sudahnya diorang ni plan baeeekkk punya pegi picnic hari jumaat. pukul 5.15pm elok aku kluar opis lenggang kangkung jalan nak pegi parking, tetiba mak aku call cakap tgh on the way nak pegi mandi laut. chaitttt apa barang picnic hari jumaat kan? padahal dalam hati siap menyumpah pasal tak ajak aku. hahahaha. dia siap cakap, "kalau nak join, terus jer la datang sini" fuhhh sabar. ooo cabar yer?? sebab apa dia cabar. dia tau aku slalu lepas balik keja, aku jenis malas nak menyinggah tempat lain. unless kalau kena beli barang, mmg kena beli jugak time tu mmg aku pegi la. kalau tidak sorry naik lorry, nak ronggeng tunggu weekend!
maka dengan itu, aku pun bertukar menjadi pemandu litar lumba F1 terus pecut menuju destinasi yeah yeah. sampai2 jer anak aku bagus punya tengah berendam dalam laut dah. kemain yerrrr!
dapat letak dia jejak atas pasir pun macam dah besar rahmat.
tak mesra alam sangat budak ni. haha.
tak mesra alam sangat budak ni. haha.
tu adik laki aku yang bongsu. dia memang bleh ngam ngan aku. dulu masa aku blom kawin, aku ajak dia teman aku kalau nak kluar mana-mana. haha. nasib la kann. dah aku takda adik pompuan kan. masa picnic tu, kitorang ushar satu family tu tengah bbq. terus aku dengan adik aku bukak plan baru. apa lagi, bbq jugak la. kat tempat yang sama. esok! hahaha.
balik tu terus pegi giant cari barang. beli tempat bbq, beli arang, ayam, sausage, bbq sauce etc. sampai umah terus siang ayam dan perap. gigih okk. tapi memang betul petua orang kan, kalau kita perap ayam ke daging ke semalaman, memang akan turn out jadi sedap. like GILA sedap. padahal aku bukan nya perap guna bawang serai mak nenek. semata-mata bbq sauce... and oh yes, sedikit sos tiram. yummyyy!!
so keesokan harinya...
lantas sesi menghidupkan api dimulakan..
dia dah cakap, "aku part hidup api dgn MAKAN saja, paham?"
nampak, nampak?itu adalah bbq sauce paling nikmat penah aku rasa.
*macam la dah penah rasa suma bbq sauce dlm donia ni!
mandi dapat, makan dapat tanpa perlu bersusah payah.
mak dia? penat juga adaaaa..
i love you cik hani alesya!
No comments:
Post a Comment