Sunday, December 14, 2008

Update Raya Haji

Raya Haji minggu lepas takda yang menarik dan nak digembar-gemburkan. pagi raya tu kami balik kampung husband aku. nothing much. macam tak raya pun ado. biasa la raya haji kan selalu camtu. lain la raya puasa. nikmat raya tu memang feeling so strong. kan kan kan.

but don't worry. gambar-gambar di tempat kejadian akan tetap aku tayangkan di sini. dan seperti biasaaaaa..... anak akak la jadi model kesayangan ramai. hikss

kejap..nak betulkan lapik meja ni..iskk..


tengah pose-pose cantek dalam kereta..

seperti biasa, akak jugak jadi tukang snap-snap gambar..


masa cuti hari tu. biasa la sesi luahan perasaan berlangsung dengan jayanya di antara aku dan husband aku. al-maklum al-kisah, entah macam mana bleh terkeluar dialog cerekarama ni..

"kesian lesya, dia nak berkawan tu"

bunga-bunga ayat sudah keluarrr...ting tak ke ting tang ting!

aku lak cakap..

"lain macam ja bunyi? tu mesti maksud ke lain tu"

"eleh buat-buat tak paham. lesya pun nak gak main ngan adik"

aku hilang deria bercakap seketika lalu membalas.

"oooooo nak adik.. tunggu la lagi setahun dua ke..tiga ke..empat ke.." hik hik (tapi serious jawapan akak tu dik!)

sekali dia fire aku..

"ooo tidak tidak. takleh takleh. i bagi sampai lesya setahun 5 bulan ja. pastu lesya bleh tunggu nak dapat adik baru"

aku pun. tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

dia punya tidak ja dia pikir. tengok aku punya tidak lagi panjang tau.

tapi perbualan tersebut berlangsung tanpa ada keputusan rasmi. aku berserah ja (chewahhh).
tunggu jer la kalau ada rezeki cepat, cepat la lesya dapat adik.

tapi kalau boleh aku nak tunggu dulu. bukan pasal aku serik mengenangkan saat nak melahirkan. cuma entahhh. aku malas nak pegi check up selalu. sebab dulu aku ada suspect darah tinggi. tensi gila. asyik bikin hati gue resah gelisah. masa tu kira baik aku belum keja lagi. ni skang dah keja..aduhhh lagi la malas nak pikir. tunggu la episod cerekarama yang seterusnya.

okey lah. cukup la update akak untuk ke sekian kalinya. akak pun nak bergegas mandi. tata titi tutu.

p/s: budak-budak opis nak ajak aku main kutu. sampai skang aku wonder kenapa ia dipanggil "main kutu". kesian kutu-kutu sekalian alam. namun jika ada sesiapa yang baik hati nak explain jawapannya kepada aku, silakang..

Tuesday, December 02, 2008

Pijja Hat..

entry kali ni patutnya ditulis 6 hari yang lalu.

ehhh ehhh...suka ati aku la bila aku nak tulis. kan. kan.

takda menda pun sangat. cuma nak tayangkan gambar aku dan sasha di hari jadi adik aku yang disambut di Piiiiiza Hut (patutnya gambar adik aku la kan..hak hak lantakk)

akak belanja tau. thanks to akak. susah nak dapat kakak mithali macam akak ni kannn. so berbuat baik berpada-pada lah dengan akak. ngeeeeee.



p/s : tengok muka anak aku kesedapan makan pizza...ehh silap..dia makan mushroom soup sajork..itu pun menjilat mulut tau..hikss

Aktiviti di Hari Selasa..

hari ni merupakan hari yang sangat meletihkan. sehari suntuk ada training session untuk user. aku pun macam mak badut la ke hulu ke hilir bagai itik tak pulang-pulang dahh. tapi yang bestnya kawan aku sorang ni..

tengah-tengah dia present tu, ada la satu kes ni, dia selamba bomba (pinjam jap en. supermeng) bleh cakap "hari ni kita ramai-ramai jadi gila kuasa sekejap ye" huhu. tu present depan encik-encik ptd tu. selamba dia jaaa. yang aku ni mengekek kat blakang. apolah nasib ada sahabat sejati sebegitu rupa.

