Tuesday, December 20, 2011

Al-Fatihah

Anak ex-collegue telah kembali ke rahmatullah baru sekejap td.arwah baru berusia 2 tahun. aku tak sure what really happened cuma yg kami satu opis tau,arwah terjatuh dan mengalami pendarahan kat kepala.koma sejak operate.

Ya allah.Kau tabahkanlah hati ibunya Ya Allah.. Amin

Al-Fatihah..
Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, December 05, 2011

An evening in Taiping..

last weekend (kira bagus dari aku sebut last month haha) kitorang pegi taiping. pagi sabtu tu baru mak aku bagitau ada kenduri kawan lama dia masa keja kat kl dulu.. mak aku tanya nak ikut tak. aku pun jom ajer..

bila sebut taiping.. dalam hati pikir, bagus jugak pegi ni. bleh singgah zoo taiping bawak alesya. dah lepas pegi kenduri, perut dah kenyang apa lagi. let's go the zoo, there's a lot of things to do..la la la la la la.. ingat tak lagu KFC tu? kalau ingat, sama la kita dah tua rupanya.. hahaha



dalam kereta. aku tengok alesya dah macam budak besar dah.
sob sob.. dah besar anak mama.. sob sob..






beli tiket dulu.
budak tu dah terloncat-loncat ajak masuk.



left to right :
left = muka happy naik train tapi belum gerak
middle = tarak pa pa
right = start cuak sebab train dah gerak



ladang rimaunya..!



sorry gambar kiri agak kurang terserlah.
tapi ku hadiahkan nahh gambar kanan tersergam indah.
rilek gila mamat ni. agak penat sangat baru balik jadi bentara kot.



semua menatang alesya sebut kat atas train tu. orang depan dah kalih-kalih belakang dah tengok kami. dia ingat apa ke hal pulak train ni ada tour guide plak ni.

dia sebut "a girrafe!".. "zibewaaa!"



macam biasa. enteprem itu harus.
kelas kann pegi zoo pakai baju kurung??!!






kalau ye pun, tunggu malam sket takbleh?? budak ramai ni!



opah sound, "dah jom balik!"



"kejap la opah"



menangis laki aku bila aku tunjuk gambar kanan tu kat dia.
dia kata "dah lama i berangan nak pegi situ"



ya rabbi, takda ke tempat lain kot ye pun?

muahaha



Photobucket

Wednesday, November 30, 2011

Siri bercakap dengan Alesya

Dialog kebiasaan sebelum tidur..


Alesya : mama..best kan penguin? Umah die cantik kann.

budak ni kena pingu fever sejak balik langkawi..


Mama : ha'a cantik kan..ramai kan penguin tu..

BM lingkup. binatang pun ramai kah. belasah!

Alesya : best mama penguin tu. comey kan. bla bla bla bla bla bla..


Tetiba keluar ayat...

Alesya : esok pi langkawi ye?!!


tone ayat konpiden gila langkawi tu depan mata esok jugak aku bleh bawak dia masuk underwater world.. ni baru nak masuk pat tahun dah pandai ajak mengulang langkawi segala. Sok-sok kalau patblas tahun dia ajak aku pusing europe mau menggagau aku nak cekau duit kat mana?????

(hurmm.. dalam banyak-banyak tempat.. hahahahaha)


Kuuu semangat budak2 zaman sekarang. Aku dulu jangankan dapat naik kapal terbang. dapat dibawak pegi airport tengok kapal terbang pun dah besar rahmat!




no camera plis...


Photobucket

Wednesday, November 23, 2011

Bukan rezeki kita..

Ingat lagi entry pasal aku story adik ipar aku bertunang? Then aku mention jugak yang kakak kepada yang bertunang tu pulak akan bertunang very soon. cadangnya bulan depan. tak lama, dalam 2-3 minggu lagi. nikah plak plan bulan 1 nanti nak buat sekali.

Tapi takdir tuhan, siapa boleh menduga. siapa boleh menghalang?

Pagi tadi kol 11 masa aku kat opis, kakaknya texted me. dia cakap bakal tunangnya dah takda. bakal tunangnya pegi dijemput Ilahi awal pagi tadi. arwah ada asthma dan heart complication. nauzubillah. dalam sekelip mata saja. baru minggu lepas aku balik kampung dan kebetulan arwah pun ada kat sana untuk majlis pertunangan tu. it was the first and the last time. masa kat sana pun, aku tengok dia banyak termenung. duduk kat meja makan pun termenung. ingatkan arwah memang jenis pendiam. tapi tu la. kita tak dapat duga kan..

untuk adik ipar, semoga kesabaran menemanimu saat ni. mungkin bukan rezeki. mungkin ada hikmah yang lebih baik sedang menanti. yang pasti, sentiasalah berdoa untuknya. semoga dia tenang di sana dan di dalam rahmat Allah.. Al-fatihah


Photobucket

Sunday, November 20, 2011

Mood kurang berhemah..

