aku rasa blog aku ni dah hampir-hampir nak jadi blog masakan dah. lagi tiga kali aku post entry berbaur makanan, konfemmmmmm aku akan isytiharkan title blog aku "Resipi Ikhlas Dariku" amacam ok tak? hahahaha
kalau korang tengok aku post entry-entry makanan ni maksudnya hari tu hari aku cuti. so masa banyak, barang pun ada.. padahal awal-awal dah beli, benda yg aku nak masak tu aku rasa macam mahal orang jual so baik buat sendiri.. padahal kedekut ya amat, maka dengan itu aku telah bersilat di dapur menghasilkan beberapa resipi yang dicilok dari blog orang lain. keless bukan?
ok hari ni aku telah membuat Marble Cheese Brownies. bunyi macam hebat. bunyi ja hebat. ghupa aku buat belum tentu. haahhahaa. sila scroll ke bawah kejap lagi untuk lihat bukti. bukan sekarang!
okey sambung. actually resipi ni dari puan jun's yummylicious. seronok okkk tengok resipi-resipi dia. tiap-tiap hari ada ja resipi baru yang dia post. memang kelesss. sila klik link tu untuk dapatkan resipi. aku cuma nak tayangkan gambar-gambar hasil buatan aku sajer. hikss!
tapi sebenarnya kann..masa buat brownies tu aku lupa taruk susu cair [one of the ingredient] muahahahahah. bila dah masuk dalam oven, aku toleh belakang atas kitchen cabinet sekali nampak susu cair bagusssssss punya dalam tin tak berusik. memang potong betul la. dalam hati aku cakap "ni kalau tak sedap ni, dah sah aku nak curah susu cair tu atas kepala sendiri!" haha. tapi nasib la kalau tak sedap, aku tak rasa lagi masa tgh type entry ni.
maka jaaaadi lah bagai ulat hitam beratur di atas kek. ada ulat yang pendek lak tu.
lantaklah. janji aku cuba. tak kenal maka tak cinta kann.
tere tak makcik falsafah?
memang senang ya amat. makan pun lagi senang la kan.
komen : sedap. [taip sambil kembang hidung-hidung]
sila cuba. tak cuba maka tak tau.
p/s : tak sabaq nak pi opih nak habaq kat opismet. muahaha.
mami menguji kesabaran betulla... mcm sedap je... :)
ReplyDeletesedap timie. sila amik resepi dan cuba. konfem tak nyesal. hehehe.
ReplyDelete