Thursday, March 20, 2008

C I N T A

Cinta itu..banyak pengertian..tapi bagi aku cinta adalah kawan sejati..orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu..Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan..Tanpa kejujuran..hidup sentiasa menjadi mainan orang...oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya..sebab keelokkan paras dapat menyesatkan...Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah..tertariklah kepada seseorang yang dapat buatmu tersenyum..kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..dan dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan...Jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian daripada dirimu, namun atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakanmu...tetapi apabila ada yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok dia masih bertandang, jangan harap dia akan datang kembali..

No comments:

Post a Comment