yang anak aku ni lak semakin hari semakin bertambah la buasnya. nak cuba panjat sana sini. dipegang tak mau langsung. bila dilepas berkeliaran, dengan kencangnya dia merangkak merata bumi. masuk bilik mak aku, menyorok blakang pintu. masuk bilik aku, main pulak sendal pintu tu. rasa macam nak hapuskan semua-semua pintu dalam rumah ni. bleh gitu??

tapi nak wat cemana, kecit konet gigi sebatang tu la tetap menjadi pooooooooojaan haatikuuuuuuuuu..

meh meh sini meh tengok gambar dia lagi dan lagiiii..





dan ini aksi-aksi hindustan dia pegang tiang /dinding / pokok tapi pandang belakang. aku dah pesan jangan pandang blakang. karang haaaa. heheheh





adik aku ni pun sibuk nak bergambar sebenarnya tapi buat-buat amik anak aku jadi model sambilan tanpa gaji untuk dijadikan alasan bergambar..blerghh..




dan anak aku pun termakan janji-janji manismu untuk dijadikan model sambilan sambil pose muka-muka boring dia..

Monday, December 01, 2008

Sari Berita Penting..

Aku..
tengah tensi-tensi di opis..

Aku..
tengah keliru ajai nurul nak balik kampung atau tidak di haji raya yang bakal menjelang nanti..
keja banyak lorr..

Aku..
makin menggemari Big Apple seadanya..

Aku..
banyak jemputan kenduri kawen tapi sumanya jauh-jauh..*sigh mengenang nasib diri*

Aku..
merindui laki aku bagai mahu berguling-guling naik tangga turun tangga..

Aku..
mempunyai seorang princess yang baru sahaja tumbuh gigi pertamanya..tepuk tepuk!!!

Aku..
sedang sedaya upaya papaya menghabiskan bacaan blog supermeng..kejor yeop kejor!!!


Sekian warta berita disampaikan..

Friday, November 21, 2008

Wedding Anniversary Aku

selamat sejahtera teman-teman ku yang cantik rupawan. bak mi wantan. hi hi

hari rabu lepas adalah wedding anniversary aku yang ke 2. takda yang special terjadi pada hari tersebut. takda bunga-bunga ros mekar yang diberikan, takda dinner lilin yang dijalankan dan jauh sekali emas berlian permata nilam dihadiahkan kepada aku. tapi aku cam orite ja. cuma satu la, kitorang kan duk jauh, he promised me nak balik on friday (which is today) tapi hari rabu mlm tu dia dah tercongok depan pintu. kononnya nak buat surprise. dan aku memang tersurprised pun masa tu. hik hik. i guess that little things pun dah buat aku happy :)

sometimes aku jeles gak husband aku tak seromantika husband2 orang lain. bukannya aku nak sangat pun jambakan bunga seketol depan mata tapi ntah. kadang2 tu teringin la katakan. nama lagi pompuan. tapi dah nasib aku dapat husband yang jenis bukan spring - romantis dan once - dealova. bukan jenis yang meleret-leret jiwangnya. abih nak wat camno. sonyap yo lahh.

bebaru ni aku gi alor star hantar adik aku. mak aku n princess sasya pun ikut samo. masa dalam keta tu mak aku leh cakap "haa sya, nasib baik mama kamu amik cuti. bleh jalan2. kalau tak kita duduk rumah berdondang sayang" hahahaha. apo la mak aku ni. macam la aku tak penah bawak diorang jalan2. saja la tu nak suh aku bawak jalan jauh lagi dari alor star. hehehe.


ni gambar anak aku bergolek-golek dalam kereta





Monday, November 17, 2008

Beta Ingin Mengadu

Beta dengan rasa sakit hatinya ingin bertitah bahawa beta telah lupa sudah berapa banyak entry blog Supermeng yang telah beta khatam sejak awal tahun ini..





dan sekarang beta perlu go through setiap satu entry beliau untuk refresh memory beta kembali..





dan beta nak habaq yang beta saaaaaaaaaaaaaaaangat tak suka ni!!!!



sekian dulu...


beta hampir-hampir jadi begini but still with the clothes on...hak hak

Wednesday, November 12, 2008

Musim Kenduri Kendara

cuti sekolah dah nak start...dan dengan harap maklumnya bermulalah kisah cik kiah kawin, cik embun tunang dan seangkatan dengannya...

