Monday, March 24, 2008

Ayu Di Mercu

Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpant erpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku di mercu

Aku mencari kekuatan dalam kelemahan
Aku temui kejayaan dalam keberanian

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku di mercu

eh ehhh...silap lak...

haa..nih baru betol..


Hari Lahir Idayu ke 24

Happy Birthday to me..myself..and I... heheheh...aku tua sudah..satu lagi kedut sudah bertambah di mukaku..so aku nak crita what actually happen on my beautiful day right till 5:30pm..

sejak malam tadi..actually since last few days i've already got few advanced birthday wishes..so mlm tadi tepat kol 12 dah dapat msgs dari few friends..but the thing is, i was a bit frust la kan cause the first person i'd expect to wish me last night was my hubby la of course..but as usualllllll...suamiku mudah lupa..i knew this from the start tapi sometimes aku wish sangat2 that he might just remember without having me to give him any sorts of hint..haiyaaaaa..apa nak buat..taik kambing pun bulat2 kan..redha jer la..he said sorry anyway..camtu la pompuan kan..malas nak panjang crita..dan memandangkan aku pun dah terbiasa ngan keadaan alam sekitar sebegitu rupa, aku terima jer la...dia wish apa tau...lebey kurang camni la bunyi nya..

"happy birthday..semoga panjang umur, murah rezeki dan ramai anak :)"
hurmm...ku termanggu di tengah malam nan sunyi...

then early this morning..ramai gak yg wish..adik aku kat kl tu..abah aku ngan ucapan2 syahdunya..hehe..mak aku sambil tenyeh2 mata nyanyi Happy Birthday To You kat aku...heheh..lawak la..pastu ada la kawan2 baik aku...

and the best wish so far yg aku penah dapat for my birthday this year is dari anak kak gee aku, Ashween...she actually sing a song for me...mummy dia recorded her singing a birthday song yg dicipta oleh dia sendiri..(cara dia la kan..) maybe she learn it from school or something but i don't care..cause a little 4 year old girl sing a song for me..how sweet...kak gee aku send through mms so aku asyik keep on repeating the sound clip on my handphone..best rasanya..hopefully one day my own princess Lesya would do the same thing on my birthday nanti...i can't hardly wait...musti aku nanges2 syahdu syahdan kan masa tu...hehhee...

then at 10am, aku kuar gi JPN amik Mykid Lesya yg dah siap tu..lawa Mykid budak2 masa kini..pink karer lagi...nasib baik tak ramai sgt...so lepas dah settle di JPN, aku pun balik umah sbb dah janji ngan mak aku nak bawak gi tesco extra sbb nak cari hadiah cousin2 aku kawin..ooppss..terbocor lak rahsia tempat beta membeli hadiah...huhu..takpo lahh..pastu dah beli2 suma..mak aku hadiahkan sebijik kek blueberry yg siap ada anggur di atasnya...sronok tak terhingga di hati beta..nak gak diorang belikan aku kek walaupun aku ni dah merangkap tahap mak budak kan...heheh..biar la..janji rock...kat tesco extra tu, kami tiga dara pinggitan (aku, anak aku, mak aku) singgah la di food court pekena cendoi semangkok...perghhh nikmat seyyy...rugi Alesya masih baby lagi...tuh la mama cakap cepat2 besar...hehehehe

balik umah aku pon cepat2 la mempersembahkan teknik kepakaran aku dalam hal ehwal membalut-balit hadiah ni...2 kotak besar aku balut..dah yg nak kawin nanti tu pon 2 kenduri kan...hmm..camtuh la al kisahnya hari jadiku hingga ke petang..malam nanti lain lak critanya sebab...dinda sedang menunggu kepulangan kekanda dinda yg tengah on the way balik ke sini..mak aku lak tengah masak rendang ayam kat dapur tu..berbau harum dan segar la jawabnya rumah ni..so malam ni macam2 la atas meja makan tu nanti..hehehe..jemput2 la rakan2 ku meraikan hari jadiku di rumahku..kalau kau tak malu...

kuang kuang kuang...

gambar ini adalah hiasan semata2..nanti aku upload gambar kek aku ye..

Aku Sindarela...tau nggak????


