah Shaquille Danish. sedap nama dia. tapi aku tak sure pulak maksud Shaquille tu apa. yang aku tau Shaquille O'neal tu la. hikss..

bila tengok anak dia, tetiba rasa....

"wahhhhhhhhhhh macam nak jugakk"

MACAM okkkkk...

i think i'm not quite ready for the second baby just yet. entah la kenapa. nak kata serik tu tidak sekali. trauma mungkin macam ada la sikit2. haha.

rasanya nak tunggu like another 2 years ke.............bagi Sasya besar dulu. dah pandai jalan. dah boleh makan sendiri. dah pandai cakap. pendek kata dah sedikit independent. en muhd pun macam orite sajork. ye la bukan dia yang nak beranak kannnn???

ni lah Danish...





soalan cepumas hari ini :

tidak kah hati anda akan cair melihat that cute little babyyyyyyyy?????????

jawabbbbbb!!!!!!!!


Friday, February 20, 2009

Suka aku la nak tempek gambar banyak2..

aku nak update sikit saja. nak tempek gambar hadiah anak aku yang lewat diterima.
thanks to Auntie Farah. tahun depan nak Baby Guess kalau boleyyy??


**larikkkkkkkkkkkk


demand tak hengat!!!



from Auntie Farah



from Tokwan

saja jer aku alih kepala katak tu ke sana sebab mimik mukanya amatlah menyedihkan..
tak sesuuaaaiiiii dijadikan bahan mainan kanak-kanak. menyampah aku tengok!

tapi dah Tokwan dia kasi, takkan nak cakap "No, thanks!" ????
mau seploh tahun Alesya kurang satu hadiah..sudahnya hakakkkkkkkkk jugek kena beli!


dah..aku nak beradu..

Sunday, February 15, 2009

Hari Jiwang Sedunia



Rahsia Disebalik Rahsia

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan

Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati

Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

30 Things That Change When You Have A Baby




1 - You finally stop to smell the roses, because your baby is in your arms.

2 - Where you once believed you were fearless, you now find yourself afraid.

3 - The sacrifices you thought you made to have a child no longer seem like sacrifices.

4 - You respect your body ... finally.

5 - You respect your parents and love them in a new way.

6 - You find that your baby's pain feels much worse than your own.

7 - You believe once again in the things you believed in as a child.

8 - You lose touch with the people in your life whom you should have banished years ago.

9 - Your heart breaks much more easily.

10 - You think of someone else 234,836,178,976 times a day.

11 - Every day is a surprise.

12 - Bodily functions are no longer repulsive. In fact, they please you. (Hooray for poop!)

13 - You look at your baby in the mirror instead of yourself.

14 - You become a morning person.

15 - Your love becomes limitless, a superhuman power.

16 - You discover how much there is to say about one tooth.

17 - You finally realize that true joy doesn't come from material wealth.

18 - You now know where the sun comes from.

19 - You'd rather buy a plastic tricycle than those shoes that you've been dying to have.

20 - You realize that although sticky, lollipops have magical powers.

21 - You don't mind going to bed at 9 p.m. on Friday night.

22 - Silence? What's that?"

23 - You realize that the 15 pounds you can't seem to get rid of are totally worth having.

24 - You discover an inner strength you never thought you had.

25 - You no longer rely on a clock — your baby now sets your schedule.

26 - You take the time for one more hug and kiss even if it means you'll be late.

27 - You learn that taking a shower is a luxury.

28 - You realize that you can love a complete stranger.

29 - You find yourself wanting to make this world a better place.

30 - If you didn’t believe in love at first sight before, now you do!


Saturday, February 14, 2009

Hidup Saya Di Saat Ini






i DO love being a mom...


thanks to Sasya n Hubby..


You make my life complete..

Friday, February 13, 2009

Happy Birthday, Baby!

Selamat Ulangtahun, Sayang

Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima

Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita


Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang

Rentaslah langit cita cita mu

Harap nanti kita kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang

Janganlah engkau tak terbang pulang

Ku nanti penuh kerinduan

Selamat tinggal, selamat jalan


Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



wahh gitu..

