baikkkk punya aku edit gambar raya (al-maklum la banyaksss gambarss)..aku rasa sejak masuk opis lepas cuti raya hari tu, aku keja kuat gila. like, hari-hari ot..kadang tu weekend pun masuk opis. tak abis-abis, lepas satu-satu..tak enjoy hidup langsung. sampai la hari aku pegi langkawi tu baruuu betul2 aku cuti. itupunnn jenuh nak approve cuti wehh. macam nak melepaskan aku ke somalia jer gaya bos aku tu. dia approve pun pasal aku bagitau aku dah lama beli tiket dari bulan 2, kalau tidak sadaqallaaahhhhh laa jawabnya..
okeh dah abis sesi meluahkan isi hati..skang ni oleh kerana dah penat aku edit, maka akan ku upload lah jugak gambar2 raya.. tengoklah sampai muntah.. sebab gambar dah basi, sekian..
baju raya dia paling sakan. ready made punya pasal.nak tunggu aku jahit manik keliling leher baju dia???
kem salamm. nak masuk benang ke jarum pun entah bila.
di kubur arwah opah (mak kpd abah aku). ikutkan masa ni, tak silap aku baru sebulan lebih arwah pergi. hari arwah meninggal sampai la siap dikebumi, abah aku sikit tak nangis. sebab arwah mmg dah lama sakit so kitorang mmg dah expect. bila ziarah kubur dia, mungkin rasa sebak tu datang. mak aku ckp lama jugak la abah nangis kat kubur tu. dia rindu agaknya.al-fatihah untuk arwah.
gigih diorang siapkan tempat bbq. nasib baik aku tak gigih sama. sebab pukul 9mlm cousins semua start datang, aku dah terbongkang tido dengan alesya dalam bilik. mau nyer tak pukul 5 pagi dah bangun. kambing ke mana, bbq ke mana, tido lagi sedap.
beraya umah mak angkat. yg si kurus ni salah sorang cucu dia. budak ni umur 7 thn mak dia dah kasi rebonding. kelas kau. and dia sangat fluent speaking london (read : ckp omputeh). sampai terbabas-babas jugak la aku nak menjawab balik. umur dia 5 tahun baru dia reti ckp melayu, tu pun buruk beno bunyiknya. hahaha. tapi skang dah ok dah. bukannya sebab dia duduk oversea or what so ever (kannnn aku pun dah ckp omputeh) tapi dah mmg mak bapak dia communicate in english. bagus betul la. plus, dia sangat suka bercerita. kau start ajak dia sembang, siappp. ada ja benda dia nak story. tapi yg best2, bukan merapu2. dia jenis ramah macam mak dia.
ni time aku balik umah mak mertua. petang boring2 pegi jalan tepi tasik. yg dgn alesya tu adik ipar aku. tak lama lagi nak jadi bini org :P
ni hari ahad last day cuti raya. pegi kenduri kawen.masa ni singgah masjid negeri. ada pulak playground kan, kena la lepas hajat kejap.


dah besar dah baby masam ni. tahun depan dah masuk 4 tahun.banyak dah soalan "bila alesya nak dapat adik ni?" aku dapat.
rezeki belum sampai lagi. kita usaha, Allah tentukan kan kan kan.
budak-budak zaman sekarang..ish ish ish
padahal mak dia yang pakaikan. bluek!
padahal mak dia yang pakaikan. bluek!









wohhhhhh kenapa kakak menyelitkan gambar saya di situ?? adoii haiii... huhu :p
ReplyDeletedon't worry. takda org baca pun. haha
ReplyDelete