*teringat pulak time akak nak kawen doluuu...auuww....*


okeyyyy...cut the crap...saja la aku nak cerita yang kawan2 aku ni dah nak melangkah ke alam diikat oleh seseorang...ehhehe...suma pakat nak tunang nak kawin...yg sorang dah selamat..yg sorang ni, nak tunang hari ahad ni....setelah berzaman tok nadok mereka berchenta...akhirnya dah nak bertunang...kemungkinan next year nak kawin...ohhh..tidak dapat lagi aku beronggeng-ronggeng dengannya...


sila sedar diri, ayu....kamu tu mak budak...

salah ka mak budak beronggeng?? mak budak beronggeng bawak budak tauuuu...kelassss...




bila aku search "ronggeng", ini hasilnya..


then next month ada gak dua tiga orang yg nak kawen..depa ni member study aku dulu...adik aku pun bakal menjadi pengantin gak...mak aku layak dianugerahkan award Ibu Paling Kalut sekarang ni...dan aku lak dapat title Pembantu Ibu Paling Kalut...errr...bleh camtu??

sonang sungguh jadi orang laki ni...nak kawin pun mak yang settlekan cari brg hantaran gitu gini...nasib baik la ada aku sebagai kakak yang baik hati lagi ringan tulang untuk membantu..hampir every weekend kami keluar mencari perkakasan perkahwinan...
sibuknya macam haku lak nak kawin
....


dengan anak aku si kecit tu aku usung ke sana ke mari...kesiannnn dia..dah macam cokodok lagi...takpa Sasha...tolong orang dapat pahala...

hantaran-hantaran skang sungguh cantik gubahannya...bebaru ni aku ke A Tu Z...

err..saya pelanggan setianya..

staf2 indon dia tengah gubahkan hantaran untuk sorang customer ni...lawaaa...ala2 sangkar burung..ehh sangkar cinta...simple ja actually..takdak la berpagar ruyung bagai...but nice...kena plak dengan barang hantaran dia diletak siap dengan reben2 manik2...santekkk...kat kedai tu bermacam2 pilihan..nak lak kalau ada membership card, dapat 10% discount kawan-kawann...

nampak sangat aku selalu dok pi kedai tu...hahahah..

hurm..lantak la...janji sumanya tengah sibuk buat persiapan dan akan menjadi tunangan atau biningan orang bila sampai masanya nanti...dan aku tetap juga menulis blog sewaktu office hour dengan tanpa rasa bersalahnya sedangkan banyak keja yang masih setia menantiku...

sampai di sini dulu...akhir kata..renung-renungkan dan selamat beramal....

apakah...??


Farah, aku pinjam gambar..tak sabaq nak tgk pelamin anganku nanti..hikss


Monday, November 10, 2008

Kerisauan...

Selalu orang kata kalau anak kita demam, tu tandanya nak pandai buat sesuatu..betoi ka?

Dua minggu lepas Sasha demam + batuk + selsema = Merengek...

tapi dia merengek tahap yang masih boleh diterima la...blum lagi sampai ke tahap yang anda rasa akan meletus Perang Donia..

tapi kan lepas dia baik demam tu, mak aku nampak dia berdiri sendiri dengan mendaki bantal-bantal busuk yang menggunung di depan tv dalam sepintas lalu...tak lama pun dia berdiri tapi alhamdulillah Sasha dah melangkah satu tapak maju di hadapan...kanak-kanak Dumex la katakan..hua hua..

ni ada gambar dia lepas baik demam...




diharap agar pada hari-hari mendatang Sasha akan lebih pandai tanpa perlu demam lagi...Insyallah...

makcik risau tak hengat kalau dia demam...hik hik..

