Friday, November 20, 2009

Macam kan dah setahun tak makan tengahari

Jumaat lepas ada jamuan puspanita suk (akak baru setahun jagung menjadi ahli ok). kelab ni which aku syok-syok join sebab dah takda menda berpekdah lain yang boleh join, dengan rasminya dibubarkan sebab hanya nak focus on puspanita negeri. buat apa kelab banyak-banyak kan. duit pun tak ramai nak bayar yuran. so dek kerana pembubarannya itu, kami ni dijemputlah untuk menjamu selera iaitu lunch buffet di Traders hotel. dekat sajo. dari opis jalan kaki kedek-kedek dah sampai.

dalam kol 12 tu kami pun pegi la. seronok uolls. dah lama tak makan best2. atau lebih tepat lagi, dah lama tak makan kat hotel. wahaha. yer la. nak harap sesaja ko nak tabur duit gi bayar buffet lunch kat hotel, berjanggut la rasanya. baik sedekah anak yatim yer dak. nih dah orang panggil makan free, sapa taknak dek nonn. tak banyak gambar aku snap. takut kang orang kata ko ni nak makan ke nak pose-pose menarik jer kat meja makan. sentap ai kang tauu.






ni bendalah ikan dengan sotong grill. very the yummmmmyy.
aku gi amik 2 round okkkkk. dasar muka tak malu.



tengok aku atur desert satu persatu atas pinggan.
nampak sangat jakun. wahahahha. wut the heck.



ini merupakan caramel puding yg sgt sedap ok.



ini adalah cookies n cream ice cream.
choc chips tu aku tabur like nothing else matter gitu.



ni semua merupakan para ibu yang kekenyangan.
yang 2 dari kanan tu sedang memboyot. melompat2 baby dlm perut dpt makan best2.


yg baju pink tu adalah salah seorang boss yg sangat happening.
kalau duduk dengan kami, dia lupa yang dia sebenarnya seorang boss. haha.



haaa..ni souvenir yang kami dapat konon sbg kenang-kenangan.
a bracelet..


and a brooch. yippie!





Photobucket

No comments:

Post a Comment