Serious aku cakap. aku dah tak happy dan tak excited nak masuk kereta pagi-pagi untuk pergi keja. kalau tidak, pukul 6.50 SHARP! aku dah terpacak kat pintu umah dah get ready nak turun. sebabnya tak nak miss dengar Sawancara kat Era. sedey sangat wey. tu la my daily morning dose. benda yg bagi aku excited nak pegi keja. now everything's gone.
aku dapat tau dia meninggal pun mak aku yang bagitau. masa tu kami satu family kat ipoh. husband aku jer tak ikut. pagi jumaat tu nak pegi kl. on the way dalam keta tu aku bleh menung. macam mana la lepas ni tiap-tiap pagi aku takkan dengar lagi lawak-lawak dia. and to tell you the truth. aku nangis okkk dlm keta tu. nih pirst time aku nangis pasal artis. sebab aku rasa dia pergi dalam waktu yang dia tengah naik. dalam waktu yang dia sangat disenangi semua orang.
aku cakap kau, aku tengok Raja Lawak tu bukan nak tengok contestant dia. tapi sebab aku nak tengok juri-juri dia. memang nampak perubahan sejak kes ada orang tegur arwah bagi komen melampau. sejak lepas tu, dia berubah jadi juri yang sangat bersopan-santun. which agak tak best sebab that wasn't really him. bagus la dia nak ubah diri nak jaga percakapan. tapi tolonglah people, that was the real him. terima jer la. aku bet kata-kata dia bukannya dia niat sangat pun.
now dia dah takda, rasa sunyi pagi-pagi aku. dah takda lawak jenaka dia menemani aku drive pegi keja. even kalau husband aku yang hantar pegi keja pun, aku paksa gak dia hantar aku cepat sebab tak nak miss dengar diorang kat radio. yang aku rindu sangat bila arwah akan selalu mengusik si aznil, dengan lawak merepek dia tu dan usually aznil akan balas "suuuudaa laahh. merepek jer". aznil akan ketawa at every single silly jokes yang arwah buat. haihh so sad. dah takda dah suma tu..
:(
masa on the way nak balik dari kl, husband aku sempat nih sms. "I dok baca kat metro, ruangan paknil crita pasal din beramboi. klau u baca mesti u nangis" wahhh laki aku sentimental okkk..
tapi terussssss dan-dan tu aku suh bapak aku berhenti RnR sebab nak beli metro. tak sabar ni nak baca. sudahnya kat RnR Tapah takda, stesen minyak ada dekat 3 bijik stesen kot kami berhenti, semua takda. last2 sampai penang gak yang beli. sampai umah campak segala mak nenek, zuuppp atas katil (nak amik mood nak nangis) terus baca paper. bagi sapa-sapa yang belum berkesempatan nak baca, sila scroll di bawah..
Din, siap nak bawa sarapan?
Din sering bertanya sama ada Paknil akan berpuasa pada keesokan harinya kerana dia sentiasa nak bawa sarapan pagi untuk Paknil. Bila Paknil tak puasa, pasti ada satu bekas penuh kuih lopes yang dibawanya dari rumah.
Dia cakap, orang tua macam Paknil memang suka makan kuih ‘old school’! Dia kata orang muda macam dia cuma makan sandwich dan chicken pie!
Paknil sering usik Din dengan perkataan ‘Cur Cur Mak’. Kalau nak tahu, sebelum masuk konti radio awal pagi, selalunya Din kata, dia tak mahu sarapan sangat sebab nak diet tapi Paknil kata: “Sudahlah! Mesti dah Cur Cur Mak sebelum ini.”
Din sebenarnya mesti singgah di kedai mamak berdekatan Astro sebelum mulakan pagi untuk makan. Cur Cur Mak tu maknanya Curi Curi Makan!
Din, kenapa biar aku buat kerja seorang sekarang?
Pernah ada satu ketika Din terlewat ke konti radio sebab terlewat bangun. Bayangkan dia pecut kereta dari rumahnya di Rawang ke Astro dan sempat juga mendengar Paknil ke udara seorang diri di Riuh Pagi Era.
Sampai di studio, dia tahu Paknil bengang ketika itu tapi dia cakap dia sedih bila dengar Paknil kerja ‘sorang’ sebab dia kata macam tak meriah di udara. Jadi dia minta maaf sangat sebab terlewat dan berjanji untuk tidak lewat lagi selepas itu.
Sememangnya Din tidak pernah lewat lagi, malah kerap pula dia tiba lebih awal daripada Paknil.
Din, sekarang kau dah tak ada. Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan? Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini.
Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi!
Din, pilih tempatlah untuk melawak!
Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Paknil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.
Din yang ada di depan Paknil ketika itu ketawa melihat Paknil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak, sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.
Paknil tegur dia: “Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?” Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya: “Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.”
Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis.
Sekarang dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.
Din, kau nak cuti panjang kan?
Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga.
Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.”
Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.
Din Mr Sengal?
Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik.
Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi.
Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya.
Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal.
Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.
Din, kau nak cuti panjang kan?
Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga.
Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.”
Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.
Din Mr Sengal?
Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik.
Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi.
Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya.
Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal.
Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.
Suka hantar SMS yang mengarut
Paknil memang tidak suka ber‘SMS’ dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila dia tidak ada di Era lagi? Din jawab: “Sebab dia tak tahu nak komen apa untuk Alex yang memang best!”
Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.”
Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil?
“Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”
Din, aku rindukan engkau
Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya (kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe).
Paknil pun tak tahu apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.
Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!
aku menangis lagi masa baca artikel tu. memang lepas pemergian arwah Din Beramboi, pagi aku dah tak macam dulu lagi..semoga rohnya ditempatkan di kalangan yang beriman, amin..
No comments:
Post a Comment