Saturday, March 27, 2010

Support Earth Hour!

Show your support. just switch off your lights for an hour.

bukan susah sangat pun kann. nak lebih dari sejam terus tido tak hengat pun voleyyy...






Photobucket

Tuesday, March 23, 2010

Congrats Kawan-kawanku..

hurmm.. nampaknya musim mengawan telah menampakkan hasil.. wahahahhaa

haaa haa sabar dulu.. bukan aku yang mengandung yer.. cuma kawan-kawan aku yang tengah beramai-ramai membuyung skarang ni.. hehehe.. alhamdulillah they olls dah dikurniakan rezeki oleh Allah.. quite lama jugak diorang tunggu for this moment since diorang kawin last year.. cuma aku nak pesan. jaga la diri tu baik2. jaga makan minum. jangan buat kerja berat2 sangat.

kalau korang rasa nak tido petang-petang tu, dipersilakan lahhh. amat digalakkan. sangat!!

sebab trust me, korang takkan dapat merasai lagi nikmat sedemikian rupa lepas korang bersalin nanti. hahahhahaha.



ni mak buyung pertama : Farah


ni mak buyung kedua : Anim

psst psst.. dengar2 mcm due date korang ni lebih kurang sama ja.. berjanji yerrrrrrr????
hahahha. congrats ok..




Photobucket

Saturday, March 20, 2010

Anak sapa yang gelak macam woodywoodpecker ni..

ni kisah berapa minggu sudah.. aku kena datang opis. pada hari SABTU okkk.

meluat. meluat.

kes diorang nak tukar ip server. nak tukarnya kejap jek tapi yang nak kena datang standby nya kemain macam nak buat rombongan cik kiah. dah banyak kali gak la aku kena gi opis time hari orang lain bersenang lenang kuak lentang di rumah. sudahnya masa tu aku heret skali alesya. padahal boleh jek mak aku jaga. macam weekdays aku pegi keja mak aku yg jaga dia. tapi aku nak gak bawak dia skali. al kisah sebenarnya aku dah janji ngan member aku nak bawak anak masing2. ni kes nak ngelat takyah buat keja sangat la. takat jeling-jeling sudehhhh. muahahaha.

ohh bukan main suka okkk anak aku datang opis. ke sana ke mari dia. sampai-sampai terus aku on notebook pasangkan Upin Ipin. sekali dia gelak mak datokkk.. satu opis cari "ni anak sapaaaa yg gelak ni?" boss aku cakap macam woody woodpecker pun ada.. haha

ohh malu ai..


Bos kecik tengah siapkan kerja..
bersama bottle yang mendahului notebook..


Bos kecik bersama PA...

Bos kecik : hurm... awak rasa ok tak kalau macam ni?
PA : erm... ok la tu *sambil muka redha


Bos kecik : haa cantekk.. setelll kerja
PA : iyo lahh bos.. *still, muka lebih redha


dengan Makcik Farhana.. baju kami same karerrr..


haa meh kita dok sini tengok kot-kot ada lubang-lubang projek jutaria..


:P


Photobucket

Sunday, March 14, 2010

wahhh..suka bangat...

aku dah taktau nak letak tajuk apa sebenarnya.. kah kah kah..


tapi memang something interesting la bila aku bukak blog hari ni. tiba-tiba terpandang ticker wedding aku kat sebelah kanan tu. selama ni takde dee aku nak tengok-tengok sangat dah berapa dekad since the day aku diijabkabulkan kepada suami aku.

but today i notice the numbers. 3 years, 3 months, 3 weeks and 3 days.
best kan? hari ni cukup 3 tahun 3 bulan 3 minggu dan 3 hari usia perkahwinan aku.
akak sokaa!!


semoga perkahwinan kami kekal till the end of time.. amin..