Inilah aku..

aku nak updateeeeeeeeeeee...tapi tak dannnnnnnnnnnnnnnnnn..


harap maklum...




Tuesday, October 21, 2008

:: Alesya ::


Sesiapa yang sedang mencari model bayi, sila berhubung dengan Mama saya..tenkiu..

Beraya-rayaan..

Alesya yang hampir-hampir bak cokodok...



lihat mukaku..tension kann...



anak sapa la muka garang sgt ni..



usaha menukarkan muka garang nampaknya berhasil..



ohh..nampaknya hasil usaha tersebut hanya untuk sementara...




Monday, October 20, 2008

Mekdonel...i'm Levin' it..

sejak masuk opis balik lepas cuti raya sampai la ke hari ni, jenuh pulak aku memikior benda alah apa aku nak tulih kat sini...nak update menda ni pun terkedek-kedek...

tp di opis bukannya beta bergoyang kaki tangan ketiak segala...dengan bapak seminar beserta pameran telah kami jayakan secara maju jayanya...terkejar ke sana ke mari bak itik pulang petang...quack! quack!

nak cerita pasal kejadian di hari raya pun cam dah tak berapa hengat...bleh tak???? hehe...
aku malas la nak bayangkan kembali betapa meriah meroyah nya raya aku bersama Syasya dan Suami pada tahun ini...

kesian otak aku terpaksa bekerja keras membanting tulang tauuu..

raya hari tu cam okey2 saja...ziarah-menziarahi rumah sanak saudara hingga ke larut malam..baju raya yg cun di pagi raya pun dah macam baju kedah dengan kain batik setelah pulang beraya..

muka pun dah macam cokodok...Syasya lak cam baby cokodok..hehehehe...

tapi cokodok2 pun, dia la yang paling seronok menerima duit raya...bila org nak bagi, pandai pulak dia amik...musti dalam pemikiran org yang memberi tu berkata...

"ni mesti mak dia ajaq siap2 suh sua tangan"....

aku tak bersalahh...huhuhu

kelmarin lak kami menghadiri birthday party yasmin dania...bleh dikatakan cam anak saudara aku gak la..aku nak crita dia nya rantaian salasilah keluarga pun cam tak berapa nak rantai...so cincin jer la...(sila menyampah kat aku..)

partynya di mcD Greenlane (ehem2..kepada sesiapa yang terasa teringat terbayang dengan kisah silam..harap fokuskan diri kembali ke blog saya..) agak best jugak la buat birthday party kanak2 ria di situ..bagi yang malas memasak dan mengemas rumah setelah party tamat, kira okey la..aku pun cam terpikior nak bouat birthday Syasya di situ..tapi bukan di Greenlane kot..kang ada lak hamba Allah tu tak menghadirkan diri lalu Syasya pun kekurangan satu hadiah...hahahaaaaaaaaaaa...

sekian wasalamm..

Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri 2008


Di kesempatan ini, aku nak mohon ampun dan maaf kepada semuaaaaaaaaaaaaa orang yang baca blog ni...untuk kawan-kawan skolah aku, kawan-kawan time study dulu dan kawan-kawan seopis ngan aku...Selamat Hari Raya Aidilfitri...semoga kehadiran aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran..have a very happy raya!!

Thursday, September 11, 2008

Happy Birthday Syasya

anak i dah 7 bulan hari ni...sat ja kan...dia pun dah start nak merangkak..ligat ya amat...kalau dah bleh berjalan nanti aku taktau la...kena daftarkan diri untuk latihan olahraga mengejar anak la jawabnya...

tiap bulan aku wish happy birthday kat alesya...sampai abah dia pun kata "org birthday setahun sekali, dia tiap2 bulan..." huhuhuhu...bukan apa..jeles le tu..kan nek kann kann...

one more thing..lupa nak wish sebelum ni, selamat berpuasa..selamat bershopping baju raya, tudung raya, kuih raya, kasut raya, handbag raya, baju raya anak dan jangan lupa duit raya anak aku...ngeeeee

Friday, August 29, 2008

Berdegup Jantungku

berdegup jantungku menantikan saat tibanya pak lah membacakan teks pembentangan Bajet 2009....hehehehe...jangan mare...kunun suspennn..