Jumaat lepas anniversary aku ngan En. Muhd yang ke 5 tahun. tadi pegi kenduri kawen. tengah sedap makan, pengantin sampai berjalan masuk dewan. terusssssssss teringat time aku kawen dulu. entah apa-apa entah.

tu jer nak crita. hahaha panggggg sedas.



dan terimalahhhhh...




gambar pengantin baru-lima-tahun!





peace!

mood tak elok hari ni.

oven rosak kek masak separuh jalan.
carut kat oven!

esok nak buat provisional test dgn user tapi sistem haram tak siap lagi.
carut carut carut vendor bedebah!

sistem buat sendiri pun haram tak siap jugak. final test coming very soon.
carut carut carut diri sendiri!

bila la aku nak cuti 3 bulan?
nak mengandung lagi! nak cutiiiiii!
takmo carut sesapa *sobs*


Photobucket

Thursday, November 17, 2011

Cerita orang sakit, orang tunang, orang mentekedarah..

Minggu lepas alesya selsema. lepas dah baik selsema, batuk pulak. batuk punya la banyak kahak sampai lelah-lelah. aku ni dah siap la pakai baju nak pegi opis. En. Muhd hantar pulak pagi tu terus budak ni mengamuk nak ikut. masa dia bangun tu tak nampak yg dia ni macam penat. elok dah masuk kereta tu bukan main pulak nafas dia laju. aku bgtau En. Muhd patah balik umah la, aku amik emergency leave. takut pulak lagi melarat kalau dibiarkan.

dah balik umah dah breakfast, keluar balik pegi child specialist clinic dekat2 umah ni. check demam takda. doctor pulak tanya budak ni ada asthma ke apa ke.. dahhhh lain muka aku. huhuhu. dia check2 lagi, dia kata kahak banyak sgt ni.. kalau biar, takut radang paru-paru. dahhhhhhhhhhh muka aku lagi yg pucat. laki aku terusss tengok muka aku, aku kerut dahi. pastu bleh plak dia buat geleng2 kepala (read : jgn caya sgt!).. aku bukan boleh.. anak demam pun aku dah nanges2. susah hati betul dibuatnya. last-last doctor tu decide nak masuk gas. tak penah ni seumur hidup, tapi dah kalau itu could help, aku hangguk jer la.


ada bagusnya jugak budak ni penakut. dia diam jer masa masuk gas tu sebab takut. hehehe. balik umah dapat ubat batuk, ubat penat, antibiotik. jenuh makan ubat.

khamis malam tu aku balik kampung. adik En. Muhd bertunang. sampai-sampai jer mak mertua aku kata, "ni penat, batuk ni awat tak bagi makan madu?" aku cakap En. Muhd tak bagi makan dulu takut lawan dengan ubat. padahal pagi tu aku dah call suruh dia bagi madu kat alesya sebab kebanyakan petua yg aku gugle, suruh makan madu asli. baekkk punya laki aku kena tazkirah dengan mak dia terus dia buat2 pekak masuk dapur cari madu. nasib baik ada. dan alhamdulillah lepas 3 hari, nampak sgt kesannya. mungkin dengan ubat tu sama. tapi worth a try kan.



dah abis crita anak aku, masuk crita bertunang.
tengok la sapa yang sibuk mula2 enteprem dulu.
aku suruh alesya pose sorang2 kat pelamin, dia bleh jawab, "maluuu la mama"
terkujat aku dengar statement dia!



ni yang bertunang.
yang kakaknya coming soon.
kenduri kawin mungkin buat sekali nanti.
aku kena buat baju banyak ni!


esoknya kami pegi jalan-jalan. nak bagi sedap bunyi sebut la jalan-jalan. kalau sebut "esoknya kami pegi SP".. macam, alahaiii apa benda la kau cari kat SP nun.. abih tu yang dekat kan. sebelum sampai SP, harus la singgah kat kedai feveret. hohh tiap kali balik tak penah miss wooohh.. singgah kedai Cen Cendol Pulut. specialty dia adalah cendol la kan. bleh taruk pulut atau tak. dan ais kacang tapi aku tak penah try ais kacang dia. makanan pun ada banyak yg best. bihun sup, laksa, nasik ayam dan paaaaaaling best adalah mee rebus dia. pergghhh gila sedap. aku baru try lantas jatuh chenta. laki aku la yg promote. rasainn dah promote tu sila singgah tiap kali lalu kedai tu yer.