Perlukah aku menanti dirimu
Dengan dirinya mengagungkan aku

Mestikah aku pergi bersamanya
Dengan dirimu sentiasa ku puja

Pabila hadirmu mengaburi hatiku
Meniti waktu mengisi saat kisah dongengku

Lakaran bahagiamu itu menjanjikan aku
Hanya akan selalu di dalam anganku

Aku, akulah Sindarela
Hatiku diriku anganku mimpiku
Cerita hidupku
Akulah Sindarela, Sindarela, Sindarela lala…

Aku, akulah Sindarela
Hatiku diriku anganku mimpiku
Cerita hidupku
Akulah Sindarela, Sindarela, Sindarela lala…

Sanggupkah aku hilangkan mimpiku
Apa yang perlu antara keinginanku
Adakah aku harus memilihnya
Bila dirimu sentiasa ku puja

Aku, akulah Sindarela
Hatiku diriku anganku mimpiku
Cerita hidupku
Akulah Sindarela, Sindarela, Sindarela lala…

p/s : suka banget sama ini lagu...sindarela..dadada lalala

Sunday, March 23, 2008

He He Heeeee

pagi tadi bila aku bangun..i was still thinking of making that usual milo to cicah with the roti..but suddenly teringat...aku dah abis pantang..yippieeee (lompat sederhana tinggi..)..

maka bergegas lah aku ke pintu fridge nan indah yg bleh dikira berapa kali aku bukak sepanjang aku berpantang ni..aku dapati ada daging burger frozen utk dimasak dan dimakan dengan enaknya...apa lagiiiii..mak aku pulak selamba jer sound "buat burger kat mama satu"....dengan sepantas kilat sabung-menyabung aku letak non-stick frying pan tu, hidup api, letak sket butter utk menggoreng, goreng2 terbalik2 daging burger tu...dah masak letak atas roti gardenia utk diapit bak pengantin, dan letakkan sos cili Life dlm peket2 kecik yg bleh didapati free dari fastfood2 restaurants tanpa berbelanja lebih...nahhhhhhhh siaaaaaaaaaap!! perghh..nikmat rasanya..hehehe


big appreciation to abang Ramly for the frozen daging burger...
takkan aku nak tunggu gerai burger tuh bukak malam kang kannn??????

p/s : pasal tu la orang suh berpantang..nak jaga badan..nih pagi2 dah melantak burger..
but what the heck!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, March 22, 2008

Just Few Hours Away...

tinggal lagi beberapa jam sehingga dapat ku teguk segelas air ais...huahuahua..kesiannn sgt kat aku ni aku rasa...tararaaaa tararapp..yippie yay..

dan dapat makan makanan yg enak2 walaupun ianya memberi effect yg sangat tidak sihat terhadap badan kita sebenarnya..slurrp slurrp...

tapiiiiiiiiii...apa nak buat..taik kambing pun bulat2...hi hi hi...

Tudung Lilit-lilit...

kerana suntikan semangat cik mar dan rakan-rakan memakai tudung lilit...siap buat kelas pakai tudung dan bermekap-mekapan di rumah ku sewaktu dulu...maka aku pun tadi telah mengshoppingkan diriku dengan membeli tudung tersebut utk membuat first trial..balik umah trus cuba..hehe..dan setelah diperkenankan yang dipertuan agung..esok aku akan memakainya ke majlis pertunangan sahabat baikku..heeeee

adakah aku akan shumel sepertinya...hehehehe...


Friday, March 21, 2008

Tiba-tiba...

Aku teringatkan kenny rogers..ohhhh...rindunya aku pada ayam panggang itu...dengan mashed potatonya..macaroni & cheesenya..muffinnya...
tidaaaaaaaaak...jangan nodai imanku..mentang2 nak abis pantang ni macam2 jenis makanan la melintas kat otak aku ni..sabarrrrrrrr sabarrrrr..ayam lari wak kejarrrrrrrrr...hehehehe

esok hari terakhir aku berpantang...yahuuu...


p/s : harap marah jika anda rasa geram kepada saya for putting this yummmmmmmmmmy picture..tima kasih..

ada lagi...kepada FarahDiana...Harap Reti!!

Di Malam Sabtu..

aku ni sort of ngantuk sebenarnya (tetiba selit omputih..) tapi teringat lak nak transfer pics Sasya masuk pendrive sbb esok nak kuar jap cari barang..so bleh la sambil2 tu aku menyinggah ke kedai pak dolah mencuci gambar2 Sasya utk ditempek dalam wallet aku nnt..bleh la aku menatap wajahnya yg cun bak mamanya bila aku ke kl nnt..even for only few days tp for sure aku akan rindukan dia serindu-rindunya...hurmm..

rasa cam lapar..tapi tadi dah makan..

bleh tak makan lagi?