Thursday, August 28, 2008

Monday, August 18, 2008

Aku Berlagak


aku ada keja tp berlagak mak nenek takmau buat...jadi ku selitkan gambar meja bekerja ku yang tak seberapa indah ini...tengok la..harap frame ja lawa..gambaq pun tarak..kuang3

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

tak semena-mena ja tajuk jadi lagu tu...

bleh tak kalau aku update blog aku ni dlm point form...ala2 time study dulu...kind of short, simple, sweet, malas dan menjimatkan masa..hueheu...banyak benda yg nak story mory ekculi...

ermm..first of all, masa birthday laki aku bebaru ni which was actually on the 8th of August 2008, aku dengan rasa tak bersalahnya nak bagitau yang until now aku masih belum belikan any present for him...kuang54...syabasss bete!!! hak hak...kalau husband org lain, mau bagi ayat ejekan kurang2 6 lori balak...tp laki aku wat diam ja...apakah dia pun tak kisah? ataupun dia tunggu time ja nak camdek aku? huhuu..takpa abg..nanti i beli hadiah kat u naaa...jangan risau..paling lambat pun tahun depan punya birthday i bagi...mesti dia jawab "ampehh punya bini"....dan di ruangan ini juga saya berbesar hati untuk menerima sebarang suggestion hadiah untuk diberikan kepada kaum suami..tima kasih

second thing is..Alesya dah 6 bulan...sronot mama!! dia dah pandai guling2..dah nak try merangkak..dah pandai mengutip segala mak nenek bahan yg berada di atas lantai..dah pandai buat muka kesian mintak tokwan dia bwk jalan2 petang2..dah pandai menarik ibu jari kakinya lalu terus masuk ke dalam mulut...erkkk no komen...haduiii..tak sabaq nak tengok dia merangkak, berjalan, bercakap lalu berdebate dengan aku on every little things...grow up fast syasya! go go caiyok...
(bleh tak???)

member aku sorang ni nak dirisik this coming saturday...aku pun cam ala2 profesional nasional mengofferkan diri nak tolong buat bekas hantaran..dah siap dah tp taktau la dia berkenan ke tak..rasa aku cam okey ja..tapi kalau dia kata tak berkenan, mau ja aku letak ganti dengan tin biskut butter cookies tu..okey la tu kan..hehehe...jangan mara farah..selamat berisik-risikan..

lagi 2 minggu nak puasa dah...excited pun ada...nak riang ria raya bersama alesya dan juga abahnya...agak2 nanti anak i dapat tak duit raya? aku saja mengwar2kan dlm blog siap2 so that everyone take note ye..hahahaha..

dah la labuuu...nanti bila aku rasa aku dah takdak arah sewaktu di opis, akan ku update dengan berita terkini lagi sensasi...tata titiiii...


tak semena-mena ada gambaq ni.. hurmm??

Saturday, July 12, 2008

5 months old Alesya

dah lama aku tak merapu merapit kan...takda menda sgt nak story mory...just that i might be going to Langkawi next week...atas urusan kerja...tapi going together with my hubby..sapa lagi yg nak temankan aku kan..so bleh dikatakan atas urusan kerja disertakan dengan honeymoon...
muahahahaha...jangan selessss...

by the way..to our baby..Happy Birthday dear...
walaupun Sasya still dunno how to use the internet...
nanti dah besar, u can read my blog aaa...hehe...muahh to u..



smile that melts my heart..ahhh




these pics were taken right on her 5 mths old b-day..

Alesya

she stole my heart...





Thursday, July 03, 2008

Alesya 4 Months +




lihat belakangku..cantik kan..hehehe


chakk!!

Sasya with Makcik & Wak




P/S : muka Sasya blur pasal dia mengantuk..tenkiu..