Friday, February 13, 2009

Happy Birthday, Baby!

Selamat Ulangtahun, Sayang

Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima

Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita


Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang

Rentaslah langit cita cita mu

Harap nanti kita kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang

Janganlah engkau tak terbang pulang

Ku nanti penuh kerinduan

Selamat tinggal, selamat jalan


Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



wahh gitu..

Happy Birthday Hani Alesya.. mama loves you so very very much..

kami buat birthday party sasya last Sunday. sori ye auntie farah!
partynya macam biasa saja. ye la dia pun baru setahun. tak reti nak tiup lilin bagai so mama dia la tolong tiupkan. hiks.

yang tak bestnya dia macam agak moody pada hari kejadian. plus mengantuk. sikit2 macam nak nangis. tension ai dibuatnya sebab dia selalu tak macam tu. tapi takpa lah. next year insyallah partynya akan lebih meriah dari ni.

apa-apa pun Selamat Hari Jadi Sayang. semoga menjadi anak yang baik, solehah dan bijak..amin..

disertakan pics yang sempat dirakam kerana perasaan moody bermaharajalela di hari jadinya..

1st bday cake


siap banner u!


nampak pisau tu di mana? haha tak sedor diri dah nampak lilin!


happy birthday!


menempek dengan abah dia ja. tanak orang lain.


hadiah-hadiah sekalian


hadiah yang sama besar dengan tuannya..


mari mengenali buah-buahan


kesian bear tu. nampak mcm dia yang nak bergambar sgt dengan budak ni..

Update terkini :

1. Sasya dah boleh berjalan dengan nada yang perlahan.
10 langkah, jatuh..10 langkah, jatuh..

2. Sasya tidak boleh berhenti bercakap......dalam bahasa jiwa bangsanya sendiri..

3. Sasya dah pandai menjawab...boleh aku bukak gelanggang perbahasan kelak..


Sekian dahulu...


No comments:

Post a Comment