
Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).
5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).
Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:
1. Memperolehi selawat dari Allah.
2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
4. Menghapuskan dosa.
5. Mendapat pertolongan
6. Tercapai keperluan hidup.
7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
8. Memperolehi nur zahir dan batin.
9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.





left to right :
sorry gambar kiri agak kurang terserlah.
semua menatang alesya sebut kat atas train tu. orang depan dah kalih-kalih belakang dah tengok kami. dia ingat apa ke hal pulak train ni ada tour guide plak ni.
menangis laki aku bila aku tunjuk gambar kanan tu kat dia.
Dialog kebiasaan sebelum tidur..
Alesya : mama..best kan penguin? Umah die cantik kann.
budak ni kena pingu fever sejak balik langkawi..Alesya : best mama penguin tu. comey kan. bla bla bla bla bla bla..
Tetiba keluar ayat...
Alesya : esok pi langkawi ye?!!
tone ayat konpiden gila langkawi tu depan mata esok jugak aku bleh bawak dia masuk underwater world.. ni baru nak masuk pat tahun dah pandai ajak mengulang langkawi segala. Sok-sok kalau patblas tahun dia ajak aku pusing europe mau menggagau aku nak cekau duit kat mana?????
(hurmm.. dalam banyak-banyak tempat.. hahahahaha)
Kuuu semangat budak2 zaman sekarang. Aku dulu jangankan dapat naik kapal terbang. dapat dibawak pegi airport tengok kapal terbang pun dah besar rahmat!
no camera plis...
ada bagusnya jugak budak ni penakut. dia diam jer masa masuk gas tu sebab takut. hehehe. balik umah dapat ubat batuk, ubat penat, antibiotik. jenuh makan ubat.
dah abis crita anak aku, masuk crita bertunang.
ni yang bertunang.
okey mari pikir nak order apa..
kali ni aku tak order cendol sebab selsema. aku minum milo panas. alesya air suam. laki aku opkos cendoi takmau puluit. tengok masing2 mengadap kedai, mana laaaaa mee rebuih aku tak sampai2 lagi ni.
sebenarnya dia tengah geram (konon) kan aku amik gambar dia kot hp aku. tengok muka yg paling kanan skali. terus dia capai camera dia amik gambar. sambil kata "oooo amik gambar ye. amik gambar ye".. cehhh konon aku takut la???
dah sampai SP. takda gi mana. masuk village mall yg entah apa2 tu. jalan-jalan pusing-pusing. turun bawah ada secret recipe apa lagi dongg.. mari kita ngapp.. aku try creme brule cheese yang baru tu. gambar laki aku tengah makan tu. ohhh sedaaaap! biasa la cheesecake apa yang tak sedap kan?
Huih sakan okey aku pum pang pum pang kat dapur. Nak buat marble cheese brownies katanya.. niat di hati nak bawak ke opis bg rakyat sana makan. Almaklum la dah lama tak membawak juadah. sekali kala kan..
Nasib baik jadi okeyy. Rupa tu ada. Alhamdulillah lebih cantik hasilnya dari yg aku buat sebelum2 ni. Prektis make perfect uols. Dan rasanya pulak, mak aku yg feeling2 juri masterchef tu kata 'okey bagus.ada rasa'..
Dah ler nah layan gambar. Aku mau tidur..