okey mari pikir nak order apa..



konon tengah pikir nak makan apa. padahal nasik ayam jer la slalu dia makan pun.



kali ni aku tak order cendol sebab selsema. aku minum milo panas. alesya air suam. laki aku opkos cendoi takmau puluit. tengok masing2 mengadap kedai, mana laaaaa mee rebuih aku tak sampai2 lagi ni.


tu dia.. sampai dah mee rebus!
cendol laki aku punya



dah abih makan. perut kenyang suka hati.




sebenarnya dia tengah geram (konon) kan aku amik gambar dia kot hp aku. tengok muka yg paling kanan skali. terus dia capai camera dia amik gambar. sambil kata "oooo amik gambar ye. amik gambar ye".. cehhh konon aku takut la???



dah sampai SP. takda gi mana. masuk village mall yg entah apa2 tu. jalan-jalan pusing-pusing. turun bawah ada secret recipe apa lagi dongg.. mari kita ngapp.. aku try creme brule cheese yang baru tu. gambar laki aku tengah makan tu. ohhh sedaaaap! biasa la cheesecake apa yang tak sedap kan?





that's it. sekian crita mentekedarah. dah puas jalan, balik umah la apa lagi.
bye!


Photobucket

Wednesday, November 09, 2011

Brownies katanya..

Huih sakan okey aku pum pang pum pang kat dapur. Nak buat marble cheese brownies katanya.. niat di hati nak bawak ke opis bg rakyat sana makan. Almaklum la dah lama tak membawak juadah. sekali kala kan..


Nasib baik jadi okeyy. Rupa tu ada. Alhamdulillah lebih cantik hasilnya dari yg aku buat sebelum2 ni. Prektis make perfect uols. Dan rasanya pulak, mak aku yg feeling2 juri masterchef tu kata 'okey bagus.ada rasa'..


Dah ler nah layan gambar. Aku mau tidur..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 06, 2011

Langkawi Part III

okey aku lupa nak cerita malam hari kedua kat langkawi tu, kami pegi makan kat EE Burger. kat forum memang ramai yang recommend kedai ni. banyak jugak choice tapi specialty kat sini ialah western food. aku saja suruh En. Muhd tanya member dia kat sini, kat mana nak makan western food yang sedap. dia pun suggest sini. tempat ni memang betul-betul belakang hotel Bella Vista. dia macam food court ataupun astaka. agak tersorok sikit kedai dia memang kena cari betul-betul. alhamdulillah jumpa.


actually ni gambar ehsan pakcik gugle. aku lupa tertinggal camera dlm kereta. eksaited punya pasal sebab dah jumpa kedai. tengok menu dia. sempoi kan dalam frame. kat situ aku makan grilled chicken, laki aku makan chicken chop. mak aku order nasik lemak (memang sedap!). pastu siap tapau hawaian pizza dan burger masing2. hahaha. gila mentekedarah. tapi memang sedap semua makanan dia. memang rasa rugi sebab tak cari kedai ni the night before. no wonder la semua pakat recommend tempat dia. kalau next year turun langkawi lagi, konfem aku pegi makan sini lagi.


ni masa dah nak ke airport langkawi. nak balik penang dah. sobss!










suka dia jumpa anak si mr bean ni. nasib baik dia tak hentak kaki mintak aku belikan. pandaiii anak mama.. muah muah..


eh eh.. lagi??
(hahaha dengki gila)


ada mak arab berkenan kat budak ni, lantas dapat kit kat seketoi.
macam tau2 dia suka kit kat.


tolong buat promo selalu plis!


bukan atebang belah kiri yer. tapi atebang belah kanan.


selamat jalan romeo!


takmau balik!




pi satu troli. balik 2 troli.
:P


ni haa list order bebudak ofis aku. nasib baik aku potong kertas tu. aku cakap "ha tulis2, kalau tak kang aku lupa" sekali aku datang balik, tengok dah penuh list. bukan main lagi pass baton korang yerr. siap dalam HIG tu aku tick mana yg dah beli. takut ada yang tertinggal..haha.




coklat aku beli. coklat bebudak ofis tak sompek nak snap.
dlm banyak2, hershey's cookies n cream tu jugak la bertakhta di hati. my all-time favourite. menyesal beli 1 pack. sobssssssss!!!




ni mak aku punya. sekali sebat 2 bijik. aku beli kat mak mertua aku sebijik. makcik aku pesan sebijik. semua ompek bijik!!



settle!!

balik penang puasa masing-masing. poket dah kering la katakan..


Photobucket