Wednesday, November 30, 2011

Siri bercakap dengan Alesya

Dialog kebiasaan sebelum tidur..


Alesya : mama..best kan penguin? Umah die cantik kann.

budak ni kena pingu fever sejak balik langkawi..


Mama : ha'a cantik kan..ramai kan penguin tu..

BM lingkup. binatang pun ramai kah. belasah!

Alesya : best mama penguin tu. comey kan. bla bla bla bla bla bla..


Tetiba keluar ayat...

Alesya : esok pi langkawi ye?!!


tone ayat konpiden gila langkawi tu depan mata esok jugak aku bleh bawak dia masuk underwater world.. ni baru nak masuk pat tahun dah pandai ajak mengulang langkawi segala. Sok-sok kalau patblas tahun dia ajak aku pusing europe mau menggagau aku nak cekau duit kat mana?????

(hurmm.. dalam banyak-banyak tempat.. hahahahaha)


Kuuu semangat budak2 zaman sekarang. Aku dulu jangankan dapat naik kapal terbang. dapat dibawak pegi airport tengok kapal terbang pun dah besar rahmat!




no camera plis...


Photobucket

Wednesday, November 23, 2011

Bukan rezeki kita..

Ingat lagi entry pasal aku story adik ipar aku bertunang? Then aku mention jugak yang kakak kepada yang bertunang tu pulak akan bertunang very soon. cadangnya bulan depan. tak lama, dalam 2-3 minggu lagi. nikah plak plan bulan 1 nanti nak buat sekali.

Tapi takdir tuhan, siapa boleh menduga. siapa boleh menghalang?

Pagi tadi kol 11 masa aku kat opis, kakaknya texted me. dia cakap bakal tunangnya dah takda. bakal tunangnya pegi dijemput Ilahi awal pagi tadi. arwah ada asthma dan heart complication. nauzubillah. dalam sekelip mata saja. baru minggu lepas aku balik kampung dan kebetulan arwah pun ada kat sana untuk majlis pertunangan tu. it was the first and the last time. masa kat sana pun, aku tengok dia banyak termenung. duduk kat meja makan pun termenung. ingatkan arwah memang jenis pendiam. tapi tu la. kita tak dapat duga kan..

untuk adik ipar, semoga kesabaran menemanimu saat ni. mungkin bukan rezeki. mungkin ada hikmah yang lebih baik sedang menanti. yang pasti, sentiasalah berdoa untuknya. semoga dia tenang di sana dan di dalam rahmat Allah.. Al-fatihah


Photobucket

Sunday, November 20, 2011

Mood kurang berhemah..

Jumaat lepas anniversary aku ngan En. Muhd yang ke 5 tahun. tadi pegi kenduri kawen. tengah sedap makan, pengantin sampai berjalan masuk dewan. terusssssssss teringat time aku kawen dulu. entah apa-apa entah.

tu jer nak crita. hahaha panggggg sedas.



dan terimalahhhhh...




gambar pengantin baru-lima-tahun!





peace!

mood tak elok hari ni.

oven rosak kek masak separuh jalan.
carut kat oven!

esok nak buat provisional test dgn user tapi sistem haram tak siap lagi.
carut carut carut vendor bedebah!

sistem buat sendiri pun haram tak siap jugak. final test coming very soon.
carut carut carut diri sendiri!

bila la aku nak cuti 3 bulan?
nak mengandung lagi! nak cutiiiiii!
takmo carut sesapa *sobs*


Photobucket

Thursday, November 17, 2011

Cerita orang sakit, orang tunang, orang mentekedarah..

Minggu lepas alesya selsema. lepas dah baik selsema, batuk pulak. batuk punya la banyak kahak sampai lelah-lelah. aku ni dah siap la pakai baju nak pegi opis. En. Muhd hantar pulak pagi tu terus budak ni mengamuk nak ikut. masa dia bangun tu tak nampak yg dia ni macam penat. elok dah masuk kereta tu bukan main pulak nafas dia laju. aku bgtau En. Muhd patah balik umah la, aku amik emergency leave. takut pulak lagi melarat kalau dibiarkan.

dah balik umah dah breakfast, keluar balik pegi child specialist clinic dekat2 umah ni. check demam takda. doctor pulak tanya budak ni ada asthma ke apa ke.. dahhhh lain muka aku. huhuhu. dia check2 lagi, dia kata kahak banyak sgt ni.. kalau biar, takut radang paru-paru. dahhhhhhhhhhh muka aku lagi yg pucat. laki aku terusss tengok muka aku, aku kerut dahi. pastu bleh plak dia buat geleng2 kepala (read : jgn caya sgt!).. aku bukan boleh.. anak demam pun aku dah nanges2. susah hati betul dibuatnya. last-last doctor tu decide nak masuk gas. tak penah ni seumur hidup, tapi dah kalau itu could help, aku hangguk jer la.


