Wednesday, January 06, 2010

Al-Fatihah

Pagi kelmarin kami sekeluarga rushing pegi Teluk Intan. Pergi ziarah jenazah anak angkat atuk aku which dia dah anggap macam anak kandung darah daging dia sendiri. aku panggil arwah Acik Lan. umur baru 27 tahun. married with 4 children. dia kawen muda. dan pergi meninggalkan kami dalam usia muda.

Arwah accident masa isnin malam baru ni. kesian Atuk aku. dia sayang sangat arwah. sebab boleh dikatakan arwah yang paling bongsu. yang paling kesian bila tengokkan anak-anak arwah yang masih kecik. yang sulung rasanya umur baru dalam 6 tahun. masa aku kat dalam toilet aku terdengar anak-anak dia borak,

Anak kedua : "papa dah mati"

Anak sulung : "tak. papa meninggal laa. orang dah tanam papa"


Termenung aku kejap dalam toilet tu. series sedih. sangat.

Then masa dah nak balik tu, dengar lagi yang si sulung tu tanyakan pada Opah dia.. "Opah, macam mana nak kasi papa balik sini balik? amin dah rindu la ngan papa"... Ya Allah..bergenang mata aku.

Aku harap kita dapat sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Dan aku berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

Dan juga Ya Allah.. Kau tabahkanlah hati isterinya serta Kau pelihara dan lindungilah anak-anaknya. Amin.


p/s: Isteri arwah ada la cerita yang arwah selalu jugak cerita masa kecik-kecik dulu dia selalu main dengan ayu, aj, kimi (adik-adik aku). bila dah besar ni, masing-masing dah tak rapat dan dah bertahun rasanya tak jumpa. tak sangka arwah masih ingatkan kami. hurmm..bila dah kehilangan, baru kita rasa macam kita found something kan..sedey la..


Photobucket

No comments:

Post a Comment