Dalam twitter, abang remy (motip tetiba abang?) pesan jangan nanges2 ye tengok Nur Kasih The Movie. menyampss la. entah bila aku boleh lepas kandang pegi tengok wayang dah tua-tua bangka ni. haishhhhhhhhh frushhhhhh!!
tengok le dulu trailer citer ni. aku nak nangis dah ni.
nice one indeed.. tapi aku masih meratapi kisah sedih aku yang hanya menonton konsert dia di malaysia last weekend melalui Youtube (melalui tuuuu..ayat bahasa malaysia baku okk).. tak berupaya nak terbang jauh ke key-ell semata-mata nak tengok konsert boipren lama aku (muntah la aku tak kisah..) mintak maaf boipren..
takut kang silap haribulan aku patah balik penang, ada abang gagah perkasa tunggu di tol jambatan sambil mendrive bulldozer lantas mentolak aku terusss ke laut.. sapa nak jawab?
oleh yang demikian, marilah kita muhasabah diri dan lupakan saja niat nak hore-hore kerana zaman itu sudah berlalu bagi anda..
tapi andaikata dia turun penang buat konsert kat PISA, mak lah yang akan berada di barisan paling hadapaaaaaaaaaan sekalii... ate, kate nak jumpe boipren lame yer dakk..
so yesterday..so yesterdayy... haaa melalut melalutt!!
abah aku bagi birthday card! sungguh ripley's believe it or not! terkujat jugak pagi2 nak pi keja tengok ada kad kaler oren lagi youuuuuu. dah lama kan tak dapat kad-kad ni. so kira macam perak buih la jugak pagi tu. haha. anyways, tq abah! abah sorang ja yang suka bagi surprise2 macam ni. abah is the best abah in the werldddddddddd yeah!
mak aku pun wish time aku nak pegi keja jugak. mak aku wish "selamat hari jadi. semoga murah rezeki.. semoga cepat naik gaji (tetibaaa)" aku amin amin amin kan semuanya.. thanks mama!
husband aku pulak belanja kek (seperti tahun2 yang lalu juga grrrrrr) tapi tengok lah sapa yang bantai kek tu dulu...
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
tengok muka macam mana punya eksaited nak tiup lilin.. setahun 5 kali birthday hang ye nak yerr???
okey controlll controlll... mama nak amik gambaq ni!!!
kemudian berkumandanglahh vokal amat mantap menyanyikan "Dabedayyyy tu yuuuuu! Dabedayy tu yuuuu!"
tenggs anakku! dah pi tengok kartun, mama mau belasah kek!
Kat opis pulak, pagi2 lagi bapak2 budak kat admin tu nyanyikan happy birthday kat aku! sungguh tak guna! bergema satu opis dah rupa koir bunyinya. malu kak senah!! tapi macam mana pun terharu kak senah okk.. dah lama tak buat birthday party orang nyanyikan birthday song kat aku hahahahhaa nak jugekkkkkkk!!!
and those yang wish kat facebook aku, thank you so much. god bless u guys! your love & thoughts that mean most to me.
Takkan ku tahan air mataku iniiii.. berseri penuh sungguh ku terharuuuu..