Thursday, March 20, 2008

C I N T A

Cinta itu..banyak pengertian..tapi bagi aku cinta adalah kawan sejati..orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu..Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan..Tanpa kejujuran..hidup sentiasa menjadi mainan orang...oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya..sebab keelokkan paras dapat menyesatkan...Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah..tertariklah kepada seseorang yang dapat buatmu tersenyum..kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..dan dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan...Jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian daripada dirimu, namun atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakanmu...tetapi apabila ada yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok dia masih bertandang, jangan harap dia akan datang kembali..

Wednesday, March 19, 2008

Sasya Suka Senyum

Gambar2 ni di snap sewaktu aku sedang nyenyak tidur dan Sasya, Opahnya dan Acik Kiminya tengah bersantai-santaian di ruang tamu di tengah malam buta..mereka dengan riang gumbiranya berfoto-fotoran tanpa menghiraukan aku..ohh siapalah daku..

The best part is..nih first time adik aku dapat snap gambar Sasya tgh senyum meleret2..dia memang suka kalau org ramai2 keliling dia pastu duduk bersantai bersembang sambil bergelak ketawa beriang ria...macam kan dia paham beno lak apa yang kitorang sembangkan..hehe..tapi tuh dah cukup membuktikan bahawa anak mama ni Bijakkk...Bijakkk..(bak kata Ako Mustapha) hehe!

I'm gonna really miss these smiles when I'm away from her even for a minute..

p/s : kesian anak aku dijadikan model sambilan topi ala2 michael jackson..namun tetap shumel!


Tuesday, March 18, 2008

Aku Scandal


Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan daku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan daku sendiri

Sebenaqnya kan..

Konon suspen ja title entry ceq ari ni..padahal takdak menda pun..huhu..

Namun ceq nak gitau gak la..ceq sebenaqnya antara seronok dengan tak bila tau yg ceq sebenaqnya dah nak start keja minggu depan..hadoiii..ceq bukan apa..dok haru tang posting tu..

Ceq takmau la dok kena posting jauh2..kalau bleh Dekat Di Hati suami ceq..heheh..ceq baru dok terbayang2 nak balik sana tinggal ngan suami dan anak kami..(ayat!!)..tapi kalau la kata ceq dapat posting jauh di sudut hati, hancoq musnah angan2 ceq..mesti sorang dok sana, sorang dok sini..mak tak sanggup nyahhh!!

Pehtu kesian kat anak ceq si darling Sasya tu..baru nak bermanja2 dah mama dia kena keja 8-5 lak..dah la baru lepas pantang..at least bagi la ceq delay report duty tuh kan labu kann...(sukati mak abah aku jaa..)

Tapi tuh la..kalau tak keja pun takleh...sapa nak bayaq loan ptptn ceq balik? sapa nak bagi duit utk ceq amik loan keta? sapa nak tolong hubby ceq dalam bab belanjawan negara kami? sapa yg bermurah hati nak tolong beli stroller kat Sasya so dia bleh beronggeng menggunakan stroller, tak payah ceq penat dukung? siapa? siapa? takkan ceq nak harap kat hubby ceq sorang kan..tak patut tak patut..kesian dia..ceq kan isteri mithali lagi solehah..muahahahaha..(iyooo lah sangat)

Tapi takpa..ceq akan cuba sedaya upaya untuk tidak meng'down'kan diri ceq dengan masalah2 bebanan nak start keja ni..ceq akan meng'happy go lucky'kan diri ceq seadanya..Go Go Chaiyok! (very the Korean..ihik!)



P/S : Ceq minat sungguh laaaa band HUJAN tuh sejak dua menjak ni...ceq dok nak hangguk kepala ja bila dengaq lagu depa...susah gak bila Hujan sering melanda utara tanah air ni kan..
empayar..empayar..empayar..empayar muuu..
bila2 masaaaa..bila2 masa kan musnah!

Sunday, March 16, 2008

Aduh! Sakit Perutku..

aku sakit perutttt...entah kenapa beta pun tidak tahu menahu..aku, mak aku ngan adik aku diserang virus perut memulas ni..asyik muka kami jer yg berulang-alik menghiasi tandas di rumah ni..bapak aku rilekkkk jer..hehe..mungkin perut dia amat kebal dalam menahan serangan pemulasan perut ni..hurmm..


pasal baby Lesya lak..dah 2, 3 mlm ni dia cam suka meragam malam2..selalunya dalam dia nak mencari sabdu yg tepat utk tido tu, dia hik-huk skit2 jer...kali ni tak..dia nanges sekuat ati dia...lama lak tu..kecuakkan aku ni toksah cakap la..terlampau2 tahapnya...lpas aku pegang, mak aku pegang, lepas mak aku, bapak aku lak..rotate la turn tuh berapa kali pun, dia tetap nanges2..siann tgk dia..sbb dia kalu nanges, suka buat muka sedih yg teramat..sian sgt kalau tgkkan muka dia waktu tu..kalau ada award mimik muka paling sedih, memang dapat kat dia la..hehehe..pastu skang time tido dia dah lain lak..dah berganjak ke pukul 2pg..baru dia betol2 ngantuk...pastu pagi mula la bangun lambat..hehe..tak lain abah dia la yg ajar tu...huhuhu..