Happy Birthday Hani Alesya.. mama loves you so very very much..

kami buat birthday party sasya last Sunday. sori ye auntie farah!
partynya macam biasa saja. ye la dia pun baru setahun. tak reti nak tiup lilin bagai so mama dia la tolong tiupkan. hiks.

yang tak bestnya dia macam agak moody pada hari kejadian. plus mengantuk. sikit2 macam nak nangis. tension ai dibuatnya sebab dia selalu tak macam tu. tapi takpa lah. next year insyallah partynya akan lebih meriah dari ni.

apa-apa pun Selamat Hari Jadi Sayang. semoga menjadi anak yang baik, solehah dan bijak..amin..

disertakan pics yang sempat dirakam kerana perasaan moody bermaharajalela di hari jadinya..

1st bday cake


siap banner u!


nampak pisau tu di mana? haha tak sedor diri dah nampak lilin!


happy birthday!


menempek dengan abah dia ja. tanak orang lain.


hadiah-hadiah sekalian


hadiah yang sama besar dengan tuannya..


mari mengenali buah-buahan


kesian bear tu. nampak mcm dia yang nak bergambar sgt dengan budak ni..

Update terkini :

1. Sasya dah boleh berjalan dengan nada yang perlahan.
10 langkah, jatuh..10 langkah, jatuh..

2. Sasya tidak boleh berhenti bercakap......dalam bahasa jiwa bangsanya sendiri..

3. Sasya dah pandai menjawab...boleh aku bukak gelanggang perbahasan kelak..


Sekian dahulu...


Tuesday, February 10, 2009

The Mom Song

pagi ni aku dapat satu email yang aku rasa agak interesting. dia attach satu video ni bertajuk The Mom Song. so anak-anak sekaliannnnnnn, jangan maaaraaaaaaaaaaaah..

hikss!

Wednesday, February 04, 2009

Aku Perlu Lari 100 meter Sekarang

suka hati paru-paru en muhd ja nak balik jugak minggu ni pastuh suruh aku cepatkan birthday party sasha.

aku cadang nak buat 14 haribulan which is Sabtu depan. tapi silap aku jugak la sedap anak tekak pegi bagi suggestion kat dia. siap suruh pilih nak buat 14 haribulan ke 8 haribulan. means seminggu awal sebab 9hb tu aku choti. takda la letih sangat kan.

mulanya dia kata macam tak boleh 8 haribulan tu. daaaaaaaahh semalam dia bagitau suruh buat hari ahad ni jugekkkk. hah melompat aku dari sofa tu bila dia bagitau. mana tak nya. kek tak order lagi. barang nak dibeli untuk masak pun aku tak list down lagi. aku memang skema babas bab-bab nak beli barang ni kena list down dulu - sila redha..

aku dah plan balik keja kang aku terus nak pegi order kek. pastu petang esok nak pegi Giant. pagi sabtu nak pegi market. wahhhhh sibuk sibuk.

dah dah. aku nak buat keja.

Tuesday, February 03, 2009

Update Secara Pukal


23 Jan 2009 :: Jumaat


balik keja malam tu aku online. entah kenapa gatal kuku kaki aku pegi check email ofis. jauh sekali nak kata sebab aku rajin. ohh ya, pasal aku nak cari email someone yang aku save dalam contact list di email ofis aku. sekali tengok inbox mak latokkk, berapa banyak email dari bos aku. agak dia ni takda keja lain selain antar email jer kot. padahal kali terakhir aku check email masa aku nak balik petang tu. biasa la aku kan pekerja contoh hampeh,
takda maknanya nak check2 email ofis kat umah. **matila sampai ke tua ganyut mimpi nak dapat anugerah bintang popular anugerah perkhidmatan cemerlang. tak silap aku ada la dekat 10 email dia send. tapi jangan harap la akak nak bukak email2 tersobut. akak dah konfem sangat dah dia tick menatang return receipt tu dan kang terang lagi bersuluh yang akak ni konon rajin baca email ofis kat umah. sori okehhh. sudahnya aku wat dono ja. haha. saya lah pekerja yang paling layak anda hire!


