Wednesday, June 24, 2009
Sasha..mama miss you..so darn much..
esok ada exam...entah mana punya mazhab laaa kursus ada exam..siap kena buat assignments lagi.. bencik!
tapi suprisingly..aku leh tahan sampai almost 3 weeks tak tengok muka my Sasha..
except the wallpaper on my handphone.. :(
i cried when i talk to your Opah on the phone..i kept hearing you shouting and mumbling your beautiful words..
and Sasha sayang, mama ada beli present for you.. i bought you a pair of purple shoe..weehuu..
thanks to Auntie Timie tolong bawakkan mama pegi beli that shoe..
hari isnin mama balik kita jumpa okey? take care budak kecik..sayang dia sangat..rindu dia sangat sangat sangat..
shit... *crying*
Monday, June 08, 2009
Mood Tiada
esok kena pi kl
menci............
sob.....sob......
Friday, June 05, 2009
Tak suka..tak suka..tak suka!!
pagi tadi aku dapat surat official yang aku kena pegi kursus induksi tu. kemarin tu cuma khabar-khabar angin yang agak boleh dipercayai. but guess what.. aku bukan lah hanya diharuskan mengikuti kursus induksi yang selama 2 minggu tu.. tapi dipakejkan sekali dengan kursus btn selama 5 hari.. so total semua adalah 19 days straight..
so toksah tanya la how sick i'm gonna be for the next few coming weeks tak dapat jumpa SaSha... :(
tadi En Muhd call aku, aku cerita la yang kursus tu extend lagi 5 hari... time ni aku tengah tahan niii...aku mintak dengan dia nak tukar handphone.. yer la handphone aku kan cap ayam.. dia cap 3G.. bleh laa aku call abah aku (abah aku lagi adgedevance dari anak dia okkayy) so dapat la video call dengan Sasha nanti... time aku mintak nak tukar handphone tu, aku dah tak tahan daulat sangat... pretttt prettt mokcik nanges kat dalam tipon... gila laa aku ni.. belum sampai tempat kursus lagi dah bercucuran air mata bila mengenangkan.. sob.. sob..

Thursday, June 04, 2009
Tak bleh ker buat kursus kat hotel depan umah aku jer???
*
*
*
nak upload gambar latest Sasha
*
*
*
nak buat karangan mohon maaf to Puan Farah kerana tidak menghadiri majlis perkahwinannya di KL...nanti i pegi yang kat Jitra ye Puan? i jadi driver u pun olrait...hikss
*
*
*
namun semuanya dalam mode "nak" saja lah sebab aku malas tahap langit ke tujuh belas untuk elaborate dengan lebih panjang sekarang. gambar-gambar pun nanti lah aku upload.
sebab aku baru dapat berita yang agak mendukacitakan jiwa raga ginjal aku..
Aku kena attend kursus starting on 10hb ni sampai la 25hb ni...
uwaaaa tak best.. 2 minggu tuuu...
kat KL lak tuuuu....
nanti mati rindu la aku kat Sasha..
p/s : abg, jom tukar handphone? handphone i setengah G pun tak sampai.. :(
Sunday, May 24, 2009
Sunday Morning Fever
aku mula cuak. mmg dari tengah malam tadi aku dah rasa badan dia panas. tapi pagi ni laaaagi teruk. macam baru lepas sunbathing di persisiran Pantai Cenang...wahaha..
okey2 maaf.
siannnnn sayang mama. muka dia .....hehehehe takyah la aku letak gambar. kesian.
nak amik gambar pun tak sampai hati. monyokkkk memanjang. tengok orang ni, nak nangeh. tengok orang tu, nak meraung. pendek kata, nak nangehhhhh jer la kejanya. takleh silap sikit, nak marah. hehehe kesiann.
aku bukan apa. sebab dia jarang-jarang demam. dan sangatlah super duper hyper active! jadi kalau sekali dia demam tu, nak tergelak la jugak tengok dia terbaring jer kan. tak panjat sana. tak panjat sini. tak lari sana. tak jatuh sini.
tapi!!!
aku bagi la ubat demam kan. lepas makan ubat, dia tido dalam setengah jam. agaknya dia tengah caj bateri la tu. elok dia celikkkkkkkkkkk jer mata, kebetulan pulak baru start kartun Pocoyo. terus mengekek-ngekek gelak. bangun untuk berdiri. lantas tepuk-tepuk tangan dan sedia untuk melompaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!!
sambil Koolfever melekat kat dahi!
haaaaaaaaaaaa.. itu lah anak saya..... Alesya..
tidak ku hirau walau ku demam!!