Saturday, March 15, 2008

7 Days To Go

anak aku tengah golek2 atas katil kat blakang aku ni..dia tgh mencari2 sabdu yg tepat utk dia tido balik..dia baru bangun minum susu, main acah2, senyum2 skit sambil mata terkuyu2 balik..kalau aku duduk tepi dia kang, dia tgk jer muka aku..konpem dia buat2 suh angkat timang2 anakku sayang sampai dia lena..

actually aku nak bagitau..pantang aku tinggal lagi 7 hari jer.....amatlah tak sabar aku menunggu hari kemenangan tersebut..org ckp dlm pantang kena dok umah jer...boring gila dok umah sebulan setengah ni...sungguh tak kembang minda kalau asek terperap jer..huhuh...abis pantang ni aku nak beronggeng berjalan2 melihat alam dengan bersungguh2 bersama puteriku terchentaa...jom Sasya jom..let's go ronggeng!

Thursday, March 13, 2008

Adakah Aku Sudah Tua?

semalam kak gee aku kat jb tu sms aku...beriya-iya dia suh aku ingatkan balik bulan dan tahun bila kami attend seminar vitamin supplement Blackmores tu..dia kata kat aku "muda2 dah tak kuat daya ingatan.." sbb aku cakap aku lupa...ada ka patut...dahhh aku lak penin2 mencari klu seterusnya dan seterusnya..kalu bleh siap nak exact date lak tu..cuihh..ingat aku ni albert einstein ka nak ingat2 suma tu..(ada kena-ngena tak? hehe)...aku pi seminar tu pun sebab nak teman dia..tuh pun nasib baik dapat door gift..supplement sebotol..kira jadi la kan..bukan murah tu..hehe..idup asek nak menda pree jaa..muahaha..

pastu lantas aku teringatkan pokok krismas besar gaban dan cun melecun di tengah2 lobby hotel tempat kami attend seminar tu..so aku pun bagitau la either nak krismas atau dah krismas..takkan nak deepavali lak kan..so dia pun leh assume la bulan berapa kami pi..kalau yg tu pun tak dapat tangkap gak..mau jaa aku post santa claus kat umah dia..baru dia tau rasa! kuang2...btw, aku amatlah rindu kat kak gee dan anaknya ashween itu..bukan apa..kalau kluar ronggeng ngan dia, wajib dan tawaduk aku akan dpt starbucks secawan...huhuhuhu...(no, i miss them really..balik la penang!!!)

P/S : sapa tau any information on Garlic supplement ni could help on your blood flow or anything that relate to blood pressure? aku slalu dipaksa makan bawang putih yg dibakar..amat tak tahan..

Tuesday, March 11, 2008

Minah Lari Wak Kejarrrrr...

aku nak crita pasal mak aku lak ari ni..dia skang ada dialog baru yg hari2 dia sebut bila anak aku start nanges nak susu..ayat dia camni..... "Sabarrr....sabarrrr....minah lari wak kejarrrr" muahahahahahaha...first time aku dengar ayat tu, rasa nak guling2 aku gelak cam icon dlm ym tu..huhu..

aku rasa memang takda kaitan langsung ngan anak aku yg nanges2 nak susu tu..tapi dek lawaknya tahap dewa, aku bantai gelak la...aku tanya la mak aku mana cilok dialog baru tu, dia kata dari filem P.Ramlee..ntah yg mana satu pun aku taktau...kalau ayat tu rekaan kreatif mak aku pun bukan aku tau..kuang2..

"tunggu wak, minah!!"