24 Jan 2009 :: Sabtu

petang sabtu tu kami pegi lepak dekat tepi laut dekat depan queensbay. konon nak bawak anak aku main-main berjalan melihat alam. ramai orang lepak situ. ada yang main layang-layang. best jugak dari melengung kat umah. anak aku amatlah gembiranya macam 10 tahun tak keluar rumah. ni haa gambar dia...............dan mama dia. wahahaha nak jugakkkk selittttttttt.



suka sangat buat muncung tu. ingat model ke hapa.
(dlm hati "semoga dia menjadi next top model nanti") haha


merenung masa depan..

lepas tu kami masuk queensbay nak carik hadiah untuk ashween, anak sedara aku. birthday dia 6 februari ni. aku nak hadiahkan peralatan mekap, kecik benor budak tu nak bermekap-mekapan. so aku hadiahkan dia peralatan getah rambut dengan hairclip bagai untuk dia berhias indah nanti. pastu bapak aku teringin sangat nak makan laksa shack. sedap jugak. uuuuuuuuuuuuu laksa shackkkk - iklan sebentar..


25 Jan 2009 :: Ahad

Sasha keluar dengan tokwan dia gi jalan-jalan tengok kucing. balik nya tu, aku tengok ada luka kat jari dia. siap darah-darah lagi. aku pelik la bila masa pulak budak ni kena luka ni. tapi dia tak nangis ke apa ke. tu yang buatkan aku laaaagi pelik. aku amik minyak gamat, aku pun sapu la. bagaikan doktor aku sapu dan terus balut dengan plaster. dia tengok ja plaster kat jari dia dengan muka penuh heran ya rabbi. dalam hati aku pikir,"mesti budak ni takut tengok benda alah ni balut jari dia"....sejam lepas tu, aku tengok plaster tu dah ada kat mulut dia. dia cabut sendiri. aku pun apa lagi...

"alesyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!" menjerit bagai ibu tiri bawang putih..


masa ni tak perasan lagi luka dia


sekali haaa kauu...


reaksi pelik setelah dibubuh plaster


ada plaster pun masih bleh melemparkan senyuman tanda "i'm okey, i'm okey"

28 - 30 Jan :: Rabu - Jumaat

bos ai yang tak cukup tinggi tu berchoti..wahhhhhhhhhhh serunuk..dunia ini ana yang funya..



31 Jan 2009 :: Sabtu

menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Ipoh. depan pintu dewan siap ada banner bagai. tak kuasa mak.. cembhuru yang iye nyee!

malam tu aku diserang sakit perut. tapi lebih specificnya pedih ulu hati. gila bapak punya sakit. nak baring tak boleh. nak berjalan tak boleh. nak duduk pun tak boleh. muka aku memang pucat gila macam orang nampak hantu. aku dah tak ingat apa dah. rasa macam nak mati pun ada. menggeletar satu badan. aku muntah menyembur macam naga semburkan apinya. huhu. sudahnya aku makan ubat dan krohhh krehhh. alhamdulillah bila dah bangun tu terus hilang rasa sakit. takda la melarat. tapi sekali dia datanggg, fulamakkkkkkk...dengan lenggang-lenggoknya...dia datang jeng jengg jengg



03 Feb 2009 :: Selasa yakni Hari Ini

tiada update menarik bagi hari-hari semalam. cuma aku still tak boleh decide nak beli kek apa untuk birthday party sasha nanti. aku suka tengok kek yang 3D ada kartun bagai tu. tapi belum tentu rasanya enak. kalau secret recipe tu dah sah-sah orang suka makan tanpa pedulikan rupa bentuknya. tapi rupa parasnya biasa sajork. biasa bagi budak-budak la walaupun anak aku masih belum bisa mengerti hal ehwal cantek-cantek ni suma.

hari ahad lepas aku dah pergi beli balloons, birthday banner dengan candles. semangat nihh nak sambut birthday dia. ada candle besar yang bentuk nombor-nombor tapi punyalah sakit hati dalam banyak-banyak tu nombor 1 yang takda??? rasa nak bakar lilin-lilin tu suma. nasib baik jer aku takleh sembur api melalui mulut. kalau tidaaak, nahas kamu!


p/s: nah gambar Sasha beraksi dengan cekak rambut lip lap