Sunday, May 17, 2009
Resepi Hujung Minggu
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ayam Masak Madu
selalu masak kari ayam, ayam masak merah, ayam masak kicap...haaaa kali ni nak cuba feeling-feeling madu lak..ooooopppss masakan jer tauu...bukan "madu" yang itu...
ditegaskan sekali lagi yer en muhd....bukan M A D U yang I T U!
lauk sampingan hari ini adalah terung masak cili (tahh aku bukan tau sangat nama resepi) dan of course favourite aku, sayur bayam. kecik-kecik dulu suka tengok popeye..ni la padahnyaa... eke ke ke ke ke...kan gelak pun dah macam popeye!
Sunday, May 10, 2009
Happy Mama's Day
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu
Selamat Hari Ibu, Mama!
I'll always love you..
Friday, May 08, 2009
Thinking of You
once you've had a taste of perfection
like an apple hanging from a tree
i pick the ripest one
i still got the seed
you said move on
where do i go?
i guess second best is all i will know
cause when i'm with him i am thinking of you
thinking of you
what you would do if
you were the one who was spending the night
oh i wish that i was looking into your eyes
you're like an indian summer in the middle of winter
like a hard candy with a surprise center
how do i get better once i've had the best
you said there's tons of fish in the waters
so the waters i will test
he kissed my lips
i taste your mouth
he pulled me in,
i was disgusted with myself
cause when i'm with him i am thinking of you
thinking of you
what you would do if
you were the one who was spending the night
oh i wish that i was looking into your
the best and yes i do regret
how i could let myself let you go
now, now the lessons learned
i touched and i was burned
oh i think you should know
cause when i'm with him i am thinking of you
thinking of you
what you would do if
you were the one who was spending the night
i wish that i was looking into your your eyes
looking into your eyes
looking into your eyes
why won't you walk through and
bust in the door and
take me away oh no more mistakes
cause in your eyes i'd like to
stay, stay...
Sunday, May 03, 2009
Aku Nak Feeling So Strong Sekejap..
sangat suka lagu ni. gigih ni dulu beli kaset Padi. skang kalau dah jadi nasik pun takkan aku bazirkan duit aku membeli-beli kaset bagai. download pon sodap!
Indah..
Terasa indah..
Bila kita terbuai dalam alunan cinta..
Sedapat mungkin terciptakan rasa..
Keinginan saling memiliki
Namun bila,
Itu semua dapat terwujud
Dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang..
Menyatukan perasaan....
Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..
Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini
Menjadi saksi kita berdua
Friday, May 01, 2009
Jangan Ucap Takziah
Aku cilok artikel ni dari blog orang. bukan apa. untuk dijadikan iktibar dan ingatan kepada diri sendiri gak.
p/s : mokcik nanges time baca cerita ni.. sob.. sob..
Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "
MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.
Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.
Renung-renungkan..
Friday, April 24, 2009
Si Giant dan Si Doraemon
haa nanti dulu. bukan gambar berwarna biru tetapi..
aksi-aksi yang dirakam sewaktu aku sedang
Thursday, April 23, 2009
Mana Mau Pigi Haa..
bukan apa. dah lama tak cuti-cuti dengan En Muhd bersama Sasha bertiga. sekali-sekala nak la bawak Sasha makan angin. lagipun kebetulan nak attend kenduri kawin Auntie Farah (hiks!) di KL. jadi muncul lah plan-plan yang secara tak diduga tetiba rasa kempunan nak pegi sebab dah berrrrrrrrrrrrzaman aku tak pegi iaitu di....................................




