Wednesday, May 30, 2007

I Say A Little Prayer For You



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku..
Tercipta untukku…Satukanlah hatinya dan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkan dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja merah..
Agar ku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersamanya..

Ya Allah Yang Tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Walaupun tanpa bersamanya..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarkanlah rintihan daripada hambaMu yang daif ini..
Janganlah Engkau biar daku sendirian.
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjurus aku kea rah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina..
Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakan padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..
Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin..


:: Nuridayu Halili ::

No comments:

Post a Comment