ada bagusnya jugak budak ni penakut. dia diam jer masa masuk gas tu sebab takut. hehehe. balik umah dapat ubat batuk, ubat penat, antibiotik. jenuh makan ubat.

khamis malam tu aku balik kampung. adik En. Muhd bertunang. sampai-sampai jer mak mertua aku kata, "ni penat, batuk ni awat tak bagi makan madu?" aku cakap En. Muhd tak bagi makan dulu takut lawan dengan ubat. padahal pagi tu aku dah call suruh dia bagi madu kat alesya sebab kebanyakan petua yg aku gugle, suruh makan madu asli. baekkk punya laki aku kena tazkirah dengan mak dia terus dia buat2 pekak masuk dapur cari madu. nasib baik ada. dan alhamdulillah lepas 3 hari, nampak sgt kesannya. mungkin dengan ubat tu sama. tapi worth a try kan.



dah abis crita anak aku, masuk crita bertunang.
tengok la sapa yang sibuk mula2 enteprem dulu.
aku suruh alesya pose sorang2 kat pelamin, dia bleh jawab, "maluuu la mama"
terkujat aku dengar statement dia!



ni yang bertunang.
yang kakaknya coming soon.
kenduri kawin mungkin buat sekali nanti.
aku kena buat baju banyak ni!


esoknya kami pegi jalan-jalan. nak bagi sedap bunyi sebut la jalan-jalan. kalau sebut "esoknya kami pegi SP".. macam, alahaiii apa benda la kau cari kat SP nun.. abih tu yang dekat kan. sebelum sampai SP, harus la singgah kat kedai feveret. hohh tiap kali balik tak penah miss wooohh.. singgah kedai Cen Cendol Pulut. specialty dia adalah cendol la kan. bleh taruk pulut atau tak. dan ais kacang tapi aku tak penah try ais kacang dia. makanan pun ada banyak yg best. bihun sup, laksa, nasik ayam dan paaaaaaling best adalah mee rebus dia. pergghhh gila sedap. aku baru try lantas jatuh chenta. laki aku la yg promote. rasainn dah promote tu sila singgah tiap kali lalu kedai tu yer.


okey mari pikir nak order apa..



konon tengah pikir nak makan apa. padahal nasik ayam jer la slalu dia makan pun.



kali ni aku tak order cendol sebab selsema. aku minum milo panas. alesya air suam. laki aku opkos cendoi takmau puluit. tengok masing2 mengadap kedai, mana laaaaa mee rebuih aku tak sampai2 lagi ni.


tu dia.. sampai dah mee rebus!
cendol laki aku punya



dah abih makan. perut kenyang suka hati.




sebenarnya dia tengah geram (konon) kan aku amik gambar dia kot hp aku. tengok muka yg paling kanan skali. terus dia capai camera dia amik gambar. sambil kata "oooo amik gambar ye. amik gambar ye".. cehhh konon aku takut la???



dah sampai SP. takda gi mana. masuk village mall yg entah apa2 tu. jalan-jalan pusing-pusing. turun bawah ada secret recipe apa lagi dongg.. mari kita ngapp.. aku try creme brule cheese yang baru tu. gambar laki aku tengah makan tu. ohhh sedaaaap! biasa la cheesecake apa yang tak sedap kan?





that's it. sekian crita mentekedarah. dah puas jalan, balik umah la apa lagi.
bye!


Photobucket

Wednesday, November 09, 2011

Brownies katanya..

Huih sakan okey aku pum pang pum pang kat dapur. Nak buat marble cheese brownies katanya.. niat di hati nak bawak ke opis bg rakyat sana makan. Almaklum la dah lama tak membawak juadah. sekali kala kan..


Nasib baik jadi okeyy. Rupa tu ada. Alhamdulillah lebih cantik hasilnya dari yg aku buat sebelum2 ni. Prektis make perfect uols. Dan rasanya pulak, mak aku yg feeling2 juri masterchef tu kata 'okey bagus.ada rasa'..