Photobucket

Saturday, March 06, 2010

Benda dah lama baru nak update masuk blog...


ini diorder dari Shada. specially for member opis yg kahwin.
mulanya kitorang plan nak bagi kat dia untuk dia bagi sebagai hantaran kat pihak lelaki. sudahnya bila dia balik opis, dia kata "tak bagi pun pihak lelaki, dah licin kami makan. haha"
selamat pengantin baru ye dayahh.. *wink wink*



ni sapa lagi kalau bukan anak dara aku.



masa ni kat kenduri kawan lama aku di Setia Pearl Island..
cantik okk wedding dia.. dengan pelamin, baju, dewan berhias segala..
anyhow, congrats to pengantin Nanie.. *wink wink gak* hehe



ni la pengantinnya..cantheque bukann??



yang ni siapa lagi kalau bukan the opah and the cucu.. :)
Photobucket

Sunday, February 28, 2010

Birthday Alesya Part 3

Seriously aku gila malas nak update blog. ada harapan cerah nak bersawang balik blog ni..

aci tak kalau aku attach gambar jer dlm entry ni..sorry yer Sasha.. bukan bermaksud ibunda nak mengtidakspecialkan entry birthday anakanda.. cuma ibunda teramatlah tak rajin sekali 2,3 minggu ni.. ibunda tempek gambar saja yer anakanda terchenta???


nah sila menengok...


lepas birthday girl dah siap2 dihias rapi.. birthday girl malu2 kucing pulak..


sexy youu..auuw..


Sasha dah agak ngam dengan Makcik Ana aku ataupun lebih afdhal digelar Opah Ana skang..


baju lagi besar dari tuan..haha
bukan aku yg beli okkk..


nih dia menganga tengok sapa ntahh..
tengah tahan kesabaran tengok kek yg iyer nyer..


haa.. time ni sempat lagi jeling kat tv tengok iklan budak nyanyi
"ibuu..ibu...engkaulah ratu hatikuu" siap hafal okk..


ni dengan sepupu dia Anis Insyirah, 5 mths


ha tepi tepii.. ada iklan lagi tu..


entepremmm itu musti...


mcm kena paksa rela amik gambar jer bang?? kahkah..


the cute birthday cake..



tahun depan 3rd birthday, kita beli kek sajork yer.. mak dah tak kuasa nak membeli brg dan masak segala.. letih okk..



Photobucket

Monday, February 22, 2010

Birthday Alesya Part 2

Sehari sebelum birthday Alesya ni kira macam birthday treat from her Tokwan yang telah bermurah hati membelanja bukan saja birthday girl.. NAMUN turut membelanja Mama dan Opah kepada birthday girl di Secret Recipe... ohh untung rasanya.. birthday tiap2 bulan pun orait kan??? hehehe...


and of course.. gambar di tempat kejadian adalah seperti di lampiran..wah gitu..


kemain suka lagi..


err.. tak payah la hafal menu2 tu yer sayang..
kot tahun depan pulak mama bleh belanja. bukan apa, jimat kos..


order tak hengatt.. mocha ice blended..
al-maklumlaaa bukan duit sendiri yang mengalir.. huhu


cas comels la tu.. haihh..


takde deee dia nak pakai bendalah tu lama-lama...



Photobucket

Birthday Alesya Part 1

Last Saturday we had a small birthday party untuk Alesya. Gambar-gambar pada hari kejadian belum ditransfer ke dalam notebook. So meanwhile, let's enjoy the cake...opppss.. the cake's picture yer... credit to Shada from Balik Pulau... thanks for the beautiful cake.. Alesya terlompat-lompat sebab excited sangat tengok kek tu..bukan cantik jer tapi sedappp...and the cheesetarts, semua orang teruja like "beli kat mana? beli kat mana?" heheheh..tq yer Shada..

Sila visit the link below to view my princess's cake..

http://shanajbakery.blogspot.com/2010/02/no-2-cake-happy-birthday-hani-alesya.html


Photobucket

Friday, February 12, 2010

Happy 2nd Birthday Missy!

Sorry sebab lambat update on one of the very most important date to remember.

Apa lagi kalau bukan Hari Jadi anak saya Hani Alesya Binti Muhammad yang ke 2 tahun.

There's nothing else i would pray except for your happiness, your safety and the very best in your whole life.