kalo tak reti-reti jugak walaupun aku dah penat gugel semata-mata nak cari gambar-gambar ni memang alamat la manusia-manusia tu. baik siap sedia pegi kedai spek mata untuk test power mata anda. ataupun memang korang tak kenal tu buah stroberi????????????
aku ni bukan la kipas susah nak mati sangat terhadap alam sekitar flora dan fauna buah-buahan beriklim sejuk ni tapi rasanya orait gak tempat tu memandangkan di pertengahan tahun tiadalah satu umat manusia nak bagi korang bonus tak semena-mena untuk korang berholiday sambil bershopping dengan rianya. agak budget tengah tahun tu boley la aku nak tapau bawak balik buah-buah stroberi dengan kotak-kotak teh pelbagai perisa kannnn..
walau macam mana pun, ini hanyalah cadangan. jadi atau tidak, tertakluk kepada pemikiran last-last minute En Muhd sebab dia yang nak bawak nanti. tapi harap-harap jadi lah ye bang. boleh i borong kedai BOH seakan-akan tiada lagi produk BOH yang dipasarkan di negeri-negeri lain di Malaysia.
sepak kang!
Monday, April 20, 2009
Gambar Jalan-jalan..
pastu pegi umah pakcik aku kat Shah Alam. pastu balik umah adik aku.
esoknya pegi Nilai. borong-borong apa yg patut. pastu terus balik Penang. plan nak singgah Ipoh pun tak jadi sebab adik aku tu tergedik-gedik sgt nak pegi pc fair.
alih-alih dia beli pendrive sajork. tempat lain pun banyak. memang nak makan pelempang aku ja budak sorang tu!! mengenangkan dia telah berbudi dengan meminjamkan camera dia tu saja lahh yang buat aku tak jadi nak sedekahkan pelempang aku ni.
oleh kerana camera telah dipinjam, ni lahh hasil-hasil peminjaman tersebut..sila-sila tengok..
Friday, April 17, 2009
KL...akak datang ni!
kami nak pi kl. dah lama tak buat plan nak pi jalan-jalan..
nanti dah balik i tempek gambar yeee..hikss..
Tuesday, April 14, 2009
Ceret-Beret

aduhh duhh...
Sunday, March 29, 2009
Sway dik sway...
yang paling penting, aku suka.
walaupun dia menari keras macam papan dan pergerakannya hanya tertakluk kepada beberapa step yang berulang, tetap akak suka. suara dia best okkkkkkkkk.
tagline dia jek macam tak berapa kena..
"i'm yours????" apa kessssssss??
takpa akak redha..
Tuesday, March 24, 2009
Selamat Hari Lahir, Ayu
sudahnya diorang suruh aku lak belikan kek. manyak cantek. tapi memang aku ada
niat nak bawak makanan untuk diorang. kelmarin macam tak sempat nak pikir nak bawak apa.
so mungkin esok lah. lagipun hari ni ramai takda kat opis. cuti la kursus la. macam-macam.
mungkin aku tak bawak lah kek mahal-mahal. cuma sekadar yang mampu. dah lama
tak bersedekah. sekali-sekali kena ingatkan diri jugak kan.
dapat banyak jugak sms dan wish dr member-member..
1 - malam tadi adik ipar aku orang pertama yang wish. adik perempuan husband aku.
husband aku????? harapan nak jadi orang yang berada di tangga pertama dalam carta..
2 - pukul 7 pagi tadi time aku nak masuk keta pegi keja, adik ipar aku jugak yang wish.
adik lelaki aku punya wife. dok dekat putrajaya. terharu aii..
* motip hanya adik ipar mengungguli carta wish birthday aku?
* aku kan kakak ipar yang baik..........................................................
hakk tuihhh!!!
3 - Ex dorm mate aku dulu Fiza menduduki tangga ketiga dengan ucapan "dah tua dahhh..."
4 - Cik abang sayang yang dinanti-nanti. berjaya terjelepuk di tangga ke empat..
dengan ucapan "Happy Birthday Daling..muah.."
* itu sajork???????????????
5 - Member aku ex SGGS, a Puan to be...sementara tu bergelar Auntie Farah..
dengan ucapan " Hepi beday mak sasya! Sasya tak celebrate dengan hang?"