Monday, March 10, 2008

Lesya Dah Cukup Sebulannnnn!!

ari ni Lesya genap sebulan..huhhh..ada 11 bulan lagi nak tunggu dia setahun lak..heheh..lambatnyaa..insyallah aku nak buat 1st birthday party yg best2 kat dia..ohh tak sabarnya beta..

pagi tadi gi bawak dia review kat klinik..check tinggi, berat dia suma..mak aii dah tinggi anak mama tu, dah tambah 8cm..hehe..berat plak 4 kg after a month..kira normal la kot ek..yg aku lak..dah sebulan lepas bersalin..turun 8kg..huhu..sungguh beta tak percaya..padahal dlm sminggu dua ni aku rajin melantak..petang2 jek pantang nampak biskut..nih pon tgh mengunyah chips a hoy..sedappp..buat aku rasa nak mengunyah lagi dan lagi...hehe..

kejap lagi ingat nak kuar jap beli pampers dan selimut baru utk Lesya..nak cari kaler pink..dah sebulan dia belasah selimut yg lama tu pagi petang siang mlm...sampai dah takde rope selimut teman nengoknye..hehe..

pasal posting tuh plak..aku rasa otak aku pun dah letih ala2 lumba lari 100meter dek memikirkan mana diorang nak campak aku nnt..keputusannya akan diketahui 27 mac ni..kira cam tarikh keramat gak la kan..tarikh tu la yg buatkan darah tinggi aku naik tak turun2 sminggu dua ni..harap2 terbukak la pintu hati diorang tu kan..kalau tak, mau aku baling pintu kat muka2 pegawai jpa hari report duty tu nanti...jangan cabar akak!!!

bak kiraan countdown cik orange, ada 16 hari lagi...
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!



Sunday, March 09, 2008

Lesya Suka Sengeh..

Pagi tadi hubby aku call..aku crita la yg Lesya skang dah banyak akal..kemain dia skang..diletak saja pun tak mau dah..nak org dukung bwk jalan2..dia dah banyak sgt senyum sengeh2...tido pun dah banyak belah mlm..belah siang lak dia banyak jaga ajak org main2 ngan dia..hehe..

hubby aku excited jek dengar crita pasal Lesya..dia kata kalau boleh nak cakap phone dengan Lesya..hehe..

tak sabarnya aku nak abis pantang ni...nak bwk Lesya jalan2 kat luar...nak beronggeng ngan dia pegi shopping..heee!

Friday, March 07, 2008

Luahan Hati Lelaki Yang Dibenarkan Kahwin Lagi

Actually aku pun tak sure betol ke sorang suami yg tulis menda alah ni..atau org pompuan yg menyamar utk menyedarkan kaum suami..Kisah tentang lelaki yg dibenarkan kahwin lagi oleh wife dia, tapi taknak kahwin. Bila baca betul jugak apa yg dia cakap. Apapun terpulang pada diri masing-masing utk memilih ape yg terbaik utk diri dan keluarga mereka..

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau u rasa u nak pasang lagi satu, i izinkan'. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah i at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya. Kawan-kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi. Tak tahulah kalau isteri says tu main reverse psikologi dengan saya.

Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. Sebab apa?
Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau i kahwin dengan anak dara. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah. Tentang makan minum, pakai i, rasanya i tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, i suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju i kena gosok cam gini, kalau i bangun tidur i suka kalau my wife dah siap mandi dan segala-gala nya lah. Rasa-rasa dapat ke isteri muda i buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, i dah tua. Mesti dia kata i ni mengada-ngada. Lebih haru lagi, tentu anak-anak i akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain. Anak-anak lebih tertekan. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang
bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentu dah tak rapat dengan i. Kalau i ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa i dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk-pikuk dengan anak-anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) sedangkan di rumah isteri tua, anak-anak sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak-anak. Silap hari bulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria-ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua takkan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk. Takkan raya asyik balik umah mak mertua baru aje?? Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah-indah nih silakanlah. Tapi bagi saya selagi hayat di kandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya).
Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain-lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. Ye ke? Bab kawin-kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial...

Hargailah Isteri Anda

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??
Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali.
Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan.

Tapi.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
Kala kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya,
tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengcheking "Ada duitkah suamiku?"
Tapi bila kau ada duit, wahh wahh..kau siap boleh tanya lagi bini kau
"Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah?
dasar laki kedekut...

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2 kena kopi mcm kat rumah dah tak ada kopi sampai bini kau yang di rumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tu lah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dah la balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...dasarrrrrrrrrrrr!

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa") hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

Satu lagi, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata "SAH!!!!"
Tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 sampai sejuta senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang mesti tahu punya....

Moral of the story : Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, motor besar korang, PS2 korang dan lain-lain. So kalau rasa diri tu masih tak ready lagi...pikir pikirlah... belajar bagi ready!