Dear Alesya... just a little note for you baby, Mama doakan agar Alesya menjadi anak yang baik, solehah dan agar dirimu memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.. amin..

and ohh.. sorry this entry has no related picture. selalu kan entry saya dihiasi gambar2 budak kecik tu. tapi malas la. saja nak tunggu sampai birthday party dia nanti. Insyallah buat 20hb nanti. jemput lah datang yer..... bersama hadiah-hadiah menarik untuk missy sasha. hehehehe.

for the time being... sila nikmati gambar budak kecik ni bercanda di pasiran pantai.. auuww..


masa ni tengah tahan dugaan tengok laut.
10 minit lepas tu kaki dia dah berendam dalam air.



gambar ini dicapture at 6.41 am masa aku tengah bersiap nak pegi keja.
tengok bantal busuk dia dah suku bogel sebab dia suka main bucu bantal.
redha sajalahh..



Photobucket

Sunday, January 31, 2010

Alesya's 2nd Birthday Countdown


Alesya will turn 2 on 11th February. Like another 10 days to go.

Tak sangka cepat betul masa berlalu. tau-tau dah nak masuk 2 tahun dah sayang mama sorang ni.

Latest updates on Alesya?

  • Dah pandai count One, two, thee, por, paiff.... count Satu, dua....terus ENAM!
  • Sebut mama, abah, icha (esya), bibi (baby), adek, kakak, atuk, atie (aunty), amie (Kimi), topan (tokwan), cat, dog, pish (fish), bebird... yang paling tak bleh blah bila dia panggil aku "Ayuuuuuuuuu...ayu" ... diharap bersabar..
  • Semua haiwan yang dia nampak dia akan sebut "nyiaooowww" dengan suara lemak merdu sekali
  • Nak masuk rumah dah pandai ketuk pintu dan bagi salam.
  • Dah pandai berlakon konon-konon sneak in masuk bilik senyap-senyap jalan perlahan-perlahan bila dah sampai dekat aku sekali dia jerit "haaaaaaaaaaa!" aku pun terpaksa buat-buat tak nampak dan terus buat-buat terkujat dengan the not-so-suprise-anymore nya itu..anak la katakan..
  • I can see dia dah banyak kamceng dengan Abah dia lately. diorang bleh duk lepak-lepak depan laptop atas katil tengok Upin & Ipin. Makan pun Abah dia suapkan. Mandi pun Abah dia mandikan. cuma kalau time berak, pandai lak Abah dia buat-buat tak kamceng kannn.
  • Tiap-tiap malam time nak tido, aku akan cakap good night dan dia akan sebut a'kum, emmuahh dan zZZzzZzZzZzzz. budak yang sangat baik dan tak banyak kerenah.

Thank you Alesya for making my every single day bright and meaningful. dia sangat murah senyuman and that really makes my heart melt.

okey lah. aku dah dengar ada orang panggil "Ayuu..ayuu" .... dia la tu. hehehe. suka menyakat aku. jangan melekat sampai ke besar sudehhh.. akak cubittt kang..



Photobucket

Tuesday, January 26, 2010

Proud to be Georgian

pagi ni aku realize status semua member-member lama kat facebook tertulis begini :

"SMK St George in Penang was recognised primarily for its prowess in music and entrepreneurship. The school is well known for its gamelan band, orchestra and brass band"..... i like this statement in NST online..... ehe.."

dan begini..

"Tahniah SMK Perempuan St. George kerana menjadi antara Top 20 Sekolah Berprestasi Tinggi Negara!!! very proud to be Georgian ~~~~ ;)"

dan juga begini...

"proud to be georgian :: SGGS tersenarai Sekolah Berprestasi Tinggi, diumumkan dlm Berita TV3 smlm::"


dalam hati dah terpikir.. ohh ketinggalannya aku dalam berita-berita hebat sebegini.

yer sekolah menengah saya dahulu telah dinobatkan antara Top 20 Sekolah Berprestasi Tinggi Negara yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian. wahh vangga wangga gitu. walaupun akak bukanlah antara pelajar terhebat mana pun namun tetap digelar ex-georgian. tahniah! tahniah! tabik spring dari akak.