Dah ler nah layan gambar. Aku mau tidur..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 06, 2011

Langkawi Part III

okey aku lupa nak cerita malam hari kedua kat langkawi tu, kami pegi makan kat EE Burger. kat forum memang ramai yang recommend kedai ni. banyak jugak choice tapi specialty kat sini ialah western food. aku saja suruh En. Muhd tanya member dia kat sini, kat mana nak makan western food yang sedap. dia pun suggest sini. tempat ni memang betul-betul belakang hotel Bella Vista. dia macam food court ataupun astaka. agak tersorok sikit kedai dia memang kena cari betul-betul. alhamdulillah jumpa.


actually ni gambar ehsan pakcik gugle. aku lupa tertinggal camera dlm kereta. eksaited punya pasal sebab dah jumpa kedai. tengok menu dia. sempoi kan dalam frame. kat situ aku makan grilled chicken, laki aku makan chicken chop. mak aku order nasik lemak (memang sedap!). pastu siap tapau hawaian pizza dan burger masing2. hahaha. gila mentekedarah. tapi memang sedap semua makanan dia. memang rasa rugi sebab tak cari kedai ni the night before. no wonder la semua pakat recommend tempat dia. kalau next year turun langkawi lagi, konfem aku pegi makan sini lagi.


ni masa dah nak ke airport langkawi. nak balik penang dah. sobss!










suka dia jumpa anak si mr bean ni. nasib baik dia tak hentak kaki mintak aku belikan. pandaiii anak mama.. muah muah..


eh eh.. lagi??
(hahaha dengki gila)


ada mak arab berkenan kat budak ni, lantas dapat kit kat seketoi.
macam tau2 dia suka kit kat.


tolong buat promo selalu plis!


bukan atebang belah kiri yer. tapi atebang belah kanan.


selamat jalan romeo!


takmau balik!




pi satu troli. balik 2 troli.
:P


ni haa list order bebudak ofis aku. nasib baik aku potong kertas tu. aku cakap "ha tulis2, kalau tak kang aku lupa" sekali aku datang balik, tengok dah penuh list. bukan main lagi pass baton korang yerr. siap dalam HIG tu aku tick mana yg dah beli. takut ada yang tertinggal..haha.




coklat aku beli. coklat bebudak ofis tak sompek nak snap.
dlm banyak2, hershey's cookies n cream tu jugak la bertakhta di hati. my all-time favourite. menyesal beli 1 pack. sobssssssss!!!




ni mak aku punya. sekali sebat 2 bijik. aku beli kat mak mertua aku sebijik. makcik aku pesan sebijik. semua ompek bijik!!



settle!!

balik penang puasa masing-masing. poket dah kering la katakan..


Photobucket

Langkawi Part II

Lepas dari makam mahsuri, pegi makan dekat Jom Ikan Bakar. kedai ni dekat area airport. memang senang cari la. lauk-lauk dia semua sedap plus memang banyak pilihan. harga pun murah. very recommended. 2 kali la kami lunch kat sini. hari 1st day sampai dan hari kedua.


dah abis makan, terus ke cenang. pegi Underwater World. kat sini sekali lagi menggunakan khidmat rakan-rakan sekampung En. Muhd. bukan khidmat apa, nak dapat tiket murah. murah rezeki dapat la tiket half price. tu pun sebab member jaga kaunter tu takda. ni sub pulak kat org lain. hahahah. kalau ada member sorang lagi tu, free terus uols! tapi takpa la. tu pun dah cukup baik. dapat sorang RM14.



masa sampai situ, baru la sempat nak amik gambar keta sewa. bleh la tahan kan.




sempat.


tengok. gambar dia lagi.





best tengok penguin2 ni. alesya lagi la. eksaited gila.


ni panggil Rockhopper Penguin. asyik berkepit jer. nyampah.


tengok gambar dia lagi. nasib baik aku pun dapat. kalau tidakkk...
hahaha







best part is, kami (aku sorang sebenaqnya) telah melingkupkan sudut pendidikan ni sampai dah jadi tak terdidik dah pengunjung2 kat situ. haha. start eja Alesya saja, pastu sorang-sorang jadi nasik tambah. bajet orang bleh kenal la? cehhhh..



okey dah selamat cerita underwater world. then terus pegi Cable Car!

sempat kuasa 2.





baju ni beli kat Saga. rm8.90 sajer!




rambut anakku. skeri..


ni padah kalau camera berada di tangan pencinta haiwan.


masa ni dekat kol 6 ptg. kira happy hour la 50% off. kabus kemain tebal ya amat.
tengok muka budak tu. muka takut. hihihiihi. mak budak pun takut sebenaqnya!


cantik kan?


see?? see?? gambar dia lagi.



nampak ke tu bang?? ke eksen jer? kabus tebal tu haa..


bukan main lagi 2 beranak ni.
dah settle naik cable car, next is telaga harbour park!



actually aku cari The Loaf. tapi entah, tak jumpa pun!
nasib baik tempat ni cantik gila.


tengok la anak aku.
sabar jer lah!


Photobucket