* ya kawan baik saya la tu..
6 - Member aku ex SGGS jugak, Cik Azra Ayu dengan ucapan "Epi besday dear..May Allah bless u"
7 - Kak Gee aku dengan ucapan "Selamat menyambut hari lahir yang ke 25 (ehh betol ke?)"
* buat-buat tak percaya lak aku dah tua.. sob sob..
8 - Abah aku dengan picture message nya berupa gambar kek lilin-lilin..thank you Abah..
itu lah saja setakat ini...
dah aku nak balik..opis pun dah sunyi....eee ngeri..
Sunday, March 22, 2009
Hujung Minggu Yang Tak Mengasyikkan..
* ya la...tengah taubat la ni..
mungkin next weekend la nak bawak sasya ronggeng. kelmarin pakcik aku ada sebut "bawak la budak ni pegi jalan-jalan kat youthpark tu. boleh dia lari-lari main-main kat situ" aku pun macam, ya tak ya jugak kan. asyik bawak ke tesco, shopping complex..mana dia nak berlari nya.. kalau kat youthpark tu best. petang2 ramai orang. ada mini swimming pool lagi.
* kena kluar fulus lagi mau beli swimming suit budak tu pulak..
pakcik aku tu selalu datang umah. dia duduk belah seberang. kadang tu saja singgah pasal ada kenduri kawin sebelah penang ni. dia keja pun belah sini. kadang tu tengah-tengah drive dari opis dia nak balik ke rumah, ada pulak "panggilan pulau" menjelma, gigih ni singgah umah aku terkocoh-kocoh suruh bukak pintu. aku ingat kan apesal la dia datang kalut-kalut ni suh cepat bukak pintu, rupanyaaaaaa..dah tak tahan daulat sangat kena jumpa encik toilet. dia kata kalau nak teruskan drive dan tahan sampai ke rumah memang tak sempat. hahaha. teruk betul.
tapi memang agak jauh la rumah dia. nak pulak kalau bridge tu jem..aduiii. kalau dia turun dari atas bridge tu guna tali sampai ke bawah dan melepas pun sempat rasanya. hehehe. aku jahat selalu sound dia "kalau singgah tu tak tinggalkan kenangan tak sah la" Muahahahaha
weh aku nak bagitau ni. hari selasa ni birthday aku. haahaha.
*matila promote birthday sendiri
bukan apa. aku bukan niat pun nak dapat hadiah. kalau nak wish pun dah cukup baik. tapi kalau rasa nak bagi wish disertakan dengan hadiah pun boley jugakkk.
Bedebushhh! diri sendiri kerana perasan tahap melampau..
Tuesday, March 10, 2009
Puisi si suami untuk isteri bila nak kawin lain..
Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...
*** Balasan Puisi Sang Isteri***
Suamiku,
Andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
Akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi..
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!
Sunday, March 01, 2009
Newborn Baby
masa aku pegi tengok anak dia kat hospital tu, punyalah cute. biasa la semua babies memang nampak cute. especially yang baru lahir kan. berat anak dia 2.75kg. nama yang dicadangkan ialah Shaquille Danish. sedap nama dia. tapi aku tak sure pulak maksud Shaquille tu apa. yang aku tau Shaquille O'neal tu la. hikss..
bila tengok anak dia, tetiba rasa....
"wahhhhhhhhhhh macam nak jugakk"
MACAM okkkkk...
i think i'm not quite ready for the second baby just yet. entah la kenapa. nak kata serik tu tidak sekali. trauma mungkin macam ada la sikit2. haha.
rasanya nak tunggu like another 2 years ke.............bagi Sasya besar dulu. dah pandai jalan. dah boleh makan sendiri. dah pandai cakap. pendek kata dah sedikit independent. en muhd pun macam orite sajork. ye la bukan dia yang nak beranak kannnn???
ni lah Danish...
soalan cepumas hari ini :
tidak kah hati anda akan cair melihat that cute little babyyyyyyyy?????????
jawabbbbbb!!!!!!!!