Ini dipetik dari Berita Harian Online:

Muhyiddin umum 20 Sekolah Berprestasi Tinggi

logo sekolah ai yg kaler merah iteww

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
Sekolah terbabit adalah:

Sekolah Berasrama Penuh:
  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

seronok rasanya. cewah. hehe. yer la. haruslah kita rasa bangga dan happy kan. sekolah yang kau pernah jejak dan cari ilmu dulu, skang adalah antara sekolah terbaik negara. ilmu-ilmu yang kau kumpul dari sekolah tu lah yang menjadikan kau seorang insan hari ini. kalau yang memang betul2 berjaya tu, lagi la seronok kan. aku still boleh ingat the moment bapak aku pergi jabatan pelajaran sebab nak cari nama aku ni terpelanting masuk sekolah menengah mana. tau-tau bila dia balik umah, dia cakap "Ayu dapat St. George's".. u never know how i felt..punya la terkujatnya aku..and the look on my mum's face?? she was thrilled.

tapi bila dah keluar sekolah, aku takda la hebat mana pun. cuma cukup2 makan jer. hehehe. main banyak! rasaiinnnnnn! Backstreet Boys la, 'N Sync la, The Moffats la, Hanson la..kalau Sasha tau semua tu, dia bleh gelakkan aku okkk. so haruslah kita buang segera segala cd kaset poster semua tu. mama dah insafff, sayang!

tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada skang. sangat bersyukur. ada keja tetap dan masih mampu membelikan Sasha baju-baju lawa setiap bulan. pangggggggggg sekali!

dah la weh. nak balik dah. sila enjoy pictures of my beloved SGGS.




" Aut Viam Invaniam Aut Faciam "

i ingat sampai skarang okk..


Photobucket

Saturday, January 16, 2010

Tempat mengadu segala rindu..



Kau datang ketika duka dan bintang bercahya.. tunjuk ku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut.. lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan.. serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira.. perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali.. yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka dan bintang bercahya.. tunjuk ku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba.. terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana.. Tuhan ampuni hambaMu

Kau datang ketika duka dan bintang bercahya.. tunjuk ku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam.. memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia.. dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu.. tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu.. dalam tahajjud cinta bersujud


specially dedicated to Mama.
berat dugaan yang kita tempuhi.
kita nangis sama-sama.
but trust me, we'll always be by your side.



Photobucket

Wednesday, January 06, 2010

Al-Fatihah

Pagi kelmarin kami sekeluarga rushing pegi Teluk Intan. Pergi ziarah jenazah anak angkat atuk aku which dia dah anggap macam anak kandung darah daging dia sendiri. aku panggil arwah Acik Lan. umur baru 27 tahun. married with 4 children. dia kawen muda. dan pergi meninggalkan kami dalam usia muda.

Arwah accident masa isnin malam baru ni. kesian Atuk aku. dia sayang sangat arwah. sebab boleh dikatakan arwah yang paling bongsu. yang paling kesian bila tengokkan anak-anak arwah yang masih kecik. yang sulung rasanya umur baru dalam 6 tahun. masa aku kat dalam toilet aku terdengar anak-anak dia borak,

Anak kedua : "papa dah mati"

Anak sulung : "tak. papa meninggal laa. orang dah tanam papa"


Termenung aku kejap dalam toilet tu. series sedih. sangat.

Then masa dah nak balik tu, dengar lagi yang si sulung tu tanyakan pada Opah dia.. "Opah, macam mana nak kasi papa balik sini balik? amin dah rindu la ngan papa"... Ya Allah..bergenang mata aku.

Aku harap kita dapat sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Dan aku berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

Dan juga Ya Allah.. Kau tabahkanlah hati isterinya serta Kau pelihara dan lindungilah anak-anaknya. Amin.


p/s: Isteri arwah ada la cerita yang arwah selalu jugak cerita masa kecik-kecik dulu dia selalu main dengan ayu, aj, kimi (adik-adik aku). bila dah besar ni, masing-masing dah tak rapat dan dah bertahun rasanya tak jumpa. tak sangka arwah masih ingatkan kami. hurmm..bila dah kehilangan, baru kita rasa macam kita found something kan..sedey